30 August 2021

Ada Apa Di Serdang??

Pekan Serdang
Pekan yg paling dekat dgn kediaman saya
Lebih kurang 7km saja

Disini ada la sebuah pejabat pos,sebuah farmasi,kfc..selain kedai2 runcit
Bomba,klinik kesihatan..

Ni Serdang Lake Resort
Suami kata kalau rumah kita takde letrik/air
Kita mai tido kt sini

Kalau ada yg masih ingat
21 mac 2021 yg lalu
Berlaku kejadian menyayat hati kt tasik serdang ni
2 beranak meninggal setelah kereta mereka meluncur kedalam tasik
Sianak yg berjaya keluar dari kereta
Tp masuk semula utk menyelamatkan ibunya
Akhirnya dua2 meninggal 


Serdang Lake View Resort adalah tarikan terbaru bagi KEDA Resort dan Holidays Sdn Bhd.
 Terletak di Jalan Lombong, 09800 Serdang Kedah. 
Terdapat pemandangan bukit bukau dan juga tasik di sekitar Serdang Lake View Resort.
 Serdang lake View Resort menawarkan perkhidmatan bilik penginapan seperti Standard Twin Lake View, Standard Twin Hill View, Superior Queen dan juga menyediakan kemudahan fasiliti seperti bilik mesyuarat, bilik seminar, surau, tandas awam dan sebagainya .

Ni masjid baru dibina
Masjid Al Fateh


Semua gambar diatas dipinjam dari google

Haha gambar bistro yg terbengkalai pembinaannya ja gambar saya ambil sendiri

So Selamat Datang Ke Serdang,Kedah


13 comments:

  1. lama dah tak ke sini, dulu masa kecil selalu ikut abah ke rumah sepupu dia di Serdang Kedah ni

    ReplyDelete
  2. tak pernah betul2 explore serdang, selalu hanya lalu or singgah sebentar

    ReplyDelete
  3. masa tengok tajuk, dana ingat serdang yang di selangor tu kak....
    ooohhh kat kedah pun ada serdang juga rupanya

    ReplyDelete
  4. Jernihnya air tasik di Serdang Lake.
    Seumur hidup hanya sekali kaki dapat jejak Kedah.

    ReplyDelete
  5. Bagus kenalkan apa yang menarik di Serdang, Kedah.

    ReplyDelete
  6. Serdang ni dulu dulu rajin pergi The Mines je. Rupanya ada ada tempat penginapan kat sini. Menarik, boleh lah cuti cuti staycation kat Serdang lake resort. Sayangnya bistro terbengkalai tu, binaan dia cantik.

    ReplyDelete
  7. Ingatkan serdang selangor, rupanya kat kedah pun ada ye hehehe. Saya baru sekali jejakkan kaki di negeri kedah. Tak sempat nak explore secara keseluruhan lagi.

    ReplyDelete
  8. entry akak ni plot twist. hehe. Kedah pun ada Serdang ye.

    ReplyDelete
  9. eh...ingat Serdang Selangor ..rupanya Serdang Kedah ..menarik la Kak Kam..bila la SA dpt pergi ni

    ReplyDelete
  10. cantiknya view masjid ditepi tasik...

    sedih kisah ibu & anak tu..

    ReplyDelete
  11. puas kami pikiaq dekat celah mane tasik ni dekat serdang, rupanya serdang kedah...patut tak jumpa

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●