30 November 2018

Keputusan UPSR


Semalam telah diumumkan keputusan UPSR 2018
tahniah pada anak2 yg berjaya dan pada yg kurang bernasib baik
keputusan ini bukan penamat pada langkah seterusnya ya...

Alhamdulillah Tasha mencatat kejayaan 
dengan memperolehi 6A
4 orang pelajar mendapat 6 A disekolahnya

Semoga cita2nya utk ke SBP tercapai
Syukur padaMU YA ALLAH
Utk rasa kebahagiaan ini

29 November 2018

Pahit Itu Penawar

Semakin pahit sesuatu sayuran/ulam tu
semakin baik utk kesihatan
umpama peria,pucuk mengkudu buah beka  dll
tp berapa ramai yg sanggup memakannya



 bunga betik antara ulam yg pahit rasanya

jika dibuat kerabu,kurang sikit rasa pahitnya tu


buah putat
rasanya sikit kelat tp enak dibuat ulam



jika dicicah dgn sambal belacan campur kuinin
fuhh..hilang kejap rasa pahit..

28 November 2018

Selamat Harijadi Athilia Natasha


Semalam tanggal 27/11
hari ulang tahun si puteri bongsu,Athilia Natasha
satu2nya anak yg dilahirkan dgn kaedah pembedahan
beratnya ketika dilahirkan 4kg..

masih terdengar sayu suara azan  doktor yg mengazankannya 
sejurus dikeluarkan dari perut
2 orang doktor yg mengazanknnya
sorang doktor bersalin
dan sorang lagi pakar bius
diazankan sebelum bayi dibersihkan
dgn darah dan lendir yg masih menyaluti tubuh bayi

 menjawat jawatan Naib Kelab Doktor Muda kat sekolah
semoga cita2nya utk bergelar doktor dimakbulkan ALLAH


Sehari sebelumnya si abang dan kakanya berpakat
utk buat suprise utk si adiknya


piza dan kfc tu disponsor oleh abangnya di KL
kek tu si kakak Alia yg kalut pergi bakeri sebab kerja pada tengaharinya

maka makanlah kami dalam susana cukup simple
cuma 4 beranak ja

27 November 2018

Masak Lemak Putih

Kalau masak lemak kuah putih ni
alamatnya saya sorang ja la yg memakannya
Tasha cakap dia tak suka kuah susu
 masak lemak pucuk labu bersama keledek ungu

 labu bersama bayam


petola masak lemak

jika dikelantan,bila masak lemak mcm ni
dia org cuma gunakan kelapa yg masih hijau kulitnya
baru terasa lemak manisnya

kena pulak ada ikan pekasam mcm ni
fuhhh

26 November 2018

MBI Desaku Waktu Malam

Semalam Alia tertinggal hpnya kat tempat kerja
memandangkan hari ni dia cuti
pergi amik jugak la 

kami pergi lepas solat maghrib
saya dan adik2nya menemaninya
bimbang jugak walaupun masih awal

sebelum ni belum pernah datang kat sini waktu malam
rupanya waktu malam lebih meriah
mungkin kerana cuacanya yg sejuk dan 
lampu yg berwarna warni

nahhh..pintu gerbang menyambut kehadiran tetamu

menara condong

tak dapat pergi Paris
kat sini pun jadi la

unta antara yg terdapat di taman Bali
ehh ada unta ke ...

 

tempat kerjanya ada menyewa booth di pasar malam berdepan dgn cafenya
ni ha punya la cantik pasar malamnya


snap gambar sementara tunggu makanan yg dioder siap

Alia syorkan kami mencuba chicken carbonara dan bolognese spageti
oklah..harganya cuma rm3.50 ja
kalau mkn kat cafenya
rm 18 utk benda dan kuantiti yg sama..


25 November 2018

Khasiat Kacang botor

Disebelah utara ni
kacang botor dipanggil kacang Kelisa
 sedap dibuat ulam
dicicah sambal belacan

digoreng pun sedap


dibuat kerabu tak kurang enaknya

ataupun digoreng pedas mcm ni

Antara KHASIAT dan Kebaikan Kacang Botol @ botor ialah:-

 1. Kacang botol mengandungi protein, kaya dengan zat galian, zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A dan pelbagai kandungan nutrien lain. 
 Dikatakan kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol yang sedikit matang atau tua.

 2. Kacang botol muda untuk 100 gram hanya mengandungi 49 kalori berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 kalori. 

