30 January 2020

Sejak Bercucu Ni...

Sejak ada cucu ni
asyik tukar dan letak pic cucu ja
sbg pic home screen
seakan dh tak kisah
dgn benda lain dh..






27 January 2020

Panggilan Dalam Keluarga

Walaupun dah 28 th duduk kt kedah
menjadi orang kedah
saya masih tak faham
dgn panggilan yg diberi dikalangan adik beradik

Apa maksud atih,andak,tam pun saya tak tau hehe
cuma bila dh dapat cucu ni 
baru nk amik tau sikit2

 ni sapa yg jaga sapa ni..


Alia tak mau anak buahnya
memanggilnya " makngah Alia"
Dia mahu Arash memanggilnya Auntie Alia

Eleena pulak tak mahu dipanggil "maklang  Eleena"
Huhh tak glemer katanya..

Hanya Tasha yg belum bersuara
dan menyatakan bantahan utk dipanggil " maksu"

Hai macam2 melayan karenah anak2 ni

Saya sendiri nk dipanggil apa..?
Opah...tak mau la..
atuk..tak mau jugak..
tokma kut ...

26 January 2020

Projek Lauk Pauk Frozen

Sementara cuti,anak2 ada kt rumah ni
saya mengambil kesempatan
memasak lauk pauk utk difrozenkan
sorg menyiang ayam,potong daging
sorg bahagian masak
4 jenis lauk sekejap ja siap

 Ayam dan tasha berpisah tiada

 Ikan patin masak tempoyak
gulai daging campur potato dan kacang panjang
 sambal terung
untung ada anak dara kt rumah...

24 January 2020

Sunk Into The Womb

Sebuah filem adaptasi dari kisah benar
yg berlaku di Osaka,Jepun
Mengisahkan seorang isteri dan ibu yang bertanggung jawab dan penyayang diabai suami.

Anak sulung perempuan Sachi berusia
 dalam 3 hingga 4 tahun
 dan Sora berusia lebih kurang 1 setengah tahun dalam cerita tersebut.

 Seorang ibu yang tidak berpendapatan mula mencari kerja untuk menyara anak-anak 
tetapi tersilap langkah kerana bergaul dengan kawan lama yang agak sosial.
 Sepanjang ibu bekerja,
 Sachi menjaga diri sendiri dan adiknya Sora. 
Sehingga ibu tersebut terlalu lalai dan mula membawa lelaki balik ke rumah.
 Sachi mula pandai meniru
 (make up dan dress up seperti ibunya ke kelab).
 Dia juga meniru aksi ibunya dengan lelaki lain dengan melakukan aksi itu ke atas adiknya Sora. Nauzubillahiminzalik.

 Sehingga suatu hari,
 ibunya pergi kerja dan tidak balik-balik ke rumah selama 3 hari.
 Nasi yang digoreng pada pagi terakhir sebelum si ibu pergi amat menggunung. 
Seolah-olah memang disediakan untuk 3 hari.

Sepanjang ketiadaan ibu,
Sora tidak berhenti meragam.
 Maka Sachi lah yang membuat susu, menyuap makan, mendodoikan adiknya.
 Sehingga bekalan air masak habis, Sachi berebut susu dengan adiknya sendiri.
 Agak sedih scene ini.
 Si adik kehausan sehingga mencapai Clorox untuk diminum tetapi kakaknya melarang.
 Bermalam sendiri dalam kegelapan dan kepanasan, perkataan “Mama” tidak lekang dari mulut Sachi berharap agar ibunya balik.
 Sachi menelefon ibunya dengan telefon mainan namun semuanya hampa. “Ma hari dah lewat, baliklah,” sambil menjenguk keluar jendela tetapi masih hampa.
 Malam itu dia dodoikan adiknya Sora dengan lagu Happy Birthday, tetapi Sora telahpun mati.
Mungkin kelaparan.
 Maka keseorangan lagi Sachi.

