23 January 2018

Kulim -Gua Musang- Cameron Highlands

Jika pada tahun lepas
anak kpd kakak saya yg tinggal di Gua Musang
memilih anak dara Jitra sbg suri hidupnya
kali ni giliran si adik jugak memilih org utara sbg bakal  isterinya
justeru tanggal 22/12 lepas
selamat lah sudah majlis meminang si anak dara
yg tinggal di Labu Besar,Kulim
katanya mereka bercinta masa dok study kat UITM
sekarang dua2 dah kerja

oleh kerana cuti sekolah masih berbaki
dan saya kebosanan terperap kat rumah
minta izin suami utk ikut kakak pulang ke Gua Musang



tp dalam hati sedikit risau
bolehkah Alia drive jauh2..
hmmm bertawakal ajalah


singgah makan kat  kedai makan dekat masjid Lojing
pekena mi panas2..dalam cuaca sejuk..sungguh awesome..


alhamdulillah selamat sampai


dah lama dok mengidam benda ni
alhamdulillah dapat jugak akhirnya
tapai ubi kayu goreng

4 hari di rumah kakak
saya minta diri utk pulang pada hari jumaat
perjalanan pulang diiringi hujan renyai2
mengundang mengantuk
tp nak layan mata,
kesian pulak kat Alia drive sorg2..


tak namkpak apa pun dek kabus yg menyelebungi jalan
hinggakan terlepas masjid Lojing dek tak nampak


Tiba di Simpang Pulai
Alia masuk ke Cameron Highland
katanya cuma nk ke Lavender Farm ja
tp dek kerana musim cuti sekolah,cuti xmas
manusia mcm semut



                                                       saya cuma tunggu dalam kereta ja
hanya Alia dan Tasha yg menapak naik
utk menikmati aiskrim yg sedap ni katanya

21 January 2018

Alhamdulillah Sudah Selamat Terima Menantu


Assalamualaikum
Masih ada kah yg sudi singgah diblog ni
lama menyepi dek ujian kesakitan yg diberikan olehNYA

Alhamdulillah..
pada 8/12 yg lepas
telah berlangsung majlis akad nikah anak bujang saya
bersama pilihan hatinya

Kami bertolak ke KL pada 7 /12
bermalam di kondo anak di Cheras
seperti biasa saya gagal melelapkan mata
gambar ni dirakam jam 3.30 pagi
hehe nasib baik tak terakam yg tak sepatutnya..


Alhamdulillah tepat jam 5.50 petang
dengan sekali lafaz
sahlah bergelar suami pada Raihana Baharum
bertempat di kem Sg Besi
 
 
pelukan sayu seorang ibu
utk berkongsi sianak yg dikandung selama 9 bulan
dgn insan lain

kata Alia,selepas 24 tahun baru dia
merasa mempunyai seorang kakak

esoknya berlangsung kenduri di dewan templer,kem sg besi



yg perempuan berbaju hitam tu anak kpd sepupu saya
yg tinggal di Thailand nun..
sayangnya beliau datang setelah saya pulang..

 Ana..mak harap kamu dapat menjaga anak mak
sebagimana mak menjaganya selama 26 tahun
mak tak pernah memarahinya
apalagi memukulnya..

Badri..dibahu kamu sekarang terpikul satu tanggungjawab yg amat besar
bkn hanya makan minum siisteri yg wajib dijaga
perkahwinan lebih daripada itu
ianya menuntut sebuah pengorbanan,saling melengkapi,saling memahami..


05 October 2017

Laksa Tempurung @ Mad Arif Char Kueteow


Petang tadi semasa balik dari ambil Eleena
yg bercuti semester pertamanya
kami singgah makan kat sini
anehnya walau dah bertahun2 bertapak
tak tergerak hati utk makan kat sini sebelum ni

 laksa dihidang dalam tempurung
rm5 satu
yg ni Alia punya

close up sikit
ada udang,jejari ketam dan telur rebus
secukup rasa

ni yong taufu


dan yg ni char kueteow udang galah
kata waiter tu hari ni ada promosi
udang galah  atau lobster berharga rm7
harga biasa rm10

kedai makan ni terletak di
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.