 3. Kandungan kacang botol yang lebih tua lebih tinggi protein dan zat galian lain berbanding kacang botol muda.

 4. Kacang botol tua mengandungi thiamin, B1, riboflavin, B6, B3, folate, B9 dan asid pantothenic serta vitamin B kompleks penting. 

 5. Wanita hamil amat bagus menikmati kacang botol kerana kacang botol mengandungi sumber folate atau B9. 100 gram kacang botol mengandungi 11% dari kadar saranan harian keperluan folate. 

 6. Kajian juga menunjukkan kacang botol mentah atau segar mengandungi vitamin C yang mencukupi di mana 100 gram mengandungi 18.3 mg iaitu 31% vitamin C untuk kadar keperluan harian. 

 7. Kacang botol juga mengandungi magnesium, manganese, fosforus, zink dan potasium. 8. Dikatakan juga kandungan protein dalam kacang botol lebih tinggi berbanding kacang tropika yang lain sekaligus amat bagus untuk anda yang mengamalkan diet tinggi protein untuk pembentukan tubuh, tanpa perlu kerap mengambil protein shake. 

 9. Jika anda berpantang kacang soya kerana bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya, anda boleh menggantikan kacang soya dengan kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya. 

 10. Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.

24 November 2018

Puding Raja


Puding Raja
makanan popular di negeri Pahang
nampak agak 'mewah'
dengan hiasan pelbagai warna,kan

ni sebelum dicurah kuah kastard

yang ni selepas dituang kuah kastardnya
rasanya memang manis
kalau ramai ahli keluarga yg sukakannya\agak berbaloi membuatnya kat rumah
tp jika seorang dua ja yg makan
baik beli ja
bkn apa
agak renyah utk membuatnya

23 November 2018

Dalca Buah Remunggai

Kata orang buah ni berangin
ahh berangin pun berangin la
janji sedap diratah

en suami sedang menyiang buah remunggai
terimakasih kerana menolong meringgankan beban isterimu ini
tadaaa..dah siap
enak dimakan jika masih muda

21 November 2018

Jambu Susu


Meskipun namanya Susu
usah mengharapkan rasanya manis bagaikan susu
kerana muka anda akan berkerut seribu bila memakannya
masam bagaikan cuka

20 November 2018

Sirih Pinang Didalam Puan

Saya seakan tak percaya
dizaman sekarang masih ada lagi
tuan rumah yg menghidangkan sirih pinang kepada tetamunya

ingatkan kat muzium  ja boleh tengok barang2 antik macam ni

teringat dizaman kanak2 saya dulu
rajin benar meracik pinang,menyapu kapur pada daun sirih
dan membalutnya
lantas diberi pada nenek yg memakannya
sambil bertanya.."sedap ka..?"
sekarang  harga tepak sirih ni agak mahal
yg berukir,berkerawang mcm ni
harganya hampir rm300

19 November 2018

Laksa Johor

Saya bukan orang Johor
Ke Johor pun baru sekali ja

tp pertama kali menikmati laksa johor
terus jatuh cinta
sedap wehhh
dia orang kata 
kalau nak uummpphh kena makan dgn tangan
ala2 org kelantan makan laksa jugak,pakai tangan

17 November 2018

The Chicken Rice Shop


Beberapa hari lepas Anak dara saya,Si Alia mengajak saya keluar
mungkin dia faham
saya dah lama mereput kat rumah
dunia saya hanya rumah-hospital

Pada mulanya suami buat muka ala2 tak percaya
yalah mana saya pernah keluar tanya beliau
sejak berkerusi roda ni

Alia membawa saya dan adiknya ke EON Mall,prai
dah lunch kat rumah tp
sementara selera masih ada
makan jugak la nasi ayam ni


Laksa curry pilihan Eleena


semenatar saya dan Alia pilih nasi

last2 minta staff dia orang tapaukan sbb tak habis nak makan

15 November 2018

Antara Paparoti Dan Mamaroti


Roti,pilihan selepas tekak tak lalu nak telan nasi
tambahan pula dgn berbagai jenis dan perisa
kadang2 tak tau nak buat pilihan

Yang ni Paparoti perisa durian
rm5.60 sebiji,boleh tahan...
tapi puas hati bila menikmatinya masa panas2..


yang ni Mamaroti
ada anak saya cakap Paparoti lebih sedap
ada yg cakap Mamaroti lebih sedap
ada pulak yg cakap
Roti Boy paling sedap
hmm selera masing2,kan

apa pun si mamaroti ni sedap jugak di tekak saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.