28 December 2019

Kecil Pemberian Tp Besar Maknanya

Musim cuti panjang ni
berderet2 panggilan kenduri
org kata musim gantung periuk belanga

Zaman dah berubah
dah jarang2 tuan rumah bg bunga telur
berganti dgn goodies bag
yg diisi berbagai jenis jajan

Saya seronok dapat kicap dan sos cili ni
walaupun botolnya kecil
tp besar kegunaannya

kicap tu dpt 4 botol
kenduri rumah besan

Sos cili tu dapat 3 botol
kenduri rumah jiran/ kawan
alhamdulillah..



7 comments:

  1. alhamdulillah goodies gift daripada kenduri yg sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  2. Hari ni pegi jemputan kahwin dapat sebungkus mee halus dan sebotol kicap jalen.
    Pegi berdua dapatlah dua set.

    ReplyDelete
  3. saya pun plan nak bg door gift mcm ni bila anak kawin nanti. ha ha ha. berangan. anak sulung baru form 4. tp serius door gift mcm ni sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. kat kampung pun banyak dapat kicap, kordial, sos, air kotak besar, megi, mehun dan macam-macam barangan dapur... seronok lak

    ReplyDelete
  5. semasa kenduri walimah anak saya dulu, saya bagi bunga telor sahaja. kesemua bunga telur itu adalah sumbangan dari adik beradik.

    saya tak cukup budget untuk beli goodies yang mahal-mahal...

    ReplyDelete
  6. Suka goodies macam ni boleh guna kan kak, kalau dapat telur pun suka sebab lepas tu bleh buat sambal atau masak kari..hehehe

    ReplyDelete
  7. memang besar maknanya bila dapat sos dan kicap ini sebagai cenderahati.. banyak kegunaannya..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.