04 September 2017

Majlis Pertunangan Anakanda Yang Sulung


Alhamdulillah...
Syukur pada Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan

sebelum ni saya ada publish entri  mengenai bakal menantu


ni antara hantaran dari pihak kami
cheesetart yg dibuat Alia

 Kami bertolak ke Tapah pada petang raya pertama 
dgn 2 buah kereta
sampai di homestay Tapah dah dekat pukul 7 malam
masing2 keletihan dan kelaparan
maka bermulalah sesi membelasah bekal yg dibawa

Sebelah malamnya kami dijemput oleh bakal besan
utk makan malam didumahnya
Alhamdulillah
kiranya ni pertemuan pertama kami sebagai bakal besan

ketika berada dikhemah
seseorang yg begitu familiar wajahnya datang mendekati saya
tunduk dan mencium tangan sambil bertanya
"ni mama Badri ya..aunti apa kabar.."
terkedu seketika sbb yg bertanya itu adalah Tania Hudson
sepupu  bakal menantu saya hehe

Selesai makan2,bersembang..dah hampir pukul 11 malam
Dihomestay Alia dan emAk sedaranya menyiapkan hantaran sehingga pukul 4.30 pagi
dengan saya sekali tak boleh melelapkan mata 
dok dengar dia org bersembang

pukul 10 pagi tiba lagi 3 buah kereta
terimakasih kerana sudi datang  abg ipar saya serta isteri
dan biras2 saya



 
cincin dijari sebaai tanda diri sudah diikat



Tania Hudson
peramah,suaranya lembut ja bila bercakap

Alhamdulillah
selesai sudah majlis pertunangan anakanda saya yg sulung
Insya Allah majlis kawen dipihak perempuan pada 9/12 nanti di Kem Sg Besi,KL..

6 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Sempurna sudah majlis pertunangan..
    Semoga berkekalan hingga kejinjang pelamin..

    Tahniah Kamsiah..
    Dah terima menantu dah awak 😊

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.... moga di permudahkan n berpanjangan jodoh hingga ke jinjang pelamin...

    ReplyDelete
  3. Taniah ....semoga dipermudahkan urusan hingga hari lansung.

    ReplyDelete
  4. Semoga berpanjangan jodoh dan berbahagia bersama hingga ke syurga... :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.