17 February 2020

Si Jantung Pisang

6 KHASIAT JANTUNG PISANG UNTUK KESIHATAN

 1. MEMBANTU MENGELAKKAN JANGKITAN

 Jantung pisang mengandungi sejenis kompaun yang memiliki ciri anti-mikrobial
 serta kaya dengan Vitamin E. 
 Maka tak hairanlah, di sesetengah tempat, 
ia masih lagi digunakan secara turun-temurun
 untuk membantu mempercepatkan pemulihan pada luka atau jangkitan kulit.

2. AWET MUDA 

Jantung pisang kaya dengan Vitamin C dan kompaun seperti tannin dan flavonoid, 
di mana semuanya ini memiliki ciri antioksidan. 

 Antioksidan penting untuk kesihatan tubuh kerana ia membantu mengurangkan stres pada sel di seluruh tubuh badan sekaligus memperlahankan proses penuaan. 
Awet muda gitu! 




3. MENCEGAH ANEMIA

 Mungkin tak ramai tahu, jantung pisang memiliki kandungan zat besi
yang tinggi dan boleh dimakan ketika hamil juga.
 Anemia adalah antara masalah yang selalu kita dengar apabila masuk fasa kehamilan. 

Ia boleh terjadi ketika darah di dalam tubuh tidak mengandungi cukup sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh.
 Jadi, ibu mengandung bolehlah makan jantung pisang, tapi pastikan ia dicuci bersih dan dimasak sepenuhnya ya.

 4. MELANCARKAN PENCERNAAN

 Masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, angin,
 kembung perut, mahupun sembelit juga boleh dikurangkan dengan pengambilan serat berkhasiat seperti jantung pisang.
 Jantung pisang mengandungi serat terlarut dan serat tidak terlarut yang dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan. 


 5. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

 Oleh kerana kandungan serat yang baik, jantung pisang juga boleh 
menggalakkan penurunan berat badan.

 Namun, ia perlulah disertai dengan diet harian yang sihat beserta gaya hidup yang sihat juga tau.

 6. MEMBANTU RELAKS & TIDUR LENA

 Dalam dunia moden ini,
 stres dan depresi adalah antara masalah kesihatan yang paling utama. 

 Tahukah anda, jantung pisang ini kaya dengan magnesium,
di mana ia dapat membantu tubuh badan kita untuk relaks secara semulajadi. 
 Secara tak langsung,
ia juga dapat membantu kita mendapatkan tidur yang lena. 
Tidur lena ini penting kerana ia membantu kita berasa segar
 dan lebih bertenaga apabila bangun nanti.



jantung pisang sedap dimasak teresek
dimasak kuning 
dibuat kerabu
diletak dalam pecal/gado2

10 comments:

  1. SA suka jantung pisang rebus cicah sambal belacan...

    ReplyDelete
  2. udahla sedap banyak khasiat pulak... macam-macam menu boleh msak dengan jantung pisang ni kan kak

    ReplyDelete
  3. Mrs. A suka jantung pisang masak gulai kuning ;-)

    ReplyDelete
  4. Kurang minat nak makan jantung pisang. Tau sayur mesti banyak khasiat.

    ReplyDelete
  5. suka kerabu jantung pisang...lama tk makan..byk khasiatnya..

    ReplyDelete
  6. Banyaknya khasiat jantung pisang.
    Tapi bukan semua jantung pisang sesuai dijadikan masakan/ulaman.

    ReplyDelete
  7. Tang awet muda tu yang syok dengar tu Kam.
    Saya suka makan kerabu mentah januung pisang. Kawan Siam yagmng ajarkan. Lama dulu. Dah lupa cara buatnya.

    ReplyDelete
  8. thanks for tha share....dah lama xmakan janyung pisang...kt cni susah nak cr....dulu di kampung arwah nenek rebus sahaja cicah sambal...tgk menu akk...nampak sedap sgt....

    ReplyDelete
  9. Banyak khasiatnya..
    Sha suka kalau dibuat gulai ataupun rebus dan dimakan bersama sambal..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●