Balik dari rumah kakak
kaki saya makin membengkak
terasa bagai digantung beban 10kg beratnya
sebenarnya tujuan ke rumah kakak di Gua Musang pun
utk mencuba perubatan islam
10/1
ketika bangun dari katil utk solat Isyak
saya terjelepuk jatuh dek beratnya kaki
cuba bangun sendiri tp setelah berkali2 dicuba tak berjaya
saya menjerit memanggil Alia dan Tash
(utk pengetahuan saya tinggal 3 beranak ja kat rumah)
masih tak berjaya jugak
akhirnya jam 12 mlm,saya call suami
sambil membebel en suami tanya nak suruh dia call sapa
akhirnya jam 12 lbh
datang anak jiran mengetuk pintu
2 org perempuan dan Alia cuba mengangkat saya ke atas katil
tetap tak berjaya
dalam dok berkira2 nak panggil bomba ke,ambulan ke,JPAM ke
anak2 jiran saya cakap dia cuba panggil abang2nya..
sambil minta izin saya
akhirnya...dgn kudrat 2 lelaki dan 2 perempuan
saya berjaya diangkat ke katil
bukan disebabkan berat saya
(cuma 60kg ja)
tp sbb saya tak boleh nak bantu mengangkat diri sendiri
Esoknya..11/1
saya ke Hospital Kulim
dalam hati dah dapat rasa
mesti kali ni kena tahan kat wad
Alia memberhentikan kereta didepan kaunter jabatan kecemasan
dan memberitahu pesakit tak boleh berjalan
datang petugas bersama wheel chair dan terus saya dibawa ke zon kuning
"you minum air banyak ni.."
kata nurse
"tak apa..you bagitau pun I tak marah.."hehe
utk x-ray pun saya terpaksa diusung dgn katil ke bilik x-ray
ramainya pesakit...saya terpaksa tunggu sehingga pukul 4 ptg utk ditolak masuk ke wad
maka terciptalah sejarah bermalam diwad
(selain masuk wad sbb bersalin)
sesiapa yg pernah masuk wad tahulah keadaannya mcm mana
sejam seklai seambil bacaan gula,tekanan darah
pukul 2.30 pagi doktor datang amik darah lagi
4 kali suntik baru penuh tabung
lepas tu amik darah ke jantung pulak
Ya ALLAH sakitnya yg ni
katil hanya kosong sejam dua ja
lepas tu riuh rendah dgn pesakit baru masuk
doktor hensem sedang meronda wad hehe
tutup lampu awal konon2nya nak tidur awal
tp sekali masuk 3 org pesakit baru
selain jarum utk memasukkan ubat ni
urine tiub jugak membuatkan saya rasa tak selesa
tidor terlentang tak boleh mengiring ke kiri atau kannan
dgn tiub oksigen terpaang di hidung
menu hospital
masakan tanpa garam dan gula
sbb tu la kut bacaan gula saya dari 24
menjunam turun ke 4
klaut la pulak nurse
paksa saya makan makanan manis pulak
hari ke 5 saya dibawa ke makmal utk scan jantung
sbb paru2 dan buah pinggang saya ok
Ya..saya positif,saya redha dgn ketentuanNYA
YG JANTUNG SAYA HANYA BERKEUPAYAAN MENGEPAM DARAH HANYA 20% SAJA
doktor bertanya tentang sejarah keluarga
ada ke yg mengidap masalah jantung
Ya doktor..arwah ibu saya,serta 2 orang kakak saya
antara ubat2an yg dibekalkan utk tempoh sebulan
dan sekarang saya sedang menunggu panggilan pihak hospital
ut berjumpa doktor pakat jantung di Hospital Sulatanh Bahiyah,Alor Setar
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
(Al-Baqarah: 286)