15 February 2016

Resepi Sayur Pak Choy Goreng

Azam nak update blog setiap hari tak tertunai
dgn batuk yg masih bersisa
anak2 pun batuk2 jugak dan selesema

tinggal bertiga ni 
saya cuma masak yg simple2 ja
lagipun budak 2 org tu 
jarang makan sayur



Pak Choy Goreng

3 batang sayur pak choy
leraikan dan rendam dalam air
(tak payah dipotong)

rebus air hingga mendidih
masukkan sesudu minyak masak
(supaya sayur kekal hijau)

celur lbh kurang 2 minit
siramkan air sejuk dan toskan
susun dalam pinggan

3 ulas bawang putih dicincang
3 sudu sos tiram
sesudu kicap manis
 sebiji cili merah

panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
masukkan 2 sudu air yg digunakn utk mencelur tadi
lps tu masukkan sos tiram serta kicap
tuangkan keatas pak choy tadi

tadaa..siap..


17 comments:

  1. aa senang jek nak masak nyer! nak try buat la ;)

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak, kalau tambah ikan masin jeruk tenggiri pun mengancam jugak...

    ReplyDelete
  3. Oh itu tipsnya nak sayur kekal hijau ye Kamsiah..
    Ok boleh cuba nanti ;)

    ReplyDelete
  4. Sumple, senang tapi sedap...
    Makchaq pun suka masak2 simple macam ni

    ReplyDelete
  5. Ringkas tapi sedap dan InsyaAllah ada khasiatnya... :)

    ReplyDelete
  6. sedap ni..baby kailan hari tu beli kt cameron sy masak lebih kurang camni jugak..

    ReplyDelete
  7. sedap ni..baby kailan hari tu beli kt cameron sy masak lebih kurang camni jugak..

    ReplyDelete
  8. Saya biasa guna khailan.. ;) suka tang batangnya.. rangup je bila gigit.. ;)

    ReplyDelete
  9. Kakak pun selalu buat macam ini
    Selain pakchoy, kacang bendi pun kakak selalu buat gini juga senang.

    ReplyDelete
  10. hmmmm sdp jgk bt gini... kene try jgk nih... mudah n sihat

    ReplyDelete
  11. moga batuk akak cepat sembuh...
    pak choy ni mmg susah nak jumpa kat rumah saya, sebab jarang masuk list groceries...hahaha..ok, boleh consider sayur ni

    ReplyDelete
  12. semoga cepat sembuh...park choy ni masak dgn sos tiram mmg kena, chinese style...sedapnya..

    ReplyDelete
  13. yan pun dah beberapa hari baru baik demam dan batuk kak

    ReplyDelete
  14. Terus terliur walaupun hanya gambar!
    Menu masakan yg simple tapi sungguh menyelerakan. Campur pulak ikan masin tenggiri sikit...fuh!!

    ReplyDelete
  15. saya suka masak begini. taak pernah tahu namanya... pak choy...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●