22 June 2021

Mengapa Perlu Berpuasa Sebelum Darah Diambil

Pagi kelmarin saya ke Hospital Kulim
Utk mengambil darah
Rasanya dh beratus ratus ratus kali
Sejak 2018 darah diambil
Sampai saya dh lali dh dgn segala jenis dan saiz jarum

Jarum utk mengambil darah ke jantung
besar gedabak dan amat menyakitkan prosesnya

Apa yg saya nk citer
Masuk bersama saya sorg aunti cina 
Dh 60an kut usianya

Dlm nurse dok siap2 nk cucuk jarum
Dia bertanya aunti U minum air masak tak pagi ni

" Ohhh takdak..takdak...I minum milo maaaa..."

"Haa mana boleh aunti..takdak boleh itu macam..
Nanti keputusan darah U tak tepat

U balik dulu datang semula esok..."

Meskipun aunti tu merayu..susah nak datang..jauh..tak larat..tetap tak boleh

So anak2 yg jaga mak ayah
Tolong pantau dan pastikan mereka berpuasa 8-10 jam sebelum ke hospital



Antara pengambilan darah yg memerlukan seseorang tu berpuasa:
 
  • Cek gula darah.
  • Cek fungsi hati.
  • Cek kolesterol.
  • Cek tingkat trigliserida.
  • Cek tingkat high-density lipoprotein (HDL).
  • Cek tingkat low-density lipoprotein (LDL).
  • Panel metabolisme dasar.
  • Panel fungsi ginjal.
  • Panel lipoprotein.

Puasa sebelum peperiksaan kesihatan sangat penting untuk membantu memastikan keputusan ujian anda tepat. Oleh kerana kandungan nutrisi dalam makanan dan minuman yang anda ambil sebelum menjalani ujian kesihatan akan diserap ke dalam aliran darah dan dapat memberi kesan langsung ke glukosa darah, lemak dan kadar zat besi dalam tubuh.



7 comments:

  1. setahun sekali check darah di klinik kesihatan..

    ReplyDelete
  2. Dah 3 tahun ye akak, memang dah terlebih lali dah kannn. Takutnya kalau tengok jarum besar besar huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Mak ayah sy, kalau nak buat check-up, memang dari malam tu sampai lepas check-up, baru la nak makan minum

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak..SA pi check up pun walau x disuruh memang akan puasa utk dapatkan bacaan gula dalam darah yang accurate..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.