28 June 2015

Hadiah Kuiz

Menang hadiah kuiz 
kt blog Moh Kembara

dek kerana lamanya saya menyertai kuiz tu
hingga dah lupa dah

Apa pun terimakasih bebanyak diucapkan padsa Kak Halima
kerana mengirimkan FM dan dompet utk duit syiling
yg sangat comel ni..

23 June 2015

Pengalaman Berpuasa Pertama Kali Anak2..

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke 6 bulan Ramadhan
Tahun ni saya cuma berpuasa bertiga ja-bersama Tasha dan Eleena
Suami,anak sulung serta anak ke dua hanya akan pulang
beberapa hari sebelum raya
so kami berbuka dan bersahur ala kadar ja
tiada bazar ramadhan segala bagai


Saya teringat pengalaman pertama kali anak2 berpuasa

Yang sulung...ketika pertama kali berpuasa
saya memintanya mencium bau jus tembilai yg siap diblend
sbb tembikai tu dah lain macam isinya

tapi apa yg dibuatnya...slurrppp diminumnya

"emmm ok rasanya.." katanya

"Laaa..abang minum pasai apa..."saya bertanya..

"ha..lupa posa.."


Yg ke 3..Eleena...
hari pertama berpuasa...
ketika itu baru balik dari sekolah

si adiknya..Tasha sedang menikmati buah tembikai
mengalir airmatanya..menangis dek teringin...

"sabarlah..berbuka nanti boleh makan sepuasnya" si ibu memujuk..

satu hari...dia membuka petiais dgn perlahan2..berhati2...
tp didengari sikakaknya

"sapa buka petiais tu..."
tanya kakaknya dari dalam bilik..

"adik nak tgk2 ja makanan apa yg ada"jawabnya

Sedangkan masa tu sebiji anggur telah selamat masuk ke mulutnya


Kisah Tasha

Ketika mula2 belajar berpuasa dulu

Selepas solat zohor
saya baring2 disebelahnya yg sedang tido..samapilah saya tertido..

Bila saya bangun
dgn selambanya dia bagitau

"mak..tadi Tasha makan roti..
tp sikit ja Tasha makan...
boleh ,kan ..makan sikit ja..."


17 June 2015

5 Dosa Yang Tidak Ada Tebus Nilainya



5 Dosa yang tidak ada Tebus Nilainya

1) Syirik terhadap Allah s.w.t. 
2)Membunuh orang tanpa hak 
3)Membuat tuduhan palsu terhadap seorang muslim 
4)Lari dari barisan muslimin dalam peperangan 
5)Sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada
semua rakan2 beragama islam

13 June 2015

Tomyam Mesra Ihsan,Kulim

Mendapat pelawaan dari anak sedara
yg mengajak makan2
katanya nak belanja anak saya,Alia kerana
banyak membantunya menyiapkan assigmentnya

saya ok ja bab makan2 ni..

Oleh kerana 'jemputan' melebihi 20 org
saya bersama sorg anak sedara kesana lbh awal
utk  menempah meja

Restoren Tomyam  Mesra Ihsan
terletak betul2 depan Tesco,Kulim

Ni Nurul Izzati
anak my biras
budak baik..langsung tak dengar suaranya merenggek2..

ABC




ada anak sedara,cucu sedara,sepupu sepapat.
boleh mengeratkan silaturrahim



my anak2 dara
senyum sampai kembung pipi

Services disini amat pantas
tak perlu menunggu terlalu lama
utk makanan sampai ke meja

Pada yg sponsor makan2 ni
terimakasih daun keladi..

10 June 2015

Cheese Cake

Anak dara sedang menghabiskan cuti semesternya
so inilah hasilnya bila dia berada dirumah


Chilled Mixed Berries Cheese Cake



 Chilled Rose Manggo Cheese Cake
 mangga harumanis yg dibeli di Perlis


macam ni gayanya
umpama menternak lemak dibadan le...

06 June 2015

Misi Mencari Harumanis

Kelmarin ketika ke Perlis
utk menghadiri kenduri aqiqah  anak sedara suami
kami mengambil kesempatan
utk mencari si harum manis
walaupun dah di penghujung musim

so kami dibawa kesini
Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis


sesi bergambar bersama replika harumanis



 dah pukul 12 lebih ketika ni
nasib baik cuaca mendung ja
pengunjung pun tak berapa ramai


beraneka buah mempelam dijual
dari yg berharga RM10 hinggalah yg juling mata dibuatnya



pulut mempelam ni berharga RM6

Train ni digunakan utk pengunjung
mengelilingi kawasan kebun mempelam

dah di hujung musimnya
buah pun tak banyak kelihatan dah

02 June 2015

Buah Keriang


Buah keriang...
zaman kanak2 dulu..
saya memanjat dan makan buah ni diatas pokok
yalah zaman tu mana nak kenal anggur,epal,strawberi lagi...

kadang2 amik buahnya yg belum masak
buat peluru senapang mainan..

Kini setelah berpuluh tahun tak ditemui
kelmarin seorang jiran datang menghulur buah keriang ni
kat Kedah ni dipanggil
buah Keriang  Dot...

buahnya besar2 ala2 anggur
manis2 buah

sayangnya anak2 saya tak 'lalu' nak makannya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.