05 August 2021

Sebiji Kerongsang

Sebagai wanita..
kerongsang antara aksesori yg tak boleh dipisahkan
Paling sikit,2,3 biji disematkan ditudung

Kerongsang ajaib ni saya beli rm99
Ketika mula2 kawen dulu
Umurnya sekarang dh 29 th

Kenapa saya panggil kerongsang ajaib??

Bkn ia ada penunggu
Bkn ia ada keajaiban
Yg boleh panggil duit atau apa

Tp tiap kali ia hilang/jatuh
Mesti akan datang semula pada tuannya

Kali pertama hilang
Kt kedai pakaian
Muka saya dh sebek dah
Kerongsang mahal hilang

Maka saya katakan pd diri
Jika benar ia milik saya
Pasti saya akan jumpa

Maka melilau la saya kt 
seluruh kedai tu mencarinya
Alhamdulillah..
dari jauh dh nampak ia bersinar2 bagai memanggil2


Kali kedua hilang masa nak masuk dlm kereta..baru perasan kerongsang dah takda
Alamakk dia ni buat hal lagi.
Takkan nak cari kt tempat2 yg dah saya kunjungi..banyak tempat kot

Tetiba datang seorang gadis penjual
"Kak..ni kak punya kut..terjatuh dlm kedai saya tadi.."
Katanya sambil menunjukkan kerongsang saya

Ya..Allah..terharu rasa hati

Kali ketiga hilang lps makan..
Dalam kereta tgk2 dah tak da
Kali ni dah pasrah..
Reda ja kalau bkn rezeki saya

Beberapa hari lps tu..
Semasa dok dalam kereta
Saya terpandang sesuatu yg bersinar
dihujung kaki saya

Ohhh cukuplah..
Sejak dari tu saya simpan kemas
Dalam kotaknya kembali
Buka utk tgk2 ja tanpa ada niat nk memakainya





9 comments:

  1. Salam, kerongsang dah hilang beberapa kali, masih ada lagi pasti jadi nilai sentimental, cantik kerongsang tu

    ReplyDelete
  2. Subanhanallah..Allah beri keajaiban..

    ReplyDelete
  3. Wanita dan kerongsang hilang mmg x leh dielakkan..sebab tu SA suka beli keronsang banyak2 kat shopee..anak dara tu pakai sehari hilang

    ReplyDelete
  4. Hehe kembali semula ke tuannya.
    Saya pun ada kerongsang mahal. Emak sudah pesan jaga baik-baik. Memang cantik sampai ada orang putih selamba datang dekat pegang kerongsang saya. Terkejut beruk.
    Betullah kerongsang Puan Kamsiah bersinar dari jauh boleh nampak. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Panjang jodohnya dengan kerongsang tu.

    ReplyDelete
  6. KERONGSANG KESAYANGAN MOGA KEKAL DISIMPAN XHLG2 LAGI

    ReplyDelete
  7. kalau saya dah hilang dah kembali dah ni. Syukur dapat kembali tu. Lama tak pakai keronsang sejak pakai jarum je :)

    ReplyDelete
  8. panjang sungguh jodoh akak dengan kerongsang tu

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●