13 April 2021

Hari Pertama Berpuasa

Berbekalkan secawan milo
Dgn 2 keping biskut 4 segi
Saya mengalas perut bersahur
Itu pun terpaksa telan
Sbb tak lalu makan

Dalam hati berdoa
Jgn la saya mengalami hypo hari pertama puasa ni
Doc dah pesan
Kalau dh mula berpeluh
Tangan mengeletar
Pandangan kabur
Pening dan loya
Cepat2 berbuka posa
Dgn minum minuman manis

Kalau dibiarkan..boleh pengsan

Alhamdulillah
Masih diberi kudrat utk 
Memasak serba sedikit
Utk keluarga kecil kami
3 org ja yg nak mkn
Tu pun semua jenis tak mkn banyak

Seperti th2 sebelum ni
Takda kuih muih..tak makan punya..

Masak gulai ikan talang
kering bersama kacang panjang dan terung
Nampak mcm nk kena sumbat dlm petiais ni sbb tak habis
Ikan siakap masak berlado
Kakak ipar bg sepotong siakap
Saya belah dua
Boleh la masak esok sebelah lg tu

Kangkung goreng ikan tengiri masin


Kuih kaswi pemberian kakak ipar
Haa dh cakap
Makan setengah ketul ja
Lps tu sumbat dlm petiais


Ni bubur lambuk versi utara
Org masjid mai hantar
Emmm..tak terusik pun


10 comments:

  1. Take care akak, kalau tak larat tak payah puasa okey :)
    Kesihatan jangan dilupakan.
    Selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk meneruskan ibadah puasa di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH SEDAPNYA JUADAH BERBUKA..MAKAN KURMA MASA SAHUR INSYAALLAH ok tu

    ReplyDelete
  4. moga di beri kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa kak, cumanya kalau dah hypo jangan lupa berbuka ya kak... bahaya
    banyak betul juadah berbuka akak, dana bila kerja msk sesimple yang boleh... makan bertiga je tahun ini
    bubur lambuk utara lain ye kak macam yang di kuala lumpur? tapi bubur lambuk kelantan sama ke macam bubur lambuk terengganu?

    ReplyDelete
  5. hahahha.. samalah kita, semua sumbat dalam peti ais

    ReplyDelete
  6. take care tau kak. Tak larat nanti boleh qadha, jangan paksa diri. Sahur makan nasi and kurma ok.

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa Kak Kamsiah, semoga sihat sejahtera selalu

    ReplyDelete
  8. Puasa memang tidak makan banyak.

    ReplyDelete
  9. take care kak. kalau tak larat, takpe boleh ganti lain kali. Yg penting kesihatan. Kalau mampu, boleh teruskan. kami pun msk sikit2 sbb utk 3 org je

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●