26 February 2015

Pusat Ternakan Haiwan Lenggong

Masih ingatkah kes pembunuhan bekas model dan pelakon
 (juga isteri kedua isteri kedua Raja Dihilir Perak), 
Hasleza Ishak pada Oktober 2002 
yang dibuang dari jambatan Jalan Sumpitan, dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak

Disinilah tempatnya..




Kami melawat Pusat Pusat Ternakan Haiwan,Lenggong
 pejabat masih ditutup sebab masih 
dalam suasana CNY

Rusa2 ni memang jinak



Saya dan Tsha cuba memberinya makan rumput..
laju ja di ngap2..


24 February 2015

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam

Air Hitam Dalam meliputi kawasan paya darat seluas kira-kira 11 hektar 
serta bersempadan dua buah sungai iaitu Sungai Kereh dan Sungai Air Hitam. 
Hutan Pelajaran ini di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Oleh kerana kunjungan kami pada hari cuti
kaunter penerangan ditutup



pokok ni "menyeramkan.."..kata anak saya..

gigih membaca..

Kawasan ini mengandungi spesis flora paya darat seperti pokok Putat,
Ara Jangkang, Nipah dan sebagainya.
 Selain dari ini, spesis fauna paya darat seperti Memerang, Monyet,
Biawak dan pelbagai spesis burung juga akan dapat diperhatikan dalam kawasan ini.
Untuk memudahkan para pengunjung menikmati alam
sambil membuat pemerhatian terhadap spesis-spesis flora dan fauna di sini,
pelantar pejalan kaki, pondok-pondok rehat, jambatan gantung
 pelantar pemandangan, tandas dan dangau disediakan


hanya Alia dan Eleena ja yg naik titi gantung ni

baru berjalan beberapa meter
dia orang terjerit2..ada monyet kat hujung titi tu
apalagi..laju ja berpatah balik..


21 February 2015

Roti Telur Meleleh

Roti telur meleleh

double egg
double bread
double cheese

RM8..


18 February 2015

Bunga Matahari

Pokok bunga ini sesuai ditanam di kawasan tanah yang subur 
dan mendapat cahaya matahari yang banyak. 
Walau bagaimanapun, pokok ini lebih subur jika berada di kawasan tanah tinggi

Bunga matahari boleh mencapai
ketinggian sehingga 3 meter
Manakala diameter bunganya boleh mencecah 30sm..

 Sebenarnya sekuntum bunga matahari yang kita lihat itu terdiri daripada
beribu-ribu kuntum kecil yang bergabung menjadi satu

Khasiat bunga ini amatlah baik bagi kesihatan manusia.
 Minyaknya mengandungi linoleat yang elok digunakan
 untuk menggoreng atau dicampurkan dengan salad. 
Di sesetengah tempat di Eropah, 
biji bunga matahari digunakan dalam pembuatan roti.

11 February 2015

Suri...

08 February 2015

Resepi Bubur Pulut Hitam



beras pulut hitam-rendam beberapa jam

didihkan air ...masukkan beras pulut dan daun andan yg disimpul
bila dah empuk
masukkan santan pekat,gula secukup rasa serta sedikt garam
kacau sebentar..angkat..

07 February 2015

Cendul Homemade

Cendul buatan sendiri
oleh anak dara..Alia...
bersama susu serta kacang merah

 jangan lupa air gula melaka dan kiub ais...

06 February 2015

Pucuk Dicita,Ulam Mendatang..

Pucuk dicita,ulam  mendatang
bermaksud : Beroleh sesuatu lebih daripada apa yg diharapkan

ehh ada kena mengena ke dgn ulam yg dipaparkan ni..?
pucuk putat...
bunga serta buahnya...
buah putat sedap dijadikan ulam...ranggup..
pucuk gajus

pucuk ubi kayu

sambal belacan

05 February 2015

Khasiat Roselle

Khasiat roselle

1. Anti Penuaan. 

Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan
 proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. 
Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas
 merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle
 akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular.

 Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan
meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat.
 Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri
 dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.

 3. Pencegah Kanser. 

Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, 
dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. 
Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

 4. Demam Panas/Selesema. 

Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema
 dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka 
yang menghadapi masalah demam panas.

 5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma).

 Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan 
yang terbaik kepada permasalahan begini. 

6. Stress / Sukar tidur. 

Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan 
mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu 
dan mempengaruhi mood pesakit. 
Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur. 

7. Masalah lain

Amat baik utk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam,
 kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.



Didihkan air bersama kelopak rosell sehingga
air berubah warna menjadi merah jambu.
 Masukkan gula secukup rasa. 
Tapiskan untuk mendapatkan jusnya sahaja. 
Boleh di hidangkan sejuk. Cubalah anda pasti mengemarinya.
 Tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan

Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda
dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus)
. Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan
 dan mencegah berlakunya penyakit kronik
 kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas
 (Roselle kaya dengan anti oksidan)
. Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini.
Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya
proses penuaan pantas terhadap manusia.

01 February 2015

Mee Rebus ABU,Alor Setar

Tarikh: 31 Jan 2015
Masa:1.30 tengahari
Tempat: Restoren Mee ABU,Alor Setar

Ada mee Abu goreng,mee Abu berkuah selain nasi..

kenapa dinamakan mee ABU?
Sebabnya  depa masak guna arang,bukannya gas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.