05 February 2015

Khasiat Roselle

Khasiat roselle

1. Anti Penuaan. 

Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan
 proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. 
Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas
 merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle
 akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular.

 Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan
meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat.
 Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri
 dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.

 3. Pencegah Kanser. 

Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, 
dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. 
Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

 4. Demam Panas/Selesema. 

Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema
 dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka 
yang menghadapi masalah demam panas.

 5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma).

 Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan 
yang terbaik kepada permasalahan begini. 

6. Stress / Sukar tidur. 

Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan 
mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu 
dan mempengaruhi mood pesakit. 
Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur. 

7. Masalah lain

Amat baik utk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam,
 kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.



Didihkan air bersama kelopak rosell sehingga
air berubah warna menjadi merah jambu.
 Masukkan gula secukup rasa. 
Tapiskan untuk mendapatkan jusnya sahaja. 
Boleh di hidangkan sejuk. Cubalah anda pasti mengemarinya.
 Tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan

Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda
dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus)
. Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan
 dan mencegah berlakunya penyakit kronik
 kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas
 (Roselle kaya dengan anti oksidan)
. Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini.
Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya
proses penuaan pantas terhadap manusia.

27 comments:

  1. saya sangat suka minum jus roselle, rasanya sangat sedap

    ReplyDelete
  2. kalau buat air roselle fresh dari bunga dia tu, sedappp...tapi saya selalu minum yg dalam bentuk kordial aja la..hahaha

    ReplyDelete
  3. sy ada biji benih ni...masih x semai2 lagi kak...hehe..

    ReplyDelete
  4. BNYK KHASIAT ROSEL NI YER...DULU ADA TANAM N SELALU BUAT JUS...SEDAP MERAH TERANG WARNANYA...

    ReplyDelete
  5. Dulu masa memula berbuah hasil yg ditanam kakak rajin buat juslah buat jemlah tapi bila dah lama-lama macam dah muak pulak walaupun khasiatnya baik, tapi bila dah banyak lain jadinya..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kamsiah..acik suka jem roselle

    ReplyDelete
  7. kat kg dlu ada la tanam..penah wat air..ni pkok yg kamsiah tanam sendiri ke?

    ReplyDelete
  8. Minum yg fresh lebih berkhasiat kan...? Tapi saya suka minum yg dah siap dibotolkan...dasar pemalas!!!

    ReplyDelete
  9. Sedap rasa Roselle ni Kamsiah.. masam2 manis.. macam rasa asam boi pun ada.. kalau CH makan sekali dengan kelopaknya tu.. rangup macam makan jeruk pulak :)

    ReplyDelete
  10. sedap bila minum jus roselle ni..banyak khasiat

    ReplyDelete
  11. roselle ni sedap sangat tapi agak susah nak cari samada bunga dia mahupun kordial atau jus dia.

    ReplyDelete
  12. yg hampas dia lepas rebus tu blh buat jem kak sedap gak

    ReplyDelete
  13. memang banyak khasiatnya kak Kamsiah, yang best rasanya yg sedap sebagai minuman sejuk dan hampas yang yg di tapis tu airnya tu selalunya ana jadikan jem :)

    ReplyDelete
  14. saya dulu siap tanam pokok ni... airnya mmg mabeles.. lagi satu, boleh tambah susu badan bg ibu yg sedang menyusu :)

    ReplyDelete
  15. raya di beberapa tahun lalu kawan saya hidangkan air rosselle ini yang ditanam di belakang rumah sendiri.

    memang ok..

    ReplyDelete
  16. selain dibuat jus, saya pernah makan halwa roselle yang dibuat sendiri oleh kawan office..

    ReplyDelete
  17. menarik jugak, belum pernah cuba lagi, baru nak cari :)

    ReplyDelete
  18. Kaya dengan vitamin c dan pelbagai khasiat lain.Roselle seindah namanya

    ReplyDelete
  19. dah lama dah tak jumpa pokok ni
    pucuk dia buat asam pedas, best :)

    ReplyDelete
  20. halwa roselle sedap..dah lama tak makan...

    ReplyDelete
  21. Masa sy kawin buat air roselle nie...air feveret nie kak...

    ReplyDelete
  22. syukran ada banyak pula khasiat rossale ni ya..nak amalkan lah ni..ada masa bersin terutama terhidu something..terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  23. rasa macam susah nak temui pokok roselle sekarang ini.

    ReplyDelete
  24. kak Kham tanan eh pokok roselle nih...buat jus sedap nih

    ReplyDelete
  25. Dulu kt kg lya ada jugak yg tanam pokok ni..tapi lama2 dah hilang gtu jer takde dah org tanam sekarang ni..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●