18 June 2021

Nasi Impit Hangit

Beberapa hari lepas
Saya begitu teringin nak makan nasi impit
Tak kisah la kuah kacang 
atau sambal kelapa

So suruh la anak2 rebus nasi impit tu
Sambil pesan masa sekian2..kalau air kering kena tambah
Ya mak..kami tau la..

Tak berapa lama kemudian
Saya yg berada dlm bilik
(Pintu bilik tak pernah tutup)
tercium bau hangit

Cepat ja saya menjerit memanggil anak2
Hangit..hangit...hangit..
Takda sapa pun yg jawab
Adeiii...

Beberapa minit kemudian baru keluar si Eleena
Pantas dia berlari ke dapur bila tgk asap dah berkepul2

Bukan setakat hangit..rentung terus..

Mak dok panggil awat tak dengaq ka..

"Mak dok panggil hangit..hangit..
Mana ada org dlm  rumah ni nama hangit.."

Isshhh budak ni
Saya pandang dia kecik besar kecik besar ja nampak


Boleh la makan kat bahagian yg tak rentung

7 comments:

  1. heh..heh..lawak2 anak2la bijak sgt kan kham

    ReplyDelete
  2. Anak-anak...aduhai! Urut dada sajalah. Saya kalau pesan apa-apa dengan anak-anak, banyak kali, sebut ulang berkali-kali huhuhuuuu.

    ReplyDelete
  3. sian mak..Alhamdulillah, ada bhg yg tak hangit..

    depa belajar online dalam bilik tu kot..

    ReplyDelete
  4. Haha lawak sungguh la anak akak ni, ada pula dia menjawab mana ada orang dalam rumah nama hangit...hahhaha adoiiiaiii

    ReplyDelete
  5. Jawapan nak elak kena marah kan...hehehe...nasib ada yg boleh makan...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●