30 September 2015

Syukur Alhamdulillah...

Semalam..29/9..
genap usia perkahwinan saya yg ke 24 tahun
Syukur padaMU Ya ALLAH
Kau satukanlah hati kami suami isteri dgn kasih sayangMU

Dan 'hadiah' yg bermakna turut hadir
setelah menamatkan praktikal pada pertengahan bulan 8 lps
anak lelaki saya ditawarkan pekerjaan oleh IBM Cyberjaya
mula kerja Isnin depan


Insya ALLAH kami akan ke majlis konvonya pada 18 hb nanti di UMP Gambang,Pahang

Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?

28 September 2015

Keropok Lekor Bercheese

Petang semalam..semasa dalam perjalanan balik dari Tesco
singgah membeli keropok lekor cheese ni
Alisya Lekor Ball Cheese
Sebenarnya ia adalah bisness adik kpd biras saya

RM5=5 ketul lekor ball cheese ni
ada sedikit kentang goreng

 yg ni katanya popia cheese

22 September 2015

Border's Tea

Ni dia penangan Border's Tea yg tengah famos amos skrg ni
kat Kulim ni baru ja dibuka
dalam beberapa bln lepas

Maka Si Alia tiap kali balik bercuti
merenggek2 la minta border's tea ni
so petrang semalam dah penuhi hajat anak2
utk merasa border's tea ni


pilihan-coco milk dan green tea milk

19 September 2015

Resepi Agar2 Oren

Bahan2:
Saya guna agar2 tali-35 g
-air dan gula serta secubit garam
Masak agar2 hingga hancur,masukkan gula serta secubit garam

Seelok2nya pilih buah oren saiz XL

Buah tersebut dibelah 2-belah  secara membujur
korek isinya mengunakan sudu
kemudian blender isi oren tadi

masukkan isi oren yg diblend tadi kedalam agar2
kacau2 beberapa minit kemudian padamkan api

saya menyusunnya diatas rak telur
supaya kedudukannya stabil


ni dia hasilnya
rasanya masam2 manis

digubah sbg hantaran pertunangan anak sedara suami

(gambar kurang memuaskan-ambil waktu malam)

13 September 2015

Burger Warna Warni

Burger  warna warni ni
mula dibuka di Kulim awal tahun ni
anak2 dok ajak p beli
biasalah budak2 pantang ada sesuatu yg baru
nak ja dicubanya

pink burger

 saya sukakan tekstur rotinya
yg sangat lembut gitu

11 September 2015

Rindu Kampung Halaman

Sungguh... 
 saya sangat rindukan suasana dikampung halaman 
 tempat saya dilahirkan..dibesarkan..


 teringat zaman kanak2 dulu
pagi2 kutip telur itik
utk dibuat telur asin

anak saya (dan sepupunya)
jarang lekat dalam rumah
bila berada dikampung






kali terakhir blk kampung
bln 3 lepas..

Subhaanallah, ........
 Fabiayyi ‘ala irobbikuma tukadziban... 
Nikmat tuhanmu yang mana engkau dustakan???

09 September 2015

Chef DiDapur..

Tiap kali dia berada didapur MSU
dia pasti akan berkongsi apa yg dimasaknya
Ketika masak bakso katanya

memasak nasi padang katanya
 
memasak nasi briyani katanya

briyani lagi

memasak capati katanya

memasak nasi dagang katanya
sekadar berkongsi...

02 September 2015

Peach Cheese Cake

Anak dara yg pulang bercuti sempena merdeka
sempat buatkan peach cheese cake ni

Saya kurang gemarkan cheese
so makan buah peach
yg sianak pulak tak sukakan buah peach
balance la tu,kan...

01 September 2015

Sambutan 'Mega Birthday'




Hampir setiap tahun
anak cucu,cicit ,menantu mak mertua saya ni
akan mengadakan sambutan hari lahir serentak
oleh sebab ramai yg lahir pada bulan 8
maka 31 hb dipilih utkmengadakan majlis makan2 ni
tambahan plak cuti sempena merdeka
semua boleh menghadirkan diri..


Memperkenalkan tuan rumah a.k.a biras saya
yg kanan sekali tu
senyum  menyambut tetamu


yg Pretty tu mak mertua saya
bersama adiknya
saaporting pulak bila disuruh berposig


Marilah menerjah sudut kegemaran budak2 ni





 hahaha..tak muat nak tulis nama semua yg sambut harijadi bulan 8








 




oleh sebab ramainya adik beradik,ipar dsuai,anak2 saudara
makan makanan yg dibawa jugak banyak jenis
 



 antara yg sempat ditangkap lensa kamera


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.