12 March 2017

Kuah Rojak

Sapa yg suka menyicah kat sini..
angkat tangan tinggi2..

bila menyicah,tentulah ada kuah rojaknya,ya tak
kalau kat kelantan,dipanggil makan 'colek'

kuah rojak ni saya oder kat kulim food delivery
utk adik beradik yg akan datang ke Kedah
pada 19 hb ni
tengok..kacang tanah sangat dipack berasingan..wangi..fresh lagi
ada sesetengah org buat kuah rojak
kacangnya digaul sekali
dah tak ranggup jadinya bila dibiar lama2

yg dalam botol comel ni setengah kilo rm5

 yg dalam balang tu sekilo beratnya-rm10
dek kerana saya oder banyak
dapat la diskaun rm5

sedap jika dicicah nenas,jambu batu,jambu air,mempelam,ubi sengkuang
buah kedondong,betik separuh masak...

11 March 2017

Bila Nikmat Makan Ditarik Sedikit Demi Sedikit

 Alhamdulillah..semalam saya  dan anak dara,Si Eleena tu
berpuasa (puasa ganti)
insya Allah akan habis pada isnin nanti

masalah saya takde selera nak makan
bila tiba masa berpuasa
baik ketika berbuka
apatah lagi ketika bersahur
bihun goreng ni Chef Alia balik hantar
pukul 7 lebih
dia masak di dapur urban inn
sayangnya saya hanya makan sesuap ja



pulut mangga  ni dibeli di Giant katanya
pun saya hanya makan mangganya saja
pulutnya terlampau manis

ni jejari ayam lada hitam
pun tak lalu jugak nak makan

sudahnya hanya minum fresh oren bergelas2

10 March 2017

Asparagus Goreng

beli satu paket ja
sbb anak2 tak makan
cuma si emak sorg ja yg makan

dan terjadilah asparagus  goreng simple bersama udang
tumis bawang putih,kemudian bwg besar
masukkan udang
kemudian letak asparagus tu
letakkan sedikit garam 
dan sos lea & perrins
dalam 2 minit dah boleh tutup api dan angkat

Kata chef Alia
memasak sayur2an ni
kena masak diluarnya tp tetap pejal didalamnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.