12 March 2018

Jumpa Pakar Jantung Di HSB



Temujanji saya dgn pakar jantung
di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
pada 7/3 lepas..jam 9.30 pagi

oleh kerana jarak perjalanan hampir 2 jam
saya dan Alia keluar rumah jam 6.15 pagi

bertawakkal meninggalkan Tasha sorg diri kat rumah
(sedang mandi ketika itu)

sampai di HSB sebelum pukul 9
tp Ya Allah...mencari parking macam menacri jarum yg hilang ditengah malam
hampir sejam dok melilau cari parking

kedatangan saya disambut kawan
yg merupakan bekas ketua jururawat disini
beliau dah pencen dah

dengan pertolongan beliau la
saya dan alia dibawa ke  Jabatan Kardiologi ni

sejam lebih berurusan dgn doktor muda yg jelita tu
saya diberi nasihat utk menjalani MRI Di Hospital Seberang Jaya
dalam masa 4,5 bulan lagi...
kena tunggu giliran
kalau nak buat kat swasta kosnya 2k lebih..

dah baut MRI nanti
kena amik darah lagi kat Hospital Kulim
kemudian di bawa kesini semula pada 12/9 nanti..huhu banyak step nak kena buat..

03 March 2018

Nasi Impit Sambal Kelapa


Memperkenalkan menu yg semakin pupus ditelan masa
sambal kelapa dimakan bersama nasi impit
mungkin kedengaran agak pelik
tp di Kelantan ianya menu biasa

saya lebih suka makan nasi impit bersama sambal kelapa ni
tak seperti kuah kacang,ianya muak..

ada juga org makan bersama kuah kacang
terpulang pada selera masing2...


Bahan2 utk buat sambal kelapa

3 biji kelapa,diparut
sekilo ikan sardin/termenung
beberapa batang serai
halia
beberapa ulas bawang merah
3 keping gula melaka
sesudu gula

kelapa digoreng hingga garing keperangan

ikan direbus, bersama sedikit garam dan asam keping
dah masak toskan
asingkan isi dan tulangnya
kemudian digoreng tanpa minyak
hingga kering airnya
tujuannya supaya tak berbau hanyir


kemudian serai,bawang merah,halia dan gula melaka ditumbuk
dah lumat tu,campurkan kedalam bekas berisi kelapa goreng dan iakn tadi
gaul hingga betul2 sebati
masukkan sesudu  gula

rasakan gula dan garamnya
boleh la dimakan bersama nasi impit yg telah direbus