21 April 2016

Umobile Roam Like Home

Cara yang paling murah menggunakan telefon anda di luar negara 
bergantung kepada rangkaian mana anda gunakan  dan di mana anda akan pergi.

 Sebagai contoh, data perayauan di Singapura daripada 0 - RM 38 sehari.

Jika anda seorang pengguna U Mobile,
anda akan dapat untuk menjaga bil pasca percutian anda ke tahap yang minimum:
 Semua talian P70, i90, i130, UD95 dan Pelan Postpaid UD135
dengan kuota data mereka sendiri secara PERCUMA dalam 12 destinasi luar negara seperti Australia, HK, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan dengan DATA BACKPACKTM U Mobile.
Semua Prepaid dan pelanggan Pelan Postpaid selain P70, i90, i130, UD95 atau UD135 boleh menikmati Unlimited Data Roaming withU DATA ROAM 10 hanya RM10 / hari.
Utk lebih faham
utk lebih detail
anda boleh layari 


Dan utk menikmati lebih ganjaran 
sila ke FB U-mobile

Tekanan Darah Dah Turun Sikit..

Isnin lepas saya ke klinik lagi
check tekanan darah
alhamdulillah..
nampaknya ada penurunan sikit
berbanding ketika kunjungan kali pertama dulu
BP 190/100
ni pun kena bebel lagi dengan doktor
sbb hampir 2 minggu ubat dah habis
baru saya ke klinik semula

Saya cuba utk tidak menjamah makanan berikut..

1)makanan kering-ikan bilis,telur masin,udang kering,ikan kering,keropok

2)makanan dalam tin,beger,sosej

3)makanan dalam botol-sos,mayonis

4)belacan,ajinomoto ,santan

alhamdulillah..anak2 takde komplain pun 
tentang rasa masakan..

20 April 2016

WW :Coklat Gambir

Dizaman kanak2 dulu
tiap kali emak kekedai runcit
saya pasti memesan 'coklat gambir' ni
(padahal gambir pun tak pernah tgk)
(di kelantan..gula2 dipanggil cokelat)

sekarang pun masih ada lagi haw flakes ni
digunakan utk buat  kek dan segala macam
yg best tu..rasanya masih tetap sama
cuma harganya dah berbeza

18 April 2016

Setelah 7 Bulan...

Anak sulung saya konvo pd bulan 10 tahun lepas
sekarang..dah 7 bulan berlalu
gambar yg diambil semasa konvo (jurugambar rasmi)
masih belum sampai2..

mula2 dijanjikan sebulan
pos sampai ke rumah
tp dh hampir setahun dah..mana dia..

Akhirnya lps waktu opis..dia ke pejabat yg menguruskan urusan tersebut
Ya Rabbi...rupanya depa pos ke alamat lain..
sampai ke Jitra nunn...
kes salah alamat la ni

Selepas kena sound ..diminta print semula
baru lah dapat gambar ni




Hari ini..ALLAH telah membalas segala jerit perih,keringat dan airmata
dgn sebuah kejayaan...


Syukur padaMU  YA ALLAH...

16 April 2016

Nostalgia Buah Janggus

Siapa yg pernah ada kenangan  terhadap buah ni?
sewaktu zaman kanak2 pokok ni
banyak terdapat di kampung saya
ada yg buahnya kuning dan ada yg kaler merah

pokoknya besar2..boleh panjat 
buahnya dicicah dgn kicap atau garam..

part yg paling best mengumpul biji janggus ni
dijemur sehingga kering
dan dibakar diatas zink yg disusun daun kelapa kering

biasanya dibuat beramai2 bersama kawan2 sekampung
utk makan kena pecahkan dulu kulitnya tu
aroma biji janggus yg hangus tu..fuhh menusuk hidung..wangi..

anak2 saya sekarang cuma tunjuk2 kat supermarket ja
kalau nak makan biji janggus ni

(yg ni belum betul2 masak)

sekarang pun pokok2 janggus dah renik2...senang nak kutip pucuknya
tak sempat berbunga,berputik pun..
dah diambil pucuknya

14 April 2016

Koleksi Cerita Seram

Dibandingkan dengan jumlah makhluk makhluk lain,
 Jumlah manusia adalah terkecil. 
Nisbah manusia hanya 1%, bilangan jin 9% dan malaikat adalah 90% 
(Nisbah 1:9:90) seperti hadis Rasulullah s.a w : -

"Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian . 
Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusai satu bahagian. 
Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada sepuluh bahagian 9 bahagian
 adalah dari jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia "

