30 June 2020

Fish & Chips Marrybrown

Seketul ikan ja mampu habiskan 
Nikmat yg diberi ditarik sedikit demi sedikit 

27 June 2020

Daging Wagyu

Daging wagyu ni dibeli my lil bro 
yg keje kt Mercato,Penang 
Harga asal rm160/kg
Tp harga utk staff ada diskaun la 

Alia masak  steak daging ni 
Makan pulak dgn nasi kerabu 


26 June 2020

Wahhh Kelasss Tokwan

Alia dipinjamkan sementara dari  kitchen ke housekeeping 
Disebabkan staff tak mencukupi
Haaa tiap hari fully booking katanya 
sebab  hotel bg diskaun kaw-kaw punya
Dari 7,8 ratus/night jadi rm280 ja

Maka berduyung2 la org p serbu
ada yg bawa flask nasi sebesar besarnya 
Angkut seluruh ahli keluarga
Berkelah tapi kolam renang 

Kata Alia,benda yg paling kerap hilang 
adalah kettle,gelas ,cawan,kotak tisu pun kena rembat

Jgn ingat housekeeping cuma kemas bilik ja bila tetamu keluar 
Banyak bahagian dan byk kerjanya 
Dan byk tenaga juga diperlukan 

Ni salah satu bilik yg depa hias 
Utk sambutan harijadi 
Bahagianya tokwan bila dirai anak cucu  spt ini 

Saya bertanya mana yg seronok 
Jadi chef atau housekeeping 
Dia kata semua seronok dan ada kelebihan tersendiri

23 June 2020

Arash Yang Comel Dan Ceria

Arash..
Pertama kali dia tgk saya terus tersenyum
Pantang diagah,senyum,ketawa mengekek2
Beratnya bkn main


 Ni pagi sabtu sblm berangkat blk
Baru bgn,terus senyum
Alahai...mcm ni la gamaknya
org kata sayangkan cucu
rindukan cucu

22 June 2020

Bila Anak Menantu Berkumpul


Beginilah bila anak menantu berkumpul
Alia bermula dgn msk utk mkn tghari
Kari ayam,udang grg nestum,sayur campur,ikan goreng,ulam2an
Utk dijamu pd abg dan kakak iparnya

Yg ni setalam utk minum petang
Ramen,hotdog,fries,kambing grill
Saya cuma mkn brokoli tu ja
Dan sikit tembikai

Ni satay ikan 200 cucuk
Dan keropok lekor

Makanlah anak2 sementara selera
masih ada ni

21 June 2020

Rindu Seorang Ibu


Saya menerima kiriman wasap
dari anak yg dok di KL
Katanya nk blk Kulim
pd 18hb,khamis ptg
Maka seluruh ahli keluarga
saya kerah utk segera membersihkan rumah
Tukar apa2 yg patut

Yalah nk sambut kepulangan menantu
Dan yg teramat pentingnya cucu sulung

Dah 5 bln usia cucu
Saya madih belum berpeluang menatapnya
Dulu sebaik habis berpantang
Dia org dh bersiap2 nk blk
Tau2 si corona tu datang menyerang

Bila diumumkan dh boleh merentas negeti
Cepat2 ja nk blk bimbang dikuarantin 
sekali lg katanya


So saya mengikuti perjalanan 
anak menantu melalui live location
Bermula dari KL lagi







Lama depa berenti kt Fuller Hotel
Yg tak sampai 5 minit dari rumah saya
Dok agak mesti berenti beli
Nasi kandar Yasmeen kt Fuller hotel tu

Alhamdulillah jam 10 mlm
selamat tiba dirumah...

19 June 2020

Petai Oh Petai


Ada yang kurang selesa makan Parkia Speciosa(Petai) kerana baunya. 

Di sebalik bau itu, Parkia speciosa mempunyai banyak khasiat dan vitamin jika dimakan secara sederhana. 

Minum kopi antara tip untuk menghilangkan bau.




