15 September 2021

Petua Nasi Goreng Bertambah Sedap


Nasi goreng memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia
Selain menjadi ‘menu penyelamat’ dari membazir nasi dan lauk lebih,
 ia begitu mudah diolah mengikut citarasa. 
Ada yang suka nasi goreng kampung, 
nasi goreng cilipadi,
 nasi goreng Cina, 
nasi goreng ikan masin, 
nasi goreng cili kering,
 nasi goreng tomyam, 
dan macam-macam lagi.
Nasi goreng udang
Nampak simple tp ditekak saya secukup rasa


7 Tips Masak Nasi Goreng Yang Lebih ‘Power’ Di Rumah

Sebenarnya ada banyak cara memasak nasi goreng. Terpulang pada anda untuk menyesuaikan dengan citarasa. 

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu, terutamanya mereka yang bujang atau belum biasa memasak.

1. Guna Nasi Sejuk / Kering

Pertama sekali, penting untuk kita menggunakan nasi yang kering. Selalunya mak-mak kita gunakan nasi lebihan yang disimpan dalam peti sejuk. Barulah dapat tekstur yang cantik dan berderai.

Kalau tak ada nasi lebihan, boleh juga gunakan nasi yang baru dimasak, tapi kena anginkan dulu dan sejukkan sebentar supaya ia tak melekat-lekat apabila dimasak.

Nasi goreng nenas
Sedap dgn rasa masam,manis dan pedasnya

2. Tumis Dengan Api Besar

Seterusnya, kena pastikan kuali betul-betul panas sebelum memasak. Seeloknya tumis perencah seperti bawang, bilis, dan cili menggunakan api besar. Tunggu hingga garing, tapi awas, jangan pula sampai hangus ya!

Bila dah selesai menumis perencah, bolehlah perlahankan sedikit api, terutamanya semasa memasukkan nasi


Nasi goreng ayam kunyit

3. Renjiskan Minyak Bijan

Kalau anda perasan, sesetengah nasi goreng mengeluarkan aroma yang sangat wangi dan menyelerakan. Lain daripada lain!

Untuk menjadikan nasi goreng lebih beraroma,  boleh juga renjiskan sedikit minyak bijan. 

Kalau tak ada, boleh juga gunakan merjerin / mentega.

Selain untuk menambahkan aroma, ibu-ibu percaya minyak bijan ini boleh mengelakkan nasi daripada menjadi keras.

4.Cara Masukkan Telur

Kadangkala, ada yang tak ‘passed’ bab masukkan telur sampai ia menyebabkan nasi goreng melekit. Ada 2 cara anda boleh memasukkan telur dalam nasi goreng sama ada pada awal atau akhir masakan.

Bagi yang suka masukkan telur awal-awal, boleh pecahkan telur dulu, asingkan, dan kemudian baru tumis bahan perencah. Boleh juga tumis rempah dulu, ketepikan sikit, dan pecahkan telur di sebelahnya.

Bagi yang biasa masukkan telur pada akhir masakan, ketepikan nasi atau boleh buat ‘lubang’ di tengah-tengah nasi yang hampir siap digoreng rata. Pecahkan telur dan biar sebentar. Bila telur yang dipecahkan dah agak kental, baru gaulkan bersama nasi.


Nasi goreng ayam cendawan



5. Belacan

Walaupun ramai yang kata tak suka belacan, sebenarnya salah satu bahan perasa yang paling ‘power’ dalam nasi goreng adalah belacan. Lagi sedap kalau bakarkan sedikit belacan di atas api.

Kalau tak ada belacan, atau ada yang alergi, bolehlah gantikan dengan udang kering atau ikan 


Nasi goreng kampung
Dek ketiadaan kangkung
Saya letak selambak kacang panjang

Yg ni nasi goreng ikan masin
Saya guna ikan tenggiri jeruk

6.Guna Lebihan Ikan Goreng

Selain belacan, satu lagi ‘senjata rahsia’ dalam ramuan nasi goreng adalah isi ikan. Kalau ada baki lebihan ikan goreng, ambil isinya dan tumbuk sekali bersama bawang untuk dibuat perencah.

Kalau tak ada ikan goreng, boleh juga gunakan isi ikan dalam lauk-pauk semalam. Basuhkan sedikit dan buat cara yang sama. Rasa ikan yang lebih lemak ini dapat membuat rasa nasi goreng anda lebih ‘ummmph’! Tak perlu pakai ajinomoto atau sebarang serbuk perasa tambahan lain lagi.

7.Petua Gaul Nasi Dengan Garam

Akhir sekali, mungkin ada di antara anda yang selalu masak nasi goreng dengan garamnya yang tak sekata. Kadang-kadang tergigit garam, haru!

Jadi, cuba gaulkan garam bersama nasi di dalam bekas sebelum memasukkannya ke dalam kuali. Masukkan sedikit demi sedikit. Untuk lebih selamat, gunakan garam halus. Kacau rata dan kemudian, rasalah sedikit.



11 comments:

  1. Wow! berbagai juuadah menarik..kala mula makan awali dengan bissmillah ya

    ReplyDelete
  2. PELBAGAI CARA NK SEDAPKAN NASI GORENG JGN MEMBAZIR SISA LEBIHAN

    ReplyDelete
  3. Memang hasil nasi goreng bertambah uuummmpphh!
    Gunakan mentega atau marjerin dan tambahan minyak bijan memang aroma nasi goreng sungguh menggoda selera!

    ReplyDelete
  4. nak cuba lah tips akak bagi. kalau saya pulak, tak suka guna kuali non stick. biar ada hangit-hangit sikit lagi sedap.

    ReplyDelete
  5. Eh baru sarapan nasi goreng.
    Bolehlah ingat petua ini

    ReplyDelete
  6. nasi goreng guna nasi relai mmg best. hangit2 sikit tu yg syok. oh ye, mak sy guna goreng ns guna marjerin sikit, tak sangka bwk g sekolah laku je

    ReplyDelete
  7. No.3 tak pernah buat lagi sebab xde minyak bijan. No.5 belacan tak pernah masukkan jugak sebab husband tak suka belacan. Memang petua sedap ni. Nak lagi sedap bahan bahan kena tumbuk guna lesung batu :)

    ReplyDelete
  8. Could not agree more with minyak bijan & belacan.

    ReplyDelete
  9. Baruuuu je makan nasi goreng dinner tadiii hehehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●