Jika berkunjung ke Kelantan
Tidak sah jika tidak ke Pasar Besar Siti Khadijah
Ya...pusat segalanya yg menyediakan
Dari bahan2 masakan,hasil kebun,kuih muih,kraftangan,pakaian..
Pendek kata..namakan apa saja
Pasti akan dijumpai di atas Pasar Besar Siti Khadijah itu..
Apa yg nak saya highlightkan disini adalah pelbagai jenis kuih muih
Ni di bln biasa
Kalau dibulan puasa lebih meriah
Apa yg menariknya disini
Ialah hampir keseluruhan perniagaan dikuasai oleh kaum wanita
Haa jgn terkejut pulak bila tgk depa singsing lengan baju
Barang kemas sampai ke siku
Ni sira labu
Etak salai
Kuih serabai
Kerabu kaki ayam
Kuih jala mas,buah tanjung
Pulut lepa
Kerabu buah beka
Solok lada
Kuih nekbat yg dah siap disira
Kerabu sare
Pulut kuning,merah,putih
Kuih nekbat yg belum disira
Buah keranji didalam perahu
Tepung pelita
Laksa dan laksam
Akok
Asyura
Cik mek molek
Lamanya tak ke kelantan.....buah keranji tu sedapnya....
ReplyDeletepelbagai makanan ada kat sini kan rambang mata nk pilih
ReplyDeleteLama dah tak pergi Kelantan.Makanan diorang meriah sangat. Tapi semua manis2,semanis orangnya๐. Suka makan laksam & kuih akok. Sedapnyer๐๐.
ReplyDeleteRindunya nak ke Kelantan. Kuih yang dijual di sana jauh lagi sedap dan murah dari di KL. Rindu kuih akok dan nekbat
ReplyDeleteTeringin nak explore Kelantan pulak...tapi tu la..ntah bila la dapat pi...
ReplyDeleteBetul macam-macam makanan dengan pelbagai warna.
ReplyDeleteYa Allah rindu hendak melawat Kota Bharu.
Kalau ke KB wajib singgah sini
ReplyDeleteAllah.. Meriahnya makanan.. Tak berpeluang nak merasa kesini.. Ada rezeki bolehlah datang dan shopping makanan.. Harapnya bukalah rentas negeri satu hari nanti..
ReplyDeletetak sanggup tengok gamba ni kak...macam nak gigit screen rasanya
ReplyDeleteNekbat, tepung pelita, cik mek molekk tuuuu semua favorite saya! Sedapnyaaaaaaa, nekbat tu dah la time puasa je boleh jumpa kalau di terengganu ni >.<
ReplyDeleteBanyak kuih muih dan makanan yang saya tak pernah rasa lagi kak. Syoknya dapat pergi sana shopping. Mesti berjam jam dalam tu. Seingat saya sekali dua je pernah datang sini. Itupun zaman lampau. Lepas renovate baru colourful tu tak pernah pergi lagi.
ReplyDelete