31 July 2021

Pening Kepala Lepas Makan Durian?

PUNCA SAKIT LEPAS
 MAKAN DURIAN DAN SOLUSI


Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?

Durian tiada kolesterol. 
Rillek
 Zero kolesterol. 
Kolesterol wujud dalam haiwan, 
bukan tumbuhan.

Malah durian sangat
 rendah lemak tepu 
(0.85g) per 100g durian. 
Malah durian tinggi lemak 
mono taktepu
  yang bagus untuk 

kesihatan jantung dan salur darah. 

Tapii..

Kenapa pening, 
tekanan darah naik
 lepas makan durian?

Sebenarnya, 
puncanya mungkin
 kerana durian tinggi asid amino tyramine.
 Biasanya orang ada 
masalah  sistem  pencernaan 
@ "angin"  akan akan mengalami 
masalah tak
 serasi tyramine ni:

- Pengecutan salur darah
 ( mampu cetus migrain)
- Pening melayang
 ( risiko cetus vertigo)
- Tekanan darah meningkat (hypertension)
- Jantung berdegup kencang
 (palpitation)
- Kemungkinan perut tak selesa
 (gastrik)
-  Kembung ( angin SIBO)
- Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, 
durian tinggi sulfur 
jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur.
 Risiko sama alergi lain, 
boleh jadi semput,
 bengkak mata dan pengsan. 
Mati? 
boleh jadi. 

Senang cerita, 
semua ini berlaku jika ada angin.
 Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!

Jadi orang ada masalah 
angin jangan combo 
pulak makan durian 
dengan makanan streskan perut ini:

#Kafein dan teobromine: 
Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi)

# Alkohol 
(Histamine, tyramine)

# Seafood bercengkerang 
(Histamine)

# Cili, peram 
(tempoyak lah)


Solusinya:

#1: Pulihkan Perut dengan 
rehatkan dulu makanan
 pencetus seperti makanan di atas.
 
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, 
antioksida dan antikeradangan.

#3: Kembalikan cara hidup fitrah 
untuk bantu pemulihan badan. 
Pilih makanan toyyib, 
tidur awal dan 
aktifkan diri di waktu siang.



Jangan fikir banyak sangat. 
Kalau takde 
masalah kesihatan..
Makan sahaja durian 
dengan penuh 
kesyukuran kerana durian sememangnya
 adalah superfood. 

Makan durian bawa
 manfaat jika sederhana.
Jika tak cakna jadi 
musibat kita merana.

.
Selamat menjamu selera 😊 



6 comments:

  1. sebelum habis musimdurian mesti nk jamu selera dgn durian heh..heh..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk penerangan ni kak. Betul tu, makan durian bersederhana :)

    ReplyDelete
  3. Hehe saya makan sedikit sahaja durian.

    ReplyDelete
  4. SA baru pekena durian hari ni..pagi sekali petang repeat lagi...hehehe

    ReplyDelete
  5. Lama menanti musim durian tak kunjung lagi....!
    Kena bersederhana, jangan makan ikut selera. Nasihat untuk diri sendiri juga ni hihihihii!

    ReplyDelete
  6. ilmu baru ni. good sharing kak.saya cuma tak amalkan makan durian kalau perut kosong. kalau tidak memang sebu

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●