Siang dengan rumah yang agak semak, mayat Sora sudah berulat di muka.
 Sachi sentiasa berada di sisi adiknya.
 Makanan dalam sampah sudah habis dimakan.

 Tetapi perut masih lapar.
Akhirnya Sachi makan mainan playdoh atau tanah liat dan minum air paip.

 Siang itu juga si ibu balik tetapi tanpa perasaan dan sepatah kata,
 dia membersihkan mayat Sora dan membungkus mayat tersebut.
 Memenuhkan tab mandi dan melemaskan anaknya Sachi. Allahu..
 Tak dapat dijangka punca ibu seperti ini,
 mungkin tiada tempat mengadu, tetapi kita sebagai orang Islam ada Allah tempat bersujud.

 Sesiapa yang belum tengok boleh tengok cerita ini. 1001 pengajaran.
Membungkus mayat anak2nya


Filem ni diterbitkan pd 2013
tp sekarang baru viral di fb..

21 January 2020

1Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Kelantan

Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina
minggu depan
(Sekolah mula bercuti rabu ni)
sejuta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan
rancanglah perjalanan anda
agar percutian ini tak menjadi mimpi ngeri

Org kelantan ni semangat
kenegeriannya begitu menebal
raya apa pun
mesti balik kg punya





Antara jalan yg sering
berlaku kemalangan maut adalah
Gua Musang -Kuala Krai
jika memandu waktu siang
kita terpesona dgn keindahan alam semulajadi

Tetapi pd waktu malam
berhati- hati....


 Gunung batu kapur dikiri kanan jalan
anda dh sampai ke Gua Musang
 Rindunya nk berendam dlm sungai
sungai ni terletak berhampiran
rumah kakak saya

walau kemana pun destinasi
percutian anda
saya mengucapkan selamat sampai..

17 January 2020

Berbagai Aksi Dicomel

Betul lah kata org
(Dan kini saya akuinya)
perasaan sayang pd cucu
berbeza dari sayangkan anak
Mungkin dh lama tak pegang/jaga baby

Alhamdulillah...
kata anak saya Arash tak meragam langsung

Ni gambar berusia 2 hari

 Tgk tu,dh pandai fokus

Masa mandi masa yg disukainya

Pergi hospital utk disuntik
ketika berusia seminggu
tido tetap tido
langsung tak jaga walaupun kena cucuk



suka tido mengiring mcm org dewasa

16 January 2020

Macam - Macam Warna Bihun

Kalau di Thailand
bihun warna warni biasa ditemui
tapi ditempat kita
hanya tempat2 tertentu ja boleh dijumpai

Pernah makan bihun warna biru?
Samada sipenjual mengunakan pewarna ataupun bunga telang
ini bihun sup
yg belum lg dituang kuah nya

bihun pink / merah nk
hanya ada di kelantan



Org utara sinonim dgn bihun sup warna kuning
 Bihun goreng kicap
boleh didapati dimana2

begitu juga bihun goreng singapore
a.k.a bihun putih
so mana satu pilihan selera anda..




14 January 2020

Seafood On Ice

Scallop dan mussels
sedang berkembang diatas ais
cantik
warna kuning tu menyerlah,menarik perhatian
ni bkn mentah tp dh masak,dah direbus

13 January 2020

Sotong Goreng Celup Tepung

Siapa kt sini suka makan
sotong goreng celup tepung
kadang2 bila oder kt kedai makan
tepungnya yg besar gedabak,kembung..
dah la mahal harganya
 So beli sotong dan goreng sendiri
mula2 bersihkan sotong
buang segala kotorannya
potong dan toskan
hingga betul2 kering

Saya guna tepung goreng bestari 
ranggup dan tak perlu tambah apa2 dah

12 January 2020

Bayi Kuning

Peyakit kuning pada bayi atau jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran.
 Walaupun ia adalah penyakit yang biasa berlaku, rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan. Ada tak sebarang petua hilangkan kuning bayi?

 Menurut pakar kesihatan, penyakit kuning pada bayi ini lebih kerap terjadi kepada bayi yang diberi susu ibu, dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk pulih semula.

