20 April 2017

Akhirnya...Ke Hospital Jua..

Semalam saya ke klinik yg biasa saya kunjungi
utk berjumpa doktor mengenai masalah kai saya yg membengkak ni/edema

ubat yg diberi sebelum ni
Rasitol-dah tak berkesan

makin hari makin bengkak 
hinggakan saya terpaksa solat duduk diatas kerusi

bila jumpa doktor
dipicit2 kaki saya ni

"I tak boleh bg U ubat dah
U kena p hospital sekarang jugak..."

gullpp...saya telan air liur

"Doc tak boleh chek kat sini ke.."
saya cuba merayu

"Sekarang ni duit tak penting dah bg saya
kesihatan U yg lebih utama.
di hospital depa ada segala kemudahan,kelengkapan.."

"now U nak pergi ke tidak.."
soalnya bila saya masih terkebil2

oklah doktor..saya mengalah


sampai di hospital Kulim
(nasib baik tak jauh mana pun)

anak saya drop emaknya ni depan jabatan kecemasan
ketika tu tak ada pesakit lain
sebaik menghulur mykad dikaunter
MA nya keluar dan terus periksa keadaan saya
diberi kad utk ke Zon Kuning (separa kritikal)

dengan hati yg berdebar2 saya melangkah masuk ke zon kuning
sebaik kad dihulur
nurse terus menyuruh saya berbaring dikatil utk pemeriksaan lanjut
sambil membebel kat saya

"mana kadnya.."

"saya takde kad,ni first time mai sini.."

"ooo...org kaya la ni..dok p swasta ja.."

"takde la nurse.."

Diambil darah,dibuat pemeriksaan jantung,di xray

semuanya mengambil masa 5 jam

terimakasih para doktor yg comel2 belaka,peramah,bercakap sambil tersenyum
terutama sekali doktor Sumaiyah

saya diberikan surat rujukan utk follow up kat Klinik desa Sg Ular
oklah..tak perlu ke hospital bila kehabisan ubat

13 comments:

  1. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Moga semuanya baik2 aje. Jaga diri yer

    ReplyDelete
  2. Semoga kaki akak cepat baik...
    Take care yer kak...

    ReplyDelete
  3. semoga cpt sembuh kak..jaga makan & jaga kesihatan yer.. :)

    ReplyDelete
  4. selamat berehat n mkn ubat kak....

    nsb lah kene bebel klu pi spital... mana lah ada nurse yg tak suke bebel yek

    ReplyDelete
  5. MOGA KAM SEGERA SEMMBUH MKN UBAT BNNYAKAN REHAT

    ReplyDelete
  6. Saya paling menyampah dgn nurse yang bermulut celupar... Kadang2 bukan kaya dan banyak duit pergi swasta ni... tapi masa... klinik swasta/spital swasta ni dekat dgn rumah, senang parking, cepat... dan pekerjanya melayan kita dgn baik, tak de nak leser2kan orang. Lagi2 kalau yg di laserkannya tu org tua2 mcm kita. Kempen SENYUM tu sekadar kempen je...

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh....
    Orang kaya pi swasta.. hadoi... sedangkan kita nak cepat nak dekat..

    Makchaq pulak memang pi klinik/hospital kerajaan ja.. sebab dekat ngan rumah.. boleh jalan kaki ja...

    ReplyDelete
  8. Saya doakan Kak cepat sembuh. Ameen.
    Emm...nurse hosp gomen kebanyakannya bermulut laser...tak tahulah kenapa :-(

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.