21 December 2018

Cencaru Belah Belakang

Ikan Cencaru atau juga dikenali sebagai Ikan Jacket 
kerana mempunyai kulit yang tebal.
 Memang agak payah untuk menanggalkan kulitnya.
 Justeru itu, masakan yang mudah dan terbaik ialah dibakar
 di atas kuali tanpa perlu menanggalkan kulitnya yang tebal seperti 
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Belah Belakang ini.
 Semasa memilih ikan di pasar, jangan rasa geli untuk menyentuh ikan 
dengan tangan. 
Ikan yang segar, perutnya tidak lembik,
matanya pula tidak merah. 

Bahan-Bahan: 

Bahan untuk memasak: 
4 ekor ikan cencaru
 sedikit garam
 sedikit kunyit 
minyak untuk menggoreng  

Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus: 

5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
 ATAU 3 sudu besar cili kisar 
3 ulas bawang putih 
5 biji bawang merah 1 inci belacan bakar 
1 inci halia 1 sudu besar jus pekat asam jawa 
1 batang serai,
 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
 garam secukupnya 


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. 
Angkat dan sejulkan.


Cara Penyediaan: Cara-cara untuk memasak:

 Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang,
 tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
 Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
 Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya. 
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.





5 comments:

  1. Ikan nampak sedap ..isinya rasa empuk kelihatan..cara ambil gambar tu yng amazing. rasa nak ngap ja

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Kesukaan Sha ini.. Kalau dapat nie memang ratah macam tu je..

    ReplyDelete
  3. Feveret juga ni. Saya suka mesin nyoq masuk sekali..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●