 Sebelum kita membincangkan petua hilangkan kuning bayi, mari baca panduan ini dulu untuk lebih memahami tentang penyakit kuning pada bayi.

 Apakah penyakit kuning pada bayi?

 Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih.

 Ia disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.
 Bilirubin pula ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.
 Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin dari badan janin.
 Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.
 Kalau hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ia tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan.

Arash kena tahan di HKL
Bacaan normal jaundice bayi:
 Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL).
 Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal.
 Bacaan kuning bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).

 Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis.
 Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.
 Bacaan jaundice bayi yang tidak normal:

Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi

11 January 2020

Ladu Makanan Untuk Orang Berpantang

Pernah dengar nama kuih Ladu
rasanya kuih ni hanya terdapat
di kelantan ja

Kuih ni sinonim dgn org dlm pantang
rasanya sikit manis,pedas
sangat sesuai utk memanaskan badan ibu2

Bahan2 utk membuatnya pun simple
tepung beras pulut
bunga cengkih
lada hitam
santan
gula melaka

Dulu2 sewaktu kakak saya berpantang
selalu curi2 makan ladu ni
tp mkn sebiji ja..terkial2 nk telan

Tp dh tua2 ni
baru tau kebaikan serta khasiatnya

09 January 2020

Cucu Pertama

Saya bangun pagi ni
dgn perasaan diawang-awangan
seolah tak percaya dh bergelar atok dan nenek
semalam,lbh kurang jam 8 lbh
Lahirnya seorang putera sulung
seberat 3.03 kg di Hosp Ampang
due nya 22/1 nnt
tp nampaknya baby tak sabar2 nk menjenguk dunia

Terimakasih Ya Allah
atas anugerah terindah ini
memberiku peluang merasa nikmat seorang nenek

Arash Bin Badri nama pilihan anak menantu
membesarlah menjadi seorang anak yg soleh
yg kelak membanggakan orgtuamu


06 January 2020

Terbuka Selera

nasi 2 camca
ulam2an dan sambal belacan
Fuhhhh padu..
terbuka seleraku

05 January 2020

Lontong

 Tinggal berdua dgn en suami
kami jarang sekali masak utk sarapan
biasanya suami akan bertanya
saya setiap pagi
"Nak sarapan apa.."

Pagi ni dia offer nk beli lontong

Gerai tu dekat ja dgn rumah
terletak sebelah / depan jpj sg ular,kulim

Haha dia punya tagline

"Lontong tersedap di kulim"

Dgn harga rm5 sebungkus
2 kali makan la bagi saya
rasanya sedap
banyak sayur2/ bahan2 didalam kuahnya

03 January 2020

Chef Alia Masak

Pagi2 lagi Alia dh ke Tesco
wahh bkn main lagi
meriah hidangannya

Ada sambal petai udang
sotong dan cendawan inoki grg celup tepung
sayur campur
ikan masak lemak cili api
ayam goreng


tapi disebabkan si emaknya ni 
takda selera makan
masak p la apa pun
tetap tak lalu
akhirnya saya cuma
menjamah cendawan inoki celup tepung 
tu ja sikit..

01 January 2020

Kembali Bersendiri

Catatan pertama...dihari pertama tahun 2020

Hari ni bermula sesi persekolahan utk th 2020
Tasha kembali ke SERATAS
bertolak dari rumah pukul 8 lbh

Banner menyambut kedatangan pelajar

Sesi pendaftaran
keadaan taklah sesak disebabkan
pelajar form 1 belum masuk lg..
mungkin pertengahan bulan kut...

 Selesai mendaftar,beratur utk beli buku pulak

Dah setel urusan beli buku semua
haa bwk barang2 naik ke dorm
tingkat 3
 Tahun lepas Tasha kata dormnya cuma dihuni 7 org ja



pemandangan dari dorm
Selamat tinggal sayang...
belajar rajin2..
ha nampak surau tu...jgn tinggal solat..

Tinggallah saya berseorangan lagi kt rumah..