11 July 2020

Penyakit Jantung Ada Kaitan Dgn Genetik Kah?

Dalam keluarga saya 
4 org anak perempuan arwah emak mengalami masalah dgn jantung 
Emak sendiri meninggal disebabkan sakit jantung

Semasa hayatnya arwah tak pernah ke hospital utk rawatan 
Puas dipujuk,dipaksa tetap tak mahu pergi 
Beliau lebih rela berhabis duit membeli berbagai suplement 
atau ubat yg disyorkan kawan2nya 

Malam kejadian arwah meninggal tu 
Dek kerana tak tahan sakit 
Dia sendiri yg meminta abang saya menghantarnya ke HUSM
Dalam perjalanan arwah bertanya jauh lagi ke nak sampai 
Mak dah tak tahan sakit 


Rupanya itulah suara terakhir yg didengar oleh abang Dan ayah saya
Beberapa minit selepas tiba di HUSM
Emak meninggal ketika azan subuh berkumandang




Ni kakak sulung saya 
Beliau mengalami masalah dgn injap jantungnya
Skrg dok ulang alik ke HUSM utk rawatan


Ni kakak no 3
Menjalani pembedahan menukar injap jantung dah 2 kali
Pertama kali semasa saya berusia belasan th lg 
Dibuat di IJN

Yg kedua 2 th lps dibuat di HUSM
Katanya kena operate dari leher hingga ke pusat 


Ni adik saya
Seminggu sblm raya puasa baru ni 
Dia mengalami sakit dada teramat sangat 
Sempat,berpeluh,tido tak boleh,bangun pun serba tak kena 

Esoknya selepas subuh beliau terus ke Hospital Pakar Perdana,KB
Kena marah dgn doktor pulak 
“U berani  drive sendiri dlm keadaan mcm ni...”

Setelah dibuat ECG
Disahkan mengalami masalah jantung tersumbat mcm saya 
Esoknya terus dibuat angiogram dgn 2 stent
Dimasukkan kedalam saluran darah jantungnya 

Tak mengapalah dia cepat dibuat angiogram
Sebab ke hospital swasta
Yg menelan kos 62k
Companynya biayai sehingga 75k utk staff yg ada masalah berkaitan jantung






Dia ni la yg dok bg semangat kt saya sekarang 
Katanya angiogram tak sakit la
Tak rasa apa langsung

Harap2 la..

6 comments:

  1. Kuat semangat ya. Cepat-cepat buat supaya tidak rasa cemas berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. Semoga terus kuat semangat, cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian..

    ReplyDelete
  4. SEMOGA MENDAPAT RAWATAN TERBAIK N SEMBUH SEDIAKALA

    ReplyDelete
  5. Asalam..Ya Allah, mohon sihatkan semua saudara ku ini.Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. Doa tanpa henti, usaha menghindari ..inshaAllah Allah tak mustahil memberi kesembuhan ya

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.