Apa yg ingin dikongsikan ini adalah pengalaman yg benar2 saya alami

Kisah 1:
Sewaktu sedang menunggu keputusan SPM dulu
makcik kantin sekolah rendah
yg jugak kawan baik arwah emak saya
meminta saya menolong beliau dikantin sekolah

Setelah dipaksa oleh emak dan ayah maka saya pun bersetuju

Lazimnya saya kena kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi
utk menyediakan RMT(rancangan makanan tambahan)
pada pelajar yg kurang mampu
kadang2 berbasikal,kadang2 berjalan kaki
jarak dari rumah kesekolah tak sampai setengah km  pun

tp terpaksa melalui kawasan kebun getah kepunyaan arwah nenek dan
jiran..so agak luas lah kawasan kebun getah tu

satu pagi...
dari jauh saya nampak makcik(dipanggil maksu Jarah-Zaharah kut namanya)
yg biasa menoreh getah tu sedang menoreh
pokok getah yg ditoreh tu betul2 berada ditepi jalan
yg bakal saya lalui
(hanya jalan kecik yg boleh dilalui motor/basikal ja)

bila menghampirinya saya dapat dengar dgn jelas bunyi torehan..zup zap zup zap..

beberapa hari lepas tu

satu petang makcik yg saya lihat sedang menoreh tu
berjalan pulang dari bendang

"maksu ni..pagi menoreh..
petang bersawah.."

saya cuba berbual dengannya

"dah lama maksu tak menoreh
pagi petang dok sibuk dgn bendang ja.."

Ya Allah..siapa yg saya lihat 2,3 hari lepas sedang menoreh..

bila saya ceritakan pada emak
selamba ja dia cakap

"ala..'dia' pun makhluk Tuhan jugak
kalau takut..baca selawat,baca ayat kursi.."

keeseokan paginya dgn perasaan yg seram sejuk
saya melalui kawasan tu semula dan lihat
takde kesan torehan pun pada pokok getah tu

Ya Allah..saya bersyukur sangat tak tergerak hati nak menegur 'maksu' tu
pada pagi tersebut..



Kisah 2:

Saya selalu diminta oleh emak utk kekedai runcit
kadang2 beli bawang..ehh lps  tu pulak beli tepung..
yalah org2 tua dulu2 mana reti nak buat list

Utk kekedai runcit tersebut
saya selalunya berbasikal
dan amik jalan pintas
melalui kebun buah2an disebelah kiri
dan disebelah kanan ada 'kubur kerbau"

dinamakan kubur kerbau kerana ada kerbau yg mati ditanam disitu
kawasannya penuh dgn pokok2 buluh yg tinggi
dan berdesir2 bunyi daunnya..

ketika melintasi keawasan tersebut
saya melihat serang pakcik(tuan punya kebun tu)
berkopiah putih,berbaju melayu putih dan berkain pelikat
sedang berdiri mendongak melihat pokok buah2annya
jaraknya beberapa meter dari   jalan yg saya lalui

pun mulut saya 'berat' utk menegurnya

sekembalinya dari kedai..tak sampai beberapa minit pun
saya mencari2 kelibatnya..dah tak ada...

Selang beberapa hari lps tu
saya terdengar perbualan antara emak dan ayah saya
yg mengatakan pakcik tuan kebun buah2an tu
telah meninggal di Mekah beberapa bln sebelum tu

Ya Allah..siapa yg saya lihat tu..


Cukuplah 2 kisah tu dulu

boleh jugak baca  Misteri Tasik  Banding

Hai anak Adam, 
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan
 sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga,
 ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya `auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu
 dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.
 Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan dan iblis
itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. 
(Al A’raaf 27)




13 April 2016

Rindukan Alex

Alex..kisah sianak kucing yg dibuang dilaman rumah saya
mula2 dia takut2 utk masuk ke dalam rumah
tp dek anak2 saya suka bg makan..
lama2 dia terus membesar,mengemuk
dan jadi penghuni tetap rumah saya
 tabahlah Alex walaupun dibuli anak2 saya

 suka kacau ahli rumah ni mengunakan PC

pernah satu hari..selepas mandi saya masuk kebilik tanpa membuka lampu
bila tangan meraba2 amik kain batik dalam almari
terus terjerit sekuat hati
sbb yg saya raba tu terasa panas dan berbulu

rupa2nya si alex yg sedang landing atas lipatan kain

 setia menunggu....kut2 diberi seketul dua karipap


Akhir tahun lepas..Alex tak bermaya
tak lalu makan..asyik  tido ja

satu hari..kami semua nak keluar rumah utk ke Giant
so saya letakkan Alex diluar rumah
(sambil mengusap2 kepalanya)

Bila balik rumah Alex dah takde
saya taklah risau sbb bila 2 masa ja dia akan masuk kerumah bila pintu terbuka

Sehari..dua hari..
seminggu..beberapa minggu berlalu
sampai sekarang..kelibat Alex dah tak nampak..dah hilang..

