26 July 2015

Hedgehog

Semasa berkunjung kerumah abg suami
pada hari raya lepas
di Taman Guar Perahu

Saya 'diperkenalkan' dgn binatang ni
kalau tak diberitahu oleh anak saya
yg namanya adalah Hedgehog
sah2 saya tak tau

yang tolong amik gambar hedgehog ni adalah anak saya
sbb saya memang tak berani nak dekat..geli geleman..
(landak ja pun haha)

Kalau tak diberitahu yg ini adalah Kibas
sah2 saya  mengatakan ianya adalah kambing

saya tgk sama ja mcm kambing

ini pulak adalah anak musang
yg dibela setelah tuan rumah menjumpainya ditinggalkan si ibu

tuan rumah jugak ada membela ular sawa
tp saya tak berani nak mendekatinya

23 July 2015

Mee Kari

Alhmadulillah..hari ni baru berkesempatan
utk mengqada puasa
setelah suami pulang ke Johor setelah seminggu bercuti raya

Yang ada cuma Alia yg akan 
pulang ke Shah Alam pada Sabtu/Ahad ni

So si emaknya request nak makan 
mi kari utk berbuka puasa petang ni


Dia ke pasar membeli semua bahan2


Dan inilah hasilnya
rezeki utk berbuka petang ni
airtangan oleh anakanda

12 July 2015

Salam Aidilfitri

Satu Syawal menjelang tiba, 
Takbir bergema mengegarkan jiwa, 
Sekiranya ada salah dan dosa,
 Ampun dipinta dihari mulia

 Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin

08 July 2015

Alhamdulillah

Kata anak saya
dia sedih sbb tak dapat 4 flat
utk semester lepas

namun saya memujuknya..
alhamdulillah lah dapat 3.73 pointer tu
semester depan usaha lebih lagi


Alhamdulillah ..syukur diucapkan
tersenarai sbg salah sorg penerima zakat MSU

WW :Bubur Lambuk

Bubur lambuk terlebih kreatif

03 July 2015

Bubur Kacang Hijau Campur Durian

Dalam rumah saya ni
ada 2 org yg 'alah' pada rasa dan bau durian
yang sulung dan yang bongsu

Semalam adik ipar hantar 3 biji durian
oleh sebab hanya saya bertiga dirumah
memang tak mampu
nak habiskan
lebih2 lagi dibulan puasa ni

Oleh sebab si bongsu asyik cakap busuk..busuknya durian
nampaknya saya terpaksa cari alternatif utk cepat2 menghabiskannya


Bubur kacang hijau campur durian

-rebus kacang sehingga empuk
-masukkan santan,sedikit garam,gula(jika masih kurang manis)
daun pandan yg disimpul serta beberapa ulas durian serta biji sagu
-kacau sehngga isi durian terlerai dari bijinya
dan sagu telah menjadi kembang-boleh diangkat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.