Letak dlm ikan bakar portugis
style pun sedap

18 June 2020

Mi Udang Selambak


Anakanda,Eleena keluar
P mkn2 dgn kekawannya
Yalah org dah ada gaji,
Sementara kelas belum bermula lagi


Otw balik wasap ibunya
Mak nk mi udang dak
Oo maunya nk tolak



Percaya atau tidak
harganya cuma rm12
Dgn 8 ekor udang bergelimpangan
Besar2 pulak tu

Saya cuma mampu habiskan 5 ekor udang ja
Selebihnya suami tolong perabih

17 June 2020

Mengambil Barang Di SERATAS


2,3 hari lepas
Pihak sekolah mengeluarkan jadual
utk para penjaga,waris pelajar SERATAS
utk datang mengambil barang2 dihostel

Sekian2 haribulan
Jam sekian2
Kelas sekian2

Giliran anak saya 16/6
Jam 8.30 hingga pukul 10.30 pg
 Oleh kerana waktu utk mengambil
barang2 tu bermula jam 8.30 pg
Suami keluar rumah dlm pukul 7 lbh
Hujan lebat mengiringi perjalanan

 Sampai di Taiping hujan dh berenti

Pak guard mengambil bacaan suhu
setiap org



Setiap pelajar hanya diberi masa 20-30 minit
Dgn 10 org dibenarkan sekali masuk dorm
Dgn diawasi oleh guru

15 June 2020

Kelas Online

Bermula jam 8 pagi
menderu2 wasap kelas online masuk
Kadang2..cikgu ada tanya
Semua dh ada ke...?
Tasha sedang enak tido 
lg masa tu...

Masa bulan puasa lepas
Dia meluru masuk ke bilik saya
Katanya cikgu minta no akaun
Cikgu nk bank in
sbb Tasha menang jawab kuiz

Begitulah bila segalanya dihujung jari

Mcm mana jika pelajar yg tak ada kemudahan internet?
Tanya saya pd biras ,seorang guru

Setiap guru ada diberi pelajar antara 10-15 org pelajar utk dipantau
Dipanggil program mentor -mentee
Pelajar2 tersebut kena pergi kesekolah
ambil keje sekolah ,bwk blk rumah
Cikgu akan dtg rumah utk melawat

Ni antara keje rumah Tasha
Haha si emak terpaksa google
nak tau apa tu pseudokod

Sedangkan sianak dpt jawab
10/10 ...
Betapa saya telah jauh ketinggalan


13 June 2020

Balas Dendam


2 tahun lepas
Saya pergi berubat dirumah sorg bomoh
Konon2 nk cuba cara tradisional
la selain ke hospital

Ketika tu musim buah2an
Tp tok bomoh tu berpesan
Saya harus berpantang
makan durian,manggis,,rambutan
dan segala jenis buah
Begitu jugak sayur2an dan kuih muih
Habisssss...saya nk mkn apa makcik???


Yang sorg lagi pulak
Saya disuruh jgn terkena air berlebih2
Tak boleh mandi
Haaa sudah...
Ni tok bomoh ke tok 'gomol'..

Tp bila ke hospital
Doktor kata tak perlu
berpantang mkn apa pun
Cuma perlu kurangkan air

Yesss...boleh minum 300ml ja sehari
Tapi seringkali saya terbabas
Terutama dikala cuaca panas

So tahun ni saya mkn 
apa ja yg terasa nk mkn
Manggis...moktan..durian..
Alhamdulillah bacaan gula dan tekanan
darah masih normal
 Manggis dan durian
Pemberian kawan suami

08 June 2020

Girl's Outing


Semalam saya dan sibongsu ,Tasha
menemani Eleena
datang ke UniShams
utk menghantar
laporan LI dia

Pada mulanya Tasha enggan ikut
Dia lebih suka duduk rumah
Tp bila diumpan kakaknya
nak belanja mcd,starbucks
Amboii pantas ja nk ikut
So jadilah outing girl's semalam
 Oleh kerana U masih ditutup
Hanya ada beberapa buah kereta lecture ja 

Dewan Tunku Permaisuri Hajjah Haminah
Tempat berlansung konvo yg diadakan
 Semasa Eleena sem 1 dulu
Salah sorg lecturenya
Isteri pada pemain bolasepak Kedah
Badrul Bakhtiar iaitu Madam Izyan

"Eleena Yasmin...
Nama kamu ni unik,klasik tp moden bunyinya
Tergeliat lidah saya nk menyebut nama kamu..." komen Madam Izyan
 Ok...kejap ja hantar laporan tu
Kami terus bergerak ke Sg Petani

 Drive thru beli mcd
Haha budak tu dah tersenyum lebar

 Order starbucks pun drive thru jugak
Punya la kalut
 depa nk ambil
gambar ekor mermaid tu
Takut tenggelam terus
Terimakasih Eleena sbb belanja
Mak dan adik mcd dan starbucks ya
Alhamdulillah,sebaik habis intern kt
Firma accounting tu
Managernya offer keje disitu sblm 
menyambung ijazah
Dan sekarang pun managernya minta
dia keje dari rumah jika ada emergency kes

07 June 2020

Coklat

Usahkan budak2
Mak budak pun tergoda
bila melihat coklat tersusun
indah mcm ni