03 May 2013

Misteri Tasik Banding

Sepanjang usia blog saya ni
belum pernah lagi
saya buat entri pasal cerita seram

pertamanya kerana saya mmg penakut
keduanya bimbang digelakkan pembaca

yalah..misteri tu sesuatu
yg sukar dijelaskan dgn logik akal
hanya yg pernah mengalaminya saja akan tahu dan faham

Tasik Banding yg cantik ni
akan jadi persinggahan wajib
dalam perjalanan balik ke Kelantan
utk berehat dan makan

Beberapa tahun dulu
ketika dari kg saya di Kelantan
dalam perjalanan balik ke Kulim

ketika sampai di Tasik Banding
kelihatan ramai angota polis, tentera,paramediks
dan press ditepi tasik

suami saya memberhentikan kereta dan bertanya
pada seorang org asli yg berada disitu

rupanya ada kejadian bot karam
mengorbankan berbelas org
peserta kem motivasi sebuah syarikat kosmetik
mayat2 masih belum dibawa ke pengkalan lagi

suami bertanya,nak tunggu tgk tak...
ohh tidak..saya tak mahu,tak sanggup..saya takut..

itu kisah beberapa tahun dulu


Cerita Seram

Ketika balik ke Kulim
dari melawat ayah saya yg kemalangan dulu
(2 th lps)




Saya bertolak dari rumah ayah dah lewat
selepas solat asar
dah hampir jam 7 ptg dah

ketika berhenti di R&R Titiwangsa
jam dah pukul 10 lbh

Sesiapa yg melalui jalan raya Timur-Barat
pada waktu malam akan tahu
jalan tersebut sunyi dan gelap
jauh beza dgn highway PLUS

Selepas melalui Tasik Banding
suami meminta anak lelaki saya
pulak yg memandu kerana mengantuk

saya di seat tengah bersama 2 org anak perempuan
diseat belakang sorg anak perempuan
(dari awal lg dia dh bgtau
nak dok sorg2,nak tido)

suami saya pulak
bila dh bertukar tempat dgn pemandu
terus krohh..kroh..krohh

saya yg sememangnya tak boleh tido dalam kenderaan
perasan anak lelaki saya 
bawak kereta mcm terhuyung hayang
kejap laju,kejap perlahan
kejap kiri,kejap kanan

dan sebuah kereta  di belakang
asyik memberi isyarat seolah nak memotong kami
tp tak potong2 jugak
akhirnya kereta tu makin jauh kebelakang..

akhirnya kami sampai di rumah jam 1 pagi



Keesokan harinya baru sianak lelaki membuka cerita

ada yg menumpang kereta kami
kereta terhuyung hayang
kerana dia asyik memandang melalui cermin pemandu

makhuk tu berbalut seperti mayat
serba putih dan duduk diseat belakang
bersebelahan anak perempuan saya
yg duduk sorg tu

anak perempuan yg duduk bersama saya jugak nampak
katanya ingatkan dia mamai

sempat pulak dia berkata
"tadi adik pakai tudung hitam
bila pulak dia tukar tudung putih..."

bila diceritakan pada suami

"dia nak tumpang la tu,tertinggal bas agaknya.."

sejak tu..saya fobia berjalan malam..!!

51 comments:

  1. takut pula tapi dia ttp makhluk Allah mungkin kita di uji..terus di uji..
    salam kenal dari blogger cinta

    ReplyDelete
  2. Auuuu...seram tu. Tapi kira anak akak ni berani juga orangnya.. Sempat sampai dia pandu kereta tu.

    ReplyDelete
  3. kalau baca tengah malam, boleh meremang jugak. hehe, jawapan `tunggu bas' tu memang nak sejukkan hati.

    ReplyDelete
  4. Serammnya kak cerita yg kedua tuh..tp anak lelaki akak tuh boleh jer dia terus drive kan..steady jer takder takut2...:)

    ReplyDelete
  5. adoi kamsiah, takutnya..saya yg sorang2 dlm bilik ni tiba2 dok toleh belakang,kiri dan kanan pulak lepas baca cerita awak ni..

    ReplyDelete
  6. saya penah lalu sekali je lebuhraya tu. mmg sunyi walau siang. Sesekali je ada kenderaan, line hp pulak takde,cuak gak. Kalau mlm mmg tak berani la.

    saya berenti kat tasik banding tu, cantik!

    ReplyDelete
  7. Kam, ummi ni penakut juga. Terasa seram betul baca n3 ni. Tabiklah kat anak lelaki Kam, berani kiranya anak Kam tu.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, 3 hari 2 malam saya tinggal di banding inn dan meneroka hutan dan tasik banding beberapa bulan lalu, takde benda2 menyeramkan timbul. tapi kawasan hutan dan tasik, memang ada mahluk lain yang Allah ciptakan, tinggal. yg penting, ada ilmu di dada dan kuat semangat

    ReplyDelete
  9. Salam Kam,

    Kami dah 2 kali menginap di Belum Resort, xde apa2 pulak. Cukup tenang dan cantik sekali. Walaupun begitu adik Mak Aji sekitar 2 tahun lepas kemalangan dengan super-bikenya, menunggang berseorangan jam 2,3 pagi dari Grik ke Tasik Banding (nak balik KB). Cedera parah, patah tulang belakang, tetapi alhamdulillah selamat. Kata orang memang kawasan itu 'keras!'

