Tular di laman fb
tangan seorang bayi penuh
dgn kesan suntikan utk
memgambil darah oleh doktor pelatih..
Saya turut bersimpati dgn nasib bayi tersebut
Maka ramailah netizen menyerang doktor pelatih
dan nurse
sambil menceritakan pengalaman 'buruk' masing2..
Saya cuma membacanya saja
dan tak berniat utk menokok tambah cerita
Memasukkan air atau ubat atau darah |
Sebagai seorang yg sering keluar masuk hospital
saya faham sangat prosedur mengambil darah
kadang2 3,4 kali dicucuk masih tak jumpa uratnya
sakit...memang la sakit..
tp saya tarik nafas dlm2,
dlm hati Allah..Allah..
Rasa pedih dan membataskan pergerakan pernah sekali wayar tercabut bila saya pusing kiri,kanan hingga darah menitik2 keluar |
Mengambil darah ke bahagian jantung
paling menyakitkan ..
dgn jarum besar dan panjang..Allahuakbar
tp saya tau mereka cuba menjalankan tugas sebaik mungkin
tangan saya membengkak
akibat dicucuk ditempat sama berkali2
Tp..tak pernah sekalipun terdetik dibibir ni
utk berkata doktor bodoh..tak tau buat kerja..
Melihat dgn mata kepala sendiri
kehidupan nurse,doktor,kakitangan hospital
membuatkan saya amat2 menghargai jasa2 mereka..
kalau baby, budak kecik bagi nurse yg dah pakar le kan, kesian kat depa, kecik lagi..org dewasa boleh tahan lg..
ReplyDeletetak suka masuk wad sebab macam macam prosedur. kena ambik darah la, cucuk drip la bagai. eii seram
ReplyDeletebetul tak semua yang lakukan berjaya menyuntik dengan baik...biasalah kadang terdapat kesilapan
ReplyDeleteMmm...lain orang lain pengalaman kan. Tapi saya tetap salute misi n doktor yang kerja kat hospital kerajaan ni.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh
ReplyDeleteJM pun ada pengalaman DR ambik darah waktu kena dggi bulan 6 hari tu..Ya Allah..punya lah sakit..sampai lebam sana sini..rupanya kalau Dr tu pandai tak sakit sgt pun..ni dr pelatih yg dtg..bila dr yg pakar sikit tu..kejap jek tgk2 dah siap..geram betul la..berklai2 cari urat x dpt..ha time tu mmg sakit yakmat rasa serik kalau dr nak ambik darah..rupanya tak semua dr pandai sunti utk ambik darah..adeh!
ReplyDeleteKakcik hanya ketawa bila nurse mahupun doktor susah hendak 'cari urat' untuk ambil darah kakcik. Kakcik faham kesukaran itu bukan disengajakan sebaliknya kerana salur darah kakcik yang memang kecil dan susah dicari...
ReplyDeleteItulah, ramai yang faham, laaagi ramai yang tak faham kenapa kadang-kadang susah nak cari salur darah. Pernah juga kena masa nak derma darah, tak jumpa kat lengan kiri, ubah p lengan kanan pulak. Punyalah mencari padahal kita nak derma darah je 😅. Tapi layankan je hehe
ReplyDeleteKita faham tugas doc, nurse dan sesiapa sahaja dalam bidang ni kan kak...sebab tu kita x boleh nak cakap apa dah..redha jer..SA selalu amik darah untuk check up..sampai dah x rasa apa dah lengan ni kena cucuk jarum..tau2 dah siap je..
ReplyDeletekesian baby tu
ReplyDeletebetul sangat tu, kita faham tugas doktor dan nurse. tapi itulah, perasaan mak-mak kan. tak sanggup nak lihat anak menangis meraung bila kena cucuk.
ReplyDelete