01 April 2015

Wahai Anak2 ..

Wahai anak-anak sekalian...dengarkanlah.....
" Anak-anak....
 Tahu tak sebenarnya mak ayah kita adalah seorang jutawan? 
Kerana apa?
 Kos membesarkan kita seorang anak mencecah ratusan ribuan ringgit. 
Membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. 
Mereka menggunakan duit gaji mereka.
 Duit itu digunakan untuk memenuhi keperluan kita.
 Keperluan sekolah, keperluan harian, raya dan sebagainya.

Tahu tak dengan jutaan ringgit itu sebenarnya mak ayah 
kita boleh hidup senang lenang? 
Boleh beli kereta mewah, beli rumah mewah. 

Tapi kenapa mereka tidak boleh ada kereta mewah?
 Kenapa mereka tidak boleh ada rumah mewah?

Sebab mereka ada KAMU. 
Mereka memilih untuk membesarkan kamu daripada menjadi jutawan. 
Duit yang sepatutnya boleh menjadikan hidup mereka senang lenang diberikan kepada kamu, disalurkan untuk memenuhi keperluan & kehendak kamu.

Itu pun masih ada yang kata mak ayah tak sayangkan dia.
Itu pun masih ada yang tak nak hormat mak ayah dia.

Bukalah mata wahai anak.
Sedarlah diri wahai anak.
Jangan sakiti hati ibu ayah kita.
Jasa mereka terlalu besar dalam hidup kita.
Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada"


29 comments:

  1. *nangis*..besarnye pengorbanan mak abah....;(

    ReplyDelete
  2. Cukup besar pengorbanan mak ayah...moga Allah terima usaha mereka sebagai amalan soleh dan dibalas dgn ganjaran syurga...
    Amiin.

    ReplyDelete
  3. kdng ada orang yg ada rumah mewah ,kereta mewah pun tak bahagia kerana takada anak ...
    anak kita harta kita yg tak ternilai ..harap anak2 mengerti pengorbanan ayah ibu.

    ReplyDelete
  4. jasa dan pengorbanan ibu bapa memang tidak ternilai dan tidak terbalas..

    doakan agar mereka dikasihi Allah sebagaimana mereka mengasihi kita sejak dari kecil lagi..

    ReplyDelete
  5. ada tu mak ayah masih hidup dah sibuk pasal harta...tak bagi dimaki hamunnya mak ayah ..
    balik jenguk mak ayah bukan nak tanya khabar...tapi nak minta duit....dah lah balik setahun sekali pun belum tentu...tanya khabar jauh sekali...

    ReplyDelete
  6. pengorbanan dan kasih sayang yg kita beri tanpa bersyarat..

    ReplyDelete
  7. Bila diukur dengan wang ringgit memang boleh jadi jutawan Kamsiah.. tapi itulah pengorbanan ibu ayah utk membesar kan mereka semoga usaha ibu ayah ini menjadi ibadah..

    ReplyDelete
  8. Benar sangat tu kak.
    Kos dari bersalin sampai umur 5 tahun je, saya rasa dah ratus ribu...

    ReplyDelete
  9. Doakan mak-ayah kita bukan 'jutawan' di dunia utk membesarkan anak-anak tapi juga jutawan di akhirat kelak yg mampu tinggal di syurga indah yg tak ada di dunia ini.

    Moga itu juga doa anak-anak kita.

    ReplyDelete
  10. Hidup ibarat roda..
    Dulu mak dengan ayah bersusah-payah besarkan kita.. sekarang turn kita pulak.

    ReplyDelete
  11. betul...klu org tanya sy sapa org paling kaya didunia adalah mak bapak sy..tak terkira duit mereka keluarkn nk membesarkan ank2 nye..

    ReplyDelete
  12. Nanges nanges SS baca post ni... Terharu...

    ReplyDelete
  13. terkenang mak ayah nun jauh di kampung..
    hanya doa dapat dititipkan buat mereka

    ReplyDelete
  14. Betul tu Kak,
    Kadang2 kita ni alpa tentang kemewahan yang ibu bapa kita berikan. Mereka menilai kita lebih dari segalanya ..

    ReplyDelete
  15. menitis air mata baca nih...dulu saya seorang anak, kini saya seorang ibu yg sedang membesarkan anak2... betul tu kak,

    ReplyDelete
  16. Saya tak begitu hairan jika anak2 tidak memahami pengorbanan ibu bapa kerana mereka belum berpengalaman dan mentah dalam kehidupan. Yang saya hairan ada orang yang sudah pun ada anak cucu tapi masih buat-buat tak memahami kesepian ibu bapa mereka, tidak pedulikan ibu bapa yg masih hidup.. Mungkin satu masa nanti anak cucu mereka sekarang akan melakukan benda yg sama terhadap mereka seperti yang mereka lakukan kepada ibu bapa mereka sekarang??

    ReplyDelete
  17. Semoga anak2 kita jadi anak2 yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  18. Hi I´m so busy these days!

    Abrazos ticos.

    ReplyDelete
  19. tersentuh baca entry ni..
    moga Allah membalas jasa-jasa baik ayah dan ibu.
    sebab kita tak terbalas jasa-jasa mereka..

    ReplyDelete
  20. Jasa ibu dan ayah takkan mampu anak2 balas walaupun dengan segudang intan permata.

    ReplyDelete
  21. betul tu kak Kam..jika nak buat kiraan balik dari mula lahir hingga dah besar..x mampu nk byr balik...terima kasih mak ayah..besar pengorbanan mereka..bukan sahaja wang ringgit tetapi masa dan tenaga

    ReplyDelete
  22. pengorbanan ibu bapa tiada tandingannya

    ReplyDelete
  23. Apabila kita sudah menjadi ibu bapa, kita akan lebih memahami akan ibu bapa kita... Itulah karma kehidupan.

    ReplyDelete
  24. Semoga anak2 kita sedar dan ingat jasa ibu bapa mereka bila mereka dewasa kelak.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●