06 February 2019

Suka Duka DiTahun Baru

2019 telah sebulan berlalu
cepatnya masa datang dan pergi
tanpa terlewat atau tercepat walau sesaat.

Saya menghadapi tahun 2019
dgn penuh suka duka

bermula dengan kematian anak saudara pd 2 hb/1
diikuti kematian mak sedara (adik pd ibu mertua) beberapa hari selepas itu
dan kematian biras pd 20 hb 1
arwah dikesan mengidap barah darah tahap 4 th lepas
akhirnya dijemput Ilahi
beberapa hari sebelum kenduri anak bongsunya


8 hb 1 
Tasha mendaftar masuk SERATAS

9 hb 1
saya ada temujanji dgn doktor di hospital  Sultanah bahiyah
Alhamdulillah dah dapat tarikh
utk interview Tabung Bantuan Sosial
submit borang bulan 10
bulan 1 baru dapat jawapan

oohh yaaa..kami terpaksa keluar dari rumah ni
sbb tuan rumah nak jual rumah nya
dalam keadaansaya yg kurang sihat
hanya anak2 dan suami ja
dok mula packing barang sikit2

talian streamyx telah dipotong

terselit juga berita gembira
Alia naik pangkat dannaik gajinya...alhamdulillah