05 December 2019

Projek Solok Lada Frozen

Kakak ke dua saya yg tinggal di Gua Musang
bgtau nk datang ke Kedah
 melawat cucu baru nya
dia tanya kut2 saya nk pesan apa2 utk dibawa

Bagaikan org mengantuk disorong bantal
pantas ja saya senaraikan barang2 yg susah
nk dapat kt Kedah ni

-lada buat solok
-laksa kuah lemak
-petai jeruk
-tempoyak
-budu
-keropok

Dibawa juga kuih akok yg super sedap

Tak sangka dia turut bawakan inti
solok lada sekali


Saya cukup pantang kalau beli nasi kerabu
ada solok lada tp tak mcm solok lada
kelapa dan sikit ikan bersepai2

Bg saya kalau mahu hasil yg terbaik
guna isi kelapa yg kulitnya masih hijau
ditumbuk bersama ikan rebus
bawang merah,sikit halia
garam dan gula

Saya buat kesemuanya lada yg diberi
simpan dlm tupperware
frozenkan
Nak makan baru kukus atau rebus
yg ni dikukus sbb nak amik gambar
saya lbh duka yg direbus bersama sedikit santan..

6 comments:

  1. mesti makan ratah gitu je pun sedap sangat ni kak, dahla sampai penuh gitu isi nya

    ReplyDelete
  2. laksa kuah lemak susah nak dapat..solok lada mesti ada kalau beli nasi kerabu atau yong tau fo..sedap..

    ReplyDelete
  3. Memang suka solok lada ni. Kalau tak makan dengan nasi pun, saya boleh ratah macam tu je.. Cuma jarang-jarang nak dapat yang betul sedap..

    ReplyDelete
  4. sedap sangat solok lada ni. kami pun suka ^_^

    ReplyDelete
  5. Suka solok lada..makan dengan nasi kerabu kan..tapi agak mahal kat KL ni..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●