28 April 2017

Seoul Garden,Juru Auto City


Assalamualaikum
Datang kesini pada minggu lepas
tp disebabkan saya berulang alik ke hospital kulim
ke klinik kesihatan 
maka entri ni tertunda pulak

Anak lelaki balik bercuti 21 hb lepas
so dia yg bawak sekaligus belanja mak dan adik2nya kat Seoul Garden ni

Jika pembaca semua pengemar steam boat
dgn berpuluh2 jenis pilihan makanan 
di Seoul Garden ni la tempatnya

2 jenis sup yg boleh dipilih pada satu2 masa
anak2 memilih sup ayam yg tak pedas utk emaknya
utk depa pilih tomyam yg super pedas
 ayam yg diperap tu sedap dibakar
 pelbagai pilihan seafood

kimchi
last sekali kami sudahi dgn makan aiskrim ,kek dan buah2an

fuhh...kalau larat makan...
duduklah kat situ dari pagi sampai petang pun
kalau perut 'besar'..makanlah sampai tak larat nak bangun
harganya..boleh pokai kalau melayan selera kat sini tiap minggu

21 April 2017

Putu Bambu VS Serabai

Putu bambu perisa pandan
rm3/5 bini

serabai
dah berkurun tak makan ni
so tekak teringin nak makan

dicicah bersama kuah durian
boleh jugak dimakan bersama sri kaya

sayangnya dek ketiadaan selera makan
terbiar mcm tu ja

20 April 2017

Akhirnya...Ke Hospital Jua..

Semalam saya ke klinik yg biasa saya kunjungi
utk berjumpa doktor mengenai masalah kai saya yg membengkak ni/edema

ubat yg diberi sebelum ni
Rasitol-dah tak berkesan

makin hari makin bengkak 
hinggakan saya terpaksa solat duduk diatas kerusi

bila jumpa doktor
dipicit2 kaki saya ni

"I tak boleh bg U ubat dah
U kena p hospital sekarang jugak..."

gullpp...saya telan air liur

"Doc tak boleh chek kat sini ke.."
saya cuba merayu

"Sekarang ni duit tak penting dah bg saya
kesihatan U yg lebih utama.
di hospital depa ada segala kemudahan,kelengkapan.."

"now U nak pergi ke tidak.."
soalnya bila saya masih terkebil2

oklah doktor..saya mengalah


sampai di hospital Kulim
(nasib baik tak jauh mana pun)

anak saya drop emaknya ni depan jabatan kecemasan
ketika tu tak ada pesakit lain
sebaik menghulur mykad dikaunter
MA nya keluar dan terus periksa keadaan saya
diberi kad utk ke Zon Kuning (separa kritikal)

dengan hati yg berdebar2 saya melangkah masuk ke zon kuning
sebaik kad dihulur
nurse terus menyuruh saya berbaring dikatil utk pemeriksaan lanjut
sambil membebel kat saya

"mana kadnya.."

"saya takde kad,ni first time mai sini.."

"ooo...org kaya la ni..dok p swasta ja.."

"takde la nurse.."

Diambil darah,dibuat pemeriksaan jantung,di xray

semuanya mengambil masa 5 jam

terimakasih para doktor yg comel2 belaka,peramah,bercakap sambil tersenyum
terutama sekali doktor Sumaiyah

saya diberikan surat rujukan utk follow up kat Klinik desa Sg Ular
oklah..tak perlu ke hospital bila kehabisan ubat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.