15 November 2018

Antara Paparoti Dan Mamaroti


Roti,pilihan selepas tekak tak lalu nak telan nasi
tambahan pula dgn berbagai jenis dan perisa
kadang2 tak tau nak buat pilihan

Yang ni Paparoti perisa durian
rm5.60 sebiji,boleh tahan...
tapi puas hati bila menikmatinya masa panas2..


yang ni Mamaroti
ada anak saya cakap Paparoti lebih sedap
ada yg cakap Mamaroti lebih sedap
ada pulak yg cakap
Roti Boy paling sedap
hmm selera masing2,kan

apa pun si mamaroti ni sedap jugak di tekak saya

06 September 2018

Anugerah Tokoh Pelajar


Tahun lepas semasa hadir hari anugerah cemerlang
Tasha ditahun 5
penerimanya pelajar lelaki
ibu dan ayah dijemput naik ke atas pentas

terdetik dihati saya
dan saya berdoa
agar th depan(tahun ni)
anugerah tu milik anak saya

Alhamdulillah..doa ibu tiada hijabnya
kami suami isteri dijemput hadir pada majlis tersebut
berkali2 suami bertanya
saya pasti ke nak kesana
yalah berkerusi roda
nanti lenguh duduk berjam2 kat  sana

Allah memudahkan urusan saya
sampai disekolah ramai yg menolong menyorong kerusi roda saya




ketika cikgu membaca biodata tokoh anugerah pelajar
saya sebak mendengarnya

"Beliau anak bongsu daripada 4 org adik beradik
kepada pasangan Kamsiah Yusoff dan En Shaharudin Abdlah
bercita2 ingin menjadi seorang doktor
aktif dalam berbagai ko korikulum
mendapat sokongan padu rakan2 utk jawatan ketua pengawas..

satu persatu disebut kemenangan Tasha dalam berbagai kegiatan..

saya dibawah pentas sebak lagi..


alhamdulillah..semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu wahai anak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.