20 December 2010

Kerutup Ayam + Nasi Minyak

Ni menu lunch hari ni
si bongsu tu,Tasha mmg gemarkan ayam
tak kisah la digoreng atau dimasak berkuah
semua dia balun


semasa ke Giants 2,3 malam lepas
sempat la saya menyambar
3 paket rempah kerutup ayam
masakan kerutup ni popular di pantai timur
-kelantan & terenganu


seekor ayam yg telah di kerutup
rasanya mmg kurang pedas
sesuai uk anak2 kecil


acar timun sbg penyeri
nenasnya takde..sambar ja apa yg ada dlm peti ais




cara2 memasak kerutup

1 ekor ayam/ daging pun boleh
potong ikut suka
(anak2 saya sukakan ayam yg dipotong kecil2)
2 paket rempah kerutuk
1 cawan santan
1 cawan air
air asam jawa
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
sedikit gula melaka
garam
minyak

bahan A:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
beberapa helai daun pandan

bahan B (diblend)
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas


Tumis bahan2 B
kemudian bila dah naik baunya
masukkan bahan2 A
kemudian masukkan rempah kerutup
yg telah digaul dgn secawan air
diikuti dgn air asam jawa
(boleh juga gunakan asam gelugur)
bila dah pekat sedikit
masukkan ayam

bila ayam hampir empuk
masukkan santan
dan kerisik

jika inginkan kuah yg banyak
boleh diangkat bila ayam telah empuk
jika sukakan kuah yg pekat
biarkan ia merenih hingga pekat

ayam kerutup ni sedap dimakan
bersama pulut kuning
roti jala atau roti putih




24 comments:

  1. Salam Kam

    Semoga sekeluarga sihat.

    Bestnya nampak krutup ayam.

    Teringat rancangan masak chef wan hari tu, bising dia bila tanya orang terengganu apa rempah untuk masakan krutup, semuanya termasak chef salah sebuah hotel, 'beli rempah krutup'. Dia kata orang terengganu kedekut kerana tak nak beritahu apa rempah ratus yang dimasukkan dalam rempah krutup.

    Rasanya bukan ketekut tapi memang tak tahu kerana sekarang ni orang-orang 'lama' dan tak ada. Orang yang buat rempah tu orang bisness mesti dia orang tak nak beritahu rempah ratusnya.

    ReplyDelete
  2. @Kunang-Kunanghehe betul tu...bkn senang nak sediakn semua bahan2 tu,org dulu2 walaupun takde resepi lengkap tp dia org igt satu persatu bahan2...kita skrg dek kerana nak cepat a.k.a malas...bveli yg dh siap ja..

    ReplyDelete
  3. kenapa bila baca je entry ni terus rasa lapar???

    ReplyDelete
  4. salam..blogwalking sini..apa rasanya masakan kerutup ni ye?

    ReplyDelete
  5. Salam Akak..
    Tima kasih sudi jenguk + follow blog Ros yang xseberapa tu.. ^_^ sy amat menghargainya.. Nanti klu sy nk msk bleh la pinjam resepi kat cni yek.. Entry akak wat perut sy nyanyi la..

    ReplyDelete
  6. memang nampak sedap kerutup ayam tu...nak cuba lah..

    ReplyDelete
  7. sedap gak kalau sesekali wat menu camni ek...kadang boring gak ngan bebudak ni nasi minyak +ayam masak merah sokmo!!

    ReplyDelete
  8. salam Yah..memang kerutuk ni sangat popular di kelantan..tambah sikit tairu lagi kick..hehe..dah baca ke n3 makcik yg terbaru..tolong promo ye..tkasih..

    ReplyDelete
  9. salam

    terima kasih atas kunjungan. saya dah tinggalkan link.

    ReplyDelete
  10. Ahaa, kalau orang ganu, panggil kuttuk ayang..hehee..

    peberet fida gak ni kak kamsiah. lebih2 lagi kalau ayam kampung, mau berpinggan2 makan nasi..huhu

    ReplyDelete
  11. @piewahidsabar..sabar..igt pantang larang bab makan sbb awak tu sakit hehe

    ReplyDelete
  12. @{ finieViolet}hehe..nak cakap mcm mana ya...kena masak sendiri baru tau

    ReplyDelete
  13. @hai
    budak2..kalua boleh masak ayam tiap ari pun takpe...

    ReplyDelete
  14. @Afida Anuarfida...ayam kampung lbh sedap,kan..sbb isinya pejal,sesuai dimasak mcm ni

    ReplyDelete
  15. kerutup ayam ni sama tak macam kuah nasi minyak? selalu dengar tapi tak pasti pernah makan atau tak sebelum ni

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.