Saya pernah membaca kat satu blog
kalau kucing nak mati..
dia akan pergi jauh dari pandangan tuannya
supaya tuannya tak bersedih

betul ke.......??

12 April 2016

Resepi Nasi Ayam Berempah


 Bahan-bahan nasi:
 4 cawan beras
Air rebusan ayam secukupnya
2-3 sudu butter
 1/2 kiub pati ayam Maggi
 1-2 helai daun pandan
 Garam dan secubit gula
1-2 inci halia (hiris nipis)

 Cara-cara:
 Basuh beras hingga bersih.
 Toskan.
Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga nasi masak


Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah: 
 1 ekor ayam 
2 1/2 sudu teh ketumbar*
 2 1/2 sudu teh jintan manis* 

Sedikit kunyit hidup* 
1 labu bawang besar *
3-4 inci halia*
5 ulas bawang putih*
 Garam 
Minyak 
 Bahan-bahan sos cili: 

*3 biji cili besar 
*1 biji tomato
 *1 ulas bawang putih
 3-4 sudu cili kisar air asam jawa
 Garam dan gula 


 Cara-cara:
 Kisar bahan bertanda *.
 Campurkan dengan cili kisar dan masak dengan api perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat. 

Sos Kicap
blend eberapa biji cili padi bersama kicap dan sos tiram
masak sekejap..

09 April 2016

Strawberi Cheese Tart

Lagi airtangan Alia
utk minum petang-strawberi cheesetart
dah alang2 mak sedaranya oder blueberi cheesetart 140 biji
dia buat sekali chesetart strawberi ni bila ada lebihan doh

Bila ada yg bertanya resepi
kena saya tak tempek resepi
ini jawapan saya
"saya tak tau resepi mana yg dibuat oleh anak saya
kang tak pasal2 saya letak resepi..tak sama pulak hasilnya"

so kalau ada yg nak ccuba tu sila ke blog anak saya

tapi dia update blog ikut kerajinan dia  ja


07 April 2016

Ayam Rosemary

Kelmarin ke Tesco..beli paha ayam
jarang sangat saya beli ayam seekor2..
bkn apa..bahagian dada ayam tu takda sapa nak makan..

so hari ni jadilah ayam rosemary utk lunch
resepi ni dimasak oleh anak dara saya........Alia..

fresh..baru keluar dari oven..

jom bersantap...
eehh kenyang ka makan ayam mcm ni ja..takda nasi ke
ok..alhamdulillah..ianya mengenyangkan..

06 April 2016

RM 5K Percuma...??

Agak lama membiarkan blog sepi tanpa berita
Entah mengapa mood menulis bagaikan menghilang
tak timbul2...

Dua tiga minggu lepas
saya menerima panggilan dari 'private number'

Memperkenalkan dirinya sebagai HJ XYZ(saya lupa sebenarnya)
dari Syarikat XXX..(syarikat telco)

"Saya nak ucapkan tahniah pada Cik
no hp Cik berada dibarisan ke 3
yg layak memenangi hadiah bernilai 5K.."

"Tapi saya tak masuk apa2 peraduan atau apa2 pun En.."

"kami tak menganjurkan sebarang peraduan
ni sbg penghargaan syarikat kami terhadap kesetiaan  pelanggangnya..bla bla bla.."



"Mcm ni la Cik..
cik pakai akaun bank apa sekarang.."

Dah tau satu perangkap
saya malas nak layan

"err saya takda akaun bank"

"so mcm mana kami nak bankin kan duit ni..rugi tau.."

"tak apalah..U ambil ja kat u 5k tu
kalau 5 juta..boleh saya pertimbangkan.."hehehe
saya memutuskan talian..

Mana da company yg guna private number
utk urusan rasmi mcm tu

Kalau barang2 yg dibawah ni memang betul2 percuma
hobi saya mengisi berbagai jenis survey kat FB


 Rexona dari Woop

 Kotex pun saya dapat haha

Rexona lagi..lupa dari mana.

dari cetaphil pun dapat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.