19 May 2016

Resepi Pulut Dakap

Resepi pulut dakap ni versi tempat kelahiran saya,Kelantan..

Memula pulut direndam beberapa jam
lps tu panaskan santan..masukkan sedikit garam dan gula..
biarkan mendidih seketika sebelum dimasukkan pulut
dah kering santannya..padamkan api dan biarkan pulut sejuk

pisang-
antara pisang yg sesuai dibuat pulut dakap
adalah pisang abu/kebatu dan pisang raja
pilih pisang yg betul2 ranum

amik sesenduk pulut
letak diatas daun pisang....ratakan..
  amik pisang yg dibelah dua
letak diatas pulut tadi
dan balut pisang tersebut seperti ni

bungkus

cantumkan dua bungkusan..dan ikat
jangan diikat terlalu ketat
lps tu boleh la dikukus lebih kurang 30-40 minit
dah sejuk baru sedap dimakan ya..

16 comments:

  1. Assalamualaikum,
    alamakkkk!!! mano nak cari muga ni
    lamonya tak mkn

    ReplyDelete
  2. Oh.. mesti sedap ni. Kalau tempat kakak guna tepung beras tapi balut macam buat lepat tu. Nama dia nagasari. Ada letak pisang juga tengahnya.

    Ini resepi baru buat kakak. Teringin nak rasa:)

    ReplyDelete
  3. Arwah mak suka buat pulut ni..saya suka pisang raja atau awak minyak yang ranum...sedapnya!

    ReplyDelete
  4. Oh ini namanya pulut dakap ya kamsiah.Akak tau namanya aje sebelum ni.
    Rasa teringin boleh cuba buat ni,macam senang je.
    # akak ada reply komen kamsiah kat blog akak tau...

    ReplyDelete
  5. PULUT DAKAP PISANG SEDAP LEMAK MANIS TU...

    ReplyDelete
  6. ok jujur cakap baru tau nama dia...huhuuu...makan je pandai!

    ReplyDelete
  7. Ita pernah mkn sekali..bos bgi..sedap jgak

    ReplyDelete
  8. Ooo... ini namanya pulut dakap... yer...

    Pernah juga beli di Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya bila lepas riadah.

    Tapi saya tak gemar sangat sebab inti pisang itu manis.

    ReplyDelete
  9. Tak tau pulak pulut dakap ni ada inti pisang...makchaq ingat pulut saja.

    Makchaq suka makan pulut..tapix perjah makan lagi pulut dakap...

    ReplyDelete
  10. salam kak,
    pandainya..terliur nengok...kalo sy sejak blk sini boli jer la...hehehe

    ReplyDelete
  11. Menarik jugak ye KY....tak pernah makan tp teringin pulak nak makan bila tgk gambo ni. Pulut dgn santan tu separuh masak jer ye KY..

    ReplyDelete
  12. Kerana saya kurang gemar pisang, saya teruja bab pulut dan bab berdakap jer. Ahahahaha!

    ReplyDelete
  13. kak kam... saya suka pulut dakap nih....... nak cari payah dah skrg ni...huhuuu

    ReplyDelete
  14. tak pastilah CT penah rasa ke tidak pulut dakap.. macam tak pernah makan.. hehehe..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●