05 February 2021

Resepi Daging Gulai Darat Kelantan

Sejak duduk di kampung ni
selang sehari atau dua
pasti poslaju..J&T datang hantar barang
haha kain batik pun oder kat Shoppee

ni daging masak gulai darat kelantan
rempahnya dioder dari kelantan kt Shoppee
kalau guna daging tetel lagi terangkat
tp nk suruh suami belikan daging tetel tu yg payah sikit
nanti berjela bebelannya
yalah saya ni ada masalah jantung tersumbat
nak sumbat dgn lemak lagi
masukkan dlm periuk

cuma blend beberapa ulas bawang merah,bawang putih
hirisan lengkuas dan ketumbar yg disanggai

masukkan kedalam periuk bersama serbuk kari darat ni
kacau dan biarkan airnya hingga kering
masukkan santan,asam keping
garam dan sedikit gula melaka
nak letak kentang atau kacang panjang pun boleh

ni lah rempahnya
boleh jugak digunakan utk masak
gulai ikan kayu utk makan dgn nasi dagang
ni rempah kuzi
sedap ayam masak kuzi dicicah dgn roti jala atau pulut kuning




ni pulak rempah kerutuk
kalau kt kelantan dia orang suka masak itik,itik serati
guna rempah ni
tp saya tak makan itik


haha amik kau cik kiah
ni sebahagian ja

4 comments:

  1. Wah banyak beli rempah. Kalau malas boleh beli lauk yang sudah siap dimasak tapi apabila duduk rumah boleh masak-masak guna rempah dibeli.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Wah banyak betul. Tapi time PKP ni mmg bagus juga ada stok mcm ni... sesekali nak masak, tak yah susah2 dh. dah simpan siap! hehehe baru laa semangat nak masak tengok rempah banyak mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Mana la nak cari rempah gulai darat tu kat Seremban ni..dulu rajin pi utara and rajin gak cari...kat shopee ada x agak2 kak?

    ReplyDelete
  4. Sennag nak masak. Banyak pilihan rempah.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●