01 June 2020

Trypophobia


Sapa pernah tgk image tapak tgn berlubang2
Saya hampir membaling hp
bila anak send gambar tu
Ya..saya adalah seorang pengidap Trypophobia
Malah saya tak boleh tgk
kek gula hangus yg berlubang2
Tak boleh tgk insang ikan keli
Tak boleh tgk susu ikan patin
Tak boleh tgk teritip yg melekat dibatu

Apa itu Trypophobia....??
TRYPOPHOBIA adalah rasa takut yang berlebih-lebih terhadap lubang-lubang rapat di sebuah permukaan, sama ada pada benda hidup atau bukan hidup seperti kulit tangan, lidah atau sarang lebah.
Dalam dunia ilmu psikologi, fobia bermaksud rasa takut yang berlebihan dan tidak wajar terhadap sesuatu atau fenomena tertentu. Apa yang harus anda tahu, fobia sebenarnya mempunyai banyak jenis!
Perkataan trypophobia yang merupakan sejenis penyakit, berasal dari bahasa Yunani, ‘trýpa’ yang bermaksud lubang dan ‘phobos’ yang bererti rasa takut.

Justeru mereka yang berdepan masalah ini akan berasa takut, gelisah, malah di tahap yang lebih teruk, akan timbul gejala fizik seperti loya atau gatal-gatal apabila melihat objek berlubang yang sangat banyak seperti biji bunga teratai, span dan sebagainya.
Istilah trypophobia dikatakan pertama kali dicipta oleh peserta di sebuah forum online pada tahun 2005.
Masalah ini digolongkan sebagai ‘baharu’ dan para ahli psikologi dunia masih berdebat apakah penyakit trypophobia dapat didiagnosis sebagai satu penyakit yang dapat berdiri sendiri.
Gejala dan penyebab trypophobia
Memetik idntimes, kumpulan pakar psikologi dari University of Kent di UK yang percaya bahawa mereka telah menemui punca keadaan ini berkata ia disebabkan 'satu perasaan tak selesa terhadap parasit dan penyakit tertentu'.
Berdasarkan kaji selidik mereka yang baru-baru ini diterbitkan di jurnal Cognition and Emotion mendapati bahawa keadaan ini mempunyai hubung kait dengan respon evolusioner dalam mencegah penyakit menular atau jangkitan parasit.
Misalnya, banyak jangkitan menjijikkan itu menunjukkan pola atau lubang hampir sama seperti tics, botflies, cacar, campak, rubela, tifus dan banyak lagi.
Menurut honestdocs, penyakit ini timbul akibat pengaruh faktor luaran dan dalaman tertentu, atau mungkin beberapa peristiwa trauma masa lalu.
Seseorang yang menderita typophobia umumnya gelisah dan rasa meremang di seluruh tubuh setelah melihat banyak lubang, walaupun gambar rekaan atau disunting seperti yang banyak terdapat di internet.
Mereka yang mempunyai trpophobia biasanya memiliki dua reaksi berbeza apabila melihat objek berlubang.
Pertama, dia mungkin tiada masalah melihatnya pada masa sekarang tetapi kemudian mula berfikir tentangnya dan timbul rasa takut.
Kemungkinan kedua, ketika melihat banyak lubang individu itu terus akan pening, mual, malah rasa meremang atau gatal-gatal seluruh badan.
Tip menghindari trypophobia
1 - Fahamkan dulu apa itu trypophobia. Dengan ini anda akan yakin bahawa ia sebenarnya tak wajar untuk ditakuti. Kenapa perlu takut dengan lubang-lubang rekaan apatah lagi ia langsung tak membahayakan?
2 - Cubalah cari punca ketakutan. Takut sebab ada pengalaman buruk atau kerana rasa jijik semata-mata. Anda mungkin dapat mengawal diri apabila mengetahui puncanya.
3 - Cuba hadap. Reaksi pertama apabila melihatnya, anda mungkin lari jauh-jauh atau terus pejam mata dan cuba memikirkan sesuatu yang lain. Padahal cara itu hanya akan buat anda lebih takut. Sebaliknya, paksa diri berdepan ketakutan itu dan ia akan membuatkan anda lebih berani.
4 - Bantuan psikologi. Jika trypophibia sampai mengganggu kehidupan anda, segeralah bertemu terapi kesihatan mental. Beberapa metod terapi mungkin diterapkan untuk anda seperti Cognitive Behavioral Therapy dan Exposure Therapy.
Jika ketakutan itu sehingga menyebabkan anda cemas atau panik teruk, ahli terapis dapat merujuk anda kepada doktor jiwa yang dapat menentukan ubat untuk membantu meringankan penderitaan anda.
Entri ni tiada gambar sbb trypophobia

10 comments:

  1. yg tgn lubang2 tu geli, tpi msih boleh tgok

    ReplyDelete
  2. Tak terfikir pula pasal fobia obhek berlubang.

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..new info for me..

    ReplyDelete
  4. geli tgk tu tapi nak juga tengok detail, cuma if tempat sempit baru saya tak boleh, mudah terasa lemas

    ReplyDelete
  5. TERUK JUGA SAKIT TU YA KAKPUN XSUKA TENGUK PIC BENDA PELIK2

    ReplyDelete
  6. Saya ada gak rasa ngeri tapi ada ketikanya masih boleh tengok.

    ReplyDelete
  7. dana pun ada sikit-sikit macam trypophobia kot kak... sebab kalau tengok lubang2 tu geli jugak rasanya, cuma mungkin tak sampai seperti apa yang akak rasa... tapi memang akan teringat2lah... macam buah teratai tu kalau kat sarangnya lagi nampak macam geli, kek gula hangus yang luban2 tu memang sangat menganggu minda...
    terus dana google macamne rupa susu telur patin kak... pertama kali dana tengok, tapi yang itu tak rasa pulak geli sgt

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah masih boleh tengok
    tapi kadang-kadang ada certain time tu rasa ngeri juga
    tapi tak semua imej

    ReplyDelete
  9. Saya takde lah geli sangat tapi kalau renung lama lama jadi geli jugak sikit haha

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●