06 September 2018

Anugerah Tokoh Pelajar


Tahun lepas semasa hadir hari anugerah cemerlang
Tasha ditahun 5
penerimanya pelajar lelaki
ibu dan ayah dijemput naik ke atas pentas

terdetik dihati saya
dan saya berdoa
agar th depan(tahun ni)
anugerah tu milik anak saya

Alhamdulillah..doa ibu tiada hijabnya
kami suami isteri dijemput hadir pada majlis tersebut
berkali2 suami bertanya
saya pasti ke nak kesana
yalah berkerusi roda
nanti lenguh duduk berjam2 kat  sana

Allah memudahkan urusan saya
sampai disekolah ramai yg menolong menyorong kerusi roda saya




ketika cikgu membaca biodata tokoh anugerah pelajar
saya sebak mendengarnya

"Beliau anak bongsu daripada 4 org adik beradik
kepada pasangan Kamsiah Yusoff dan En Shaharudin Abdlah
bercita2 ingin menjadi seorang doktor
aktif dalam berbagai ko korikulum
mendapat sokongan padu rakan2 utk jawatan ketua pengawas..

satu persatu disebut kemenangan Tasha dalam berbagai kegiatan..

saya dibawah pentas sebak lagi..


alhamdulillah..semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu wahai anak..

13 comments:

  1. Tahniah Thasa..nanti jika ada izin Allah akan jumpa Thasa nanti ..inshaAllah ..anak sulung Pakcik dah berjaya jadi Doktor..dah bertugas dekat di sebuah hospital di Sabah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sembuhkan sahabat blog saya ini ya Allah..berilah kesembuhan pada dia ya Allah. Engkau yang lebih tahu akan sakitnya apa ya Allah. Sembuhkanlah kerana mereka berusaha untuk sembuh. Aamiin ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Allah semoga diberi kesembuhan buat kamsiah

      Delete
  3. Tahniah buat Tasha dan juga kedua ibubapanya sejuk perut ibu mengandung

    ReplyDelete
  4. Tahniah Tasha.
    Semoga berjaya mengejar cita2.
    tahniah juga kedua2 ibu bapanya.

    ReplyDelete
  5. Allah kak, dana yg baca pun sebak... ni kn pulak akak emaknya

    akak, masa tgh perbarisan sukan sekolah aiyan, aiyan dlm perbarisan lambai kt dana pun dana nngis, ni kan pulak klu mcm akak ni.... terharu sgt2....

    ReplyDelete
  6. perasaan itu pernah saya lalui semasa anak bongsu mendapat anugerah tokoh murid utk sekolahnya. Sebak bila biodata dibaca .Walau dah bertahun lamanya,kenangan itu tak luput dari ingatan saya. Semoga anak puan berjaya dalam kehidupan seterusnya. Menjadi anak yg berjaya dalam kehidupan dan membahagiakan keluarga.

    ReplyDelete
  7. tahniah buat tasha dan tahniah juga buat akk dan keluarga yang mendidik dia dengan sempurna...moga akk cepat sembuh yea...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah Tasha.. Semoga terus bersinar membawa kebahagian buat ayah dan ibu.. Aamiin..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●