28 January 2011

Travelog Dakwah-Meniti Hari Esok

Alhamdulillah...
minggu ni saya dah khatam 2 buah buku
-sebuah novel (sbg release tensen)
-sebuah buku dakwah

Travelog Dakwah
buku kedua oleh penulis
Muhd Kamil Ibrahim
buku ni seoalh kesinambungan buku pertama beliau
Perkataan “Berdakwah kepada diri sendiri”
diulang2 di dalam kebanyakan bab
yang terkandung di dalam buku ini.
Lafaz Subhanallah juga tidak pernah ketinggalan disebut

Sangat terkesan di dalam diri sendiri
dengan beberapa teguran lembut
dan dakwah lisan yang sangat mendalam.

Penulis juga mencatatkan beberapa bisikan
hati beliau secara peribadi supaya terkesan
kepada sesiapa yang membaca luahannya itu.


ini buku pertama beliau
beliau menjawat jawatan prof di UITM
saya membaca buku ni semasa musim haji th lepas

bacalah...pengakuan seorang prof
yg tak kenal huruf2 al quran
tak tahu membaca al quran

tp diberi petunjuk oleh ALLAH
sehingga berjaya menunaikan ibadat haji
sehingga berjaya khatam al quran disana



sekarang sedang menghabiskan buku ni pulak

Buku " Travelog Syahadah "
kisah mualaf bidayuh
yg menemui cahaya
sehingga melafazkan kalimah syahadah..


buku-teman dikala kesunyian...kebosanan..keseorangan...

14 comments:

  1. yang last tu eelok untuk mengingatkan diri kita betapa hidayah perlukan pengorbanan bukan cam kita ni secara warisan

    ReplyDelete
  2. Saya sanagt kagum dengan perubahan Prof MKI (pensyarah saya sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan ketua saya semasa di UiTM Segamat). Saya kenal beliau ketika beliau sedang "gila golf" dan sekarang seorang yang lebih hebat. Perubahan yang sangat drastik dan sesi ceramah beliau sangat efektif (akan menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya).

    (Dah 2 tahun beli travelog dakwah, sampai sekarang tak habis-habis baca lagi..... Sorry Prof he.. he.. he..)

    ReplyDelete
  3. saya pun dah baca travelog hajii tu...mmg menarik..saya juga suka baca novel dan buku buku begini,kalau novel cinta, maaflah...tak minat..sejak sekolah dulu tak minat dengan novel yang meleleh leleh....

    ReplyDelete
  4. @cemomoibertuahlah..berbahagialah..sesiapa yg diberi taufikNYA..dibuka hatinya utk mengenalNYA..

    ReplyDelete
  5. @ZOOL@TODOOO...Anak murid Prof MKI la ya...bahasanya ringkas tp berkesan...

    ReplyDelete
  6. @Cikgu Nurinnovel cintan cintun pun saya tak minat...mcm ayat2 cinta...novel cinta tp bkn tangkap leleh...cinta berteraskan agama...

    ReplyDelete
  7. yer kak kamsiah...sangat terkesan rasanya kedua2 hasil tulisan beliau. Alhamdulillah saya dah khatam baca kedua2 nya. Kadang baca lagi dan lagi. Kat blog beliau pun sama...tak bosan baca.

    Cuma buku ketiga tu saya tak berpeluang membacanya lagi...hurmm..nnti la ada masa cari kat MPH

    ReplyDelete
  8. betul la..macam menarik je..pernah tengok siri travelog ni, tapi..hehe...tak terbeli jugak lagi.

    ReplyDelete
  9. @Afida Anuarkdg2 jiwa kita perlu disuntik dgn motivasi begitu...

    ReplyDelete
  10. Salam Kam,

    Saya pun dah baca Buku Travelog Haji oleh Profesor Muhammad Kamil Ibrahim. Tak malu nak beritahu, saya menitiskan air mata ketika membaca buku beliau ni, terasa seperti terkena diri sendiri.

    Dan begitu kagum dengan kesungguhan beliau. Nampaknya kena carilah pula buku beliau yang kedua ni. Terima kasih Kam berkongsi info mengenai buku2 ni.

    ReplyDelete
  11. salam kamsiah,
    tertarik kt jodolnya sbb ada tajuk dakwah, kebetulan kuliah aby wktu ni adalam psl dahwah,boleh tambah input klu baca buku ni.
    cume menariknya bila belajar ilmu dakwah ni,

    diharuskan berbohong dan boleh berkahwin dgn ahlil kitab,
    tp.. kenala pd cara dan keadaan nya ...

    ReplyDelete
  12. Salam.. tahun lepas habis baca travelog haji, dah balik hj baru jumpa buku ni.. bagus untuk yg belum pergi, pengukuhan. Travelog dakwah dah beli, tp belum baca.. rajin beli buku..tapi tak pandai menjadual baca.. nampak buku last tu cam best je, kena carilah ni.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.