10 July 2020

Tabung Bantuan Perubatan

Selepas disahkan mengalami masalah jantung tersumbat 
Doktor di hospital kulim bg surat rujukan utk ke hospital sultanah bahiyah
Saya cuba minta ke hospital penang tp tak boleh katanya
Sbb kes under KKM kedah

Selepas 2 kali ke HSB
Sorg doc perempuan yg muda dan comel 
Menerangkan tentang proses angiogram
Yg bakal saya jalani 

“1 stent berharga 6k ya puan 
So puan kena masukkan 3 stent 
Bermakna puan kena bayar 21k ...”
3k lg tu utk lain2 perkhidmatan

Gullppp 
Saya memandang suami 
Suami memandang saya

“Tp kami tak sekejam tu puan
Pihak hospital ada menyediakan Tabung Bantuan Perubatan
Dibawah jabatan kerja sosial
Utk membantu golongan kurang berkemampuan..”

Setelah diterangkan dgn panjang lebar  dan memastikan kami benar2 faham 
Doctor tersebut akan submit borang permohonan
Dan meminta kami datang ke HSB bila dipanggil utk interview 



 Ni antara dokumen yg wajib dibawa semasa proses interview 
Kata pegawai tersebut 
Biasanya bantuan yg diberi bkn sepenuhnya 

Mcm dalam kes saya
Bantuan yg diberi 18k
Dari jumlah kos 21k
3k lagi kena keluar duit sendiri 

Selepas bersetuju saya diminta tandatangan berbagai borang 
Dan menunggu surat kelulusan
InsyaAllah proses angiogram akan dibuat pd 5,6/8 nanti


08 July 2020

MySalam

Pernah dengar MySalam
Ianya bantuan keewangan yg diberi
pada golongan B40
Jika anda penerima BSH/BRIM
Automatik anda layak 


Saya menerima sms MySalam th lepas
Lepas register,isi akaun bank semua
Alkisahnya masa kt Hospital Sultanah Bahiyah
Ada kiosk MySalam ni
Selepas bersembang itu,ini
Depa tolong reset pasword saya
Kes lupa password



Yg ni saya masuk spital 2hari
So layak la terima rm100
Rm50 sehari 








Berbagai jenis penyakit yg layak
InsyaAllah saya dapat 8k
lepas buat angiogram nanti
Kalau malas nak isi borang
Bawak p kt kiosk MySalam ja
Depa akan uruskan semuanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.