31 October 2015

Resepi Kerabu Kacang Botor


Bahan2
 Kacang botor
Isi kelapa(goreng sekejap tanpa minyak)
Sebiji tomato(didadu)
Cili merah dan cili padi
 Seulas bawang besar
Jus limau nipis
Garam dan gula
Ikan bilis(digoreng)/udang kering

Cara2
Potong nipis semua bahan
Gaul semuanya..
Siap utk dimakan

27 October 2015

Bubur Asyura Style Kedah

Alhamdulillah..
hari ni dah 14 Muharram
sana sini ramai yg buat asyura ni

Yg ni saya kongsikan Kedah punya style-dipanggil bubur asyura


tepung beras dibancuh dgn air
masukkan daun pandan
bila dah agak pekat sedikit,masukkan santan.

  kemudian masukkan air gula merah,gula putih dan sedikit garam


kacau sehingga pekat
kemudian masukkan berbagai jenis ubi dan kekacang yg telah direbus empuk

tp situkang ambil gambar tak tunggu sehingga masak
tengok apa yg depa buat dalam rumah maklongnya




rupa2nya dok main basikal anak sepupu berusia 2 tahun..!!

25 October 2015

Majlis Harijadi Bersama

Jumaat 23 hb
dipilih utk meraikan mereka yg lahir bulan oktober 
dalam kaum keluarga  mertua saya
kali ni majlis diadakan dirumah kakak ipar yg sulung dikampung
buffet candy




 kek utk yg akan bersara






Amirah Insyirah
dan Akif Ilman (adik beradik)


23 October 2015

Strawberry Farm Genting Highlands




Semasa dalam perjalana pulang dari Pahang minggu lepas
kami singgah berehat sebentar di  Strawberry Farm Genting Highlands ni
Tiket berharga RM8 utk dewasa dan RM5 utk kanak2



buah strawberi yg kecik 2




lavender farm






tersangat lah cantiknya

 
sudut bergambar

Tasha dgn berbagai bentuk kacamata
 


21 October 2015

WW :Kuantan,Pahang

Masjid Sultan Ahmad Shah



Pantai Teluk Cempedak


Taman Esplanade

 

20 October 2015

Majlis Konvo Di UMP

Alhamdulillah...
hari yg ditunggu2 telah tiba
syukur kepadaNYA kerana diberi kesempatan
utk menghadiri majlis konvo anak sulung di UMP,Gambang,Pahang
pada 18/10 yg lepas

hari Jumaat 16/10
pergi jemput suami kat airport Penang
sampai kat rumah jam menghampiri pukul 12 malam
saya cuma tidur2 ayam
jam 3 pagi alarm dah berbunyi

kami bertolak ke Pahang jam 3 pagi
sampai di Shah Alam jam 9 pagi
utk amik Alia kat MSU

Sampai di Pahang jam 12 lebih
dah jadi tabiat saya 
sukar melelapkan mata bila berubah tempat tidur

jam 6.30 pagi dah bertolak  ke UMP
dgn kepala yg terasa ting tong
saya berdoa janganlah saya rebah dalam dewan nanti..

Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan...



majlis berakhir jam 11.30 pagi
keadaan diluar dewan yg panas berjerebu

semoga kejayaan si abang akan memberi semangat pada adik2

mak dan ayah  berbanga dgn kejayaan abang..


apa yg dibuat budak2 bertiga tu
semasa saya berada dalam dewan..?
  mendengar ceramah Ustazah Bahyah


 dah habis tempat  la tu depa geledah









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.