14 February 2018

Pulut Pagi



Ada lebihan beras pulut utk membuat tapai
En Suami dah bising2..tak payah amik oder tapai lagi
dia bimbangkan kesihatan saya yg semput bila buat keje


Nama menu ni pulut pagi
sejenis menu yg popular di Kelantan
sama ada dimasak waktu pagi,tengahari,petang atau malam
namanya tetap tak berubah ya..Pulut Pagi

dan cara memasaknya sangat mudah

pulut direndam beberapa jam

cara pertama adalah mengukusnya

kukus hingga masak

sediakan 3 keping gula melaka/nisse
campur sesudu gula dan air kapur
masak bersama secawan air  
masukkan sehelai daun pandan yg telah disimpul

biarkan mendidih hingga agak pekat

tuang kedalam bekas yg mengandungi pulut tadi
kacau rata
dan kukus semula hingga masak

cara kedua

pulut ditanak seperti menanank nasi
bila dah masak,
masukka gula melaka bersama gula yg telah dihancurkan
kacau hingga benar2 sebati
sebelum menutup api

ketika nak makan
jgn lupa taburkan kelapa parut
yg digaul bersama garam
saya buat cara pertama
ianya lebih mudah..

08 February 2018

Buah Bidara


Semasa menghantar barang2 keperluan anak
yg belajar di KUIN
Dalam perjalanan pulang
singgah di pasar malam Kuala Ketil

ketika bulan ramadhan
pasar malam ni terkenal kerana 
menjual berbelas jenis kerabu
satu gerai tu hanya jual kerabu ja
hingga rambang mata nak pilih

ada kerabu bunga betik,kerabu pucuk paku rawan
dan bermacam kerabu yg susah nak jumpa pada hari2 biasa..

mengintai suami dari dalam kereta
hanya suami sorg ja yg turun 


Nahh..akhirnya dapat jugak buah yg jadi viral ni
rm10 ja sekilo

katanya buah ni dari Siam

lebihan makan..dibuat jeruk


Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kekasih,hamba turutkan...

haha adik2..anak2..
jgn sesekali ikut pantun buah bidara ni ya

02 February 2018

Alhamdulillah

Alhamdulillah
hari ni berkesempatan 
merasa airtangan sulung menantu

masak lemak ikan tenggiri
sambal udang tumis petai
brokoli campur cendawan goreng
bg saya,ianya perfect

meskipun tugasnya sbg engg IT TM
dia tak kekok utk bersilat didapur
tanpa bantuan saya yg hanya memerhati dari jauh

tak berdaya nak tolong dek semput saya ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.