    ReplyDelete
  10. assalam kamsiah..makhluk ni memang wujud..tk de yang akan ketawakan ..
    kita serupa..acik pun penakut

    ReplyDelete
  11. Mak oiii... tahannya driver tu senyappp jer ekk?

    ReplyDelete
  12. Aduh.... seramnya Kamsiah, bila dengar cerita ni. Pernah juga ikut jalan tu dari Kedah ke Kelantan, tapi waktu siang hari je. Kira kuat semangat juga lah anak Kamsiah tu... ye.

    ReplyDelete
  13. huhu...seramnya......saya suka tengok tasik banding kalau gi kelantan..rasa misteri je

    ReplyDelete
  14. salam kak,
    tumpang lalu eyh...

    ade remang2 jugak kat tengkuk nih.. baca cerita akak...

    ReplyDelete
  15. Seram!!!

    Mmg dah macam dlm filem ...mayat berbungkus dlm kereta!

    Tasik Banding ni kita lalu ke kak kalau saya dari Cameron Highlands, ikut jalan Gua Musang nak ke Kota Bahru? Dah dua kali saya lalu jalan ni, rasa macam tak lalu tasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn doc..tasik ni terletak dlm negeri di Perak...kalau dari kelantan,ke utara..terpaksa melalui tasik ni

      Delete
  16. Tasik tu mmg cantik...pernah naik bot keliling tasik tu...ada cadangan nak duduk kat resort tepi tasik tu...tapi tak jadi2...seram cerita kak kam ni...sib baik la anak kak kam tak panik...noe pernah pegi siang je...malam2 tak pernah...tapi rasanya mmg sunyi sangat kt situ...

    ReplyDelete
  17. Boleh tahan berani hero Kam itu ye. Kalau kita agaknya lama dah kereta berhenti tepi jalan tak boleh tekan minyak..

    ReplyDelete
  18. hahaha.. suami akak mmg sempoi.. msti byk lagi kisah die.. cuba akak tanya... kih kih kih

    tasik banding ni yg kt gerik tu kn?? yg ad gajah melintas... org tua tahan kete tu kan?? kan??

    ReplyDelete
  19. takutnya dengar...laluan ke tasik banding tu mmg mengerikan maklumlah jln lama gelap plak tu... saya selalu gak ikut suami g memancing kat situ dulu... sekarang sejak ada ank nie dah jarang sgt pegi...

    ReplyDelete
  20. Pepatah mat saleh kata,
    Wrong time at a wrong place.
    Beberape kali juga aby lalu d tasek Banding tu

    ReplyDelete
  21. js pun pernah guna jln ni...mcm2 citer dgn drp ipar js yg slalu balik kg lalui jln ni..dia slalu pesan kalau lalu jln ni jgn tegur benda pelik2...teruskan je..js tak pernah lagi guna mlm..lalu waktu siang pun sunyi je jln ni kecuali musim raya...^^

    ReplyDelete
  22. Di dunia ini bukan manusia saja penghuninya. Agaknya makhluk2 ni kdg2 sunyi kot di dunia mereka, itulah sebab kdg2 mereka mengusik manusia. Mungkin bagi mereka itu cuma satu joke...tapi joke yg menakutkan kita....

    ReplyDelete
  23. Masa kat sekolah menengah dulu "seseorang" yg menyerupai adik JR pernah menumpang JR ke kedai. Ketika itu JR menaiki basikal lepas maghrib. Bila sampai di kedai dia ghaib. Masa itu baru sedar rupanya ada yg menumpang. Mungkin 'dia' terlepas teksi?

    ReplyDelete
  24. warghhhhhh....serammmmm.......tetiba teringat kesah di tasik banding jugak 3 taun yg lepas...

    ReplyDelete
  25. salam kak..
    kenapa saya baca waktu malam ni!!!arghh!! dah lah saya duduk sensorang ni..hahaha..adoi..
    tido bukak lampu hari ni..yeay!!!

    ReplyDelete
  26. haah..dia nk tumpang aje...
    tu yg dia tak kacau penumpang kereta tu..
    hehe..
    tp jalan kat situ mmg sunyi.

    ReplyDelete
  27. huwaa.. berdiri bulu roma saya baca kisah ni..dah la selalu juga berulang alik ke penang ikut jalan tu... tapi setakat ni tak pernah kot travel malam2.. lepas ni mmg takkan travel malam ikut jalan tu

    ReplyDelete
  28. saya pun banyak dengar cerita dari mak sedara pasal laluan tu. dia kalau balik sini dari k.terengganu, memang takkan balik lewat petang. bahaya jalan tu. dengan cerita seram nya..dengan kes rompakan pun ada.

    ReplyDelete
  29. seram ya, nujur selamat..tulah ada yg kata jangan berjalan malam seorang2 lebih baikj berdua ..

    ReplyDelete
  30. Beraninya hero akak....mmng menyeramkan...

    ReplyDelete
  31. assalam, memang menyeramkan, nasibaik anak tu berani jugak orangnnya..

    ReplyDelete
  32. errrrrrrrr...takuttttttt...x tau lak kisah tasik nih...huh!

    ReplyDelete
  33. pengalaman yg menakutkan... cobaannn..
    sy kerap juga lalu jalan ni, dalam perjalanan sebelah malam pernah 2 kali terserempak gajah liar sedang melintas jalan..

    ReplyDelete
  34. seram juga tu kak kam.
    seb baik anak lelaki akak kuat semangat

    ReplyDelete
  35. Iskkk...baca pun dah seram sejuk!!
    Anak lelaki awak tu memang berani ler..kalau aku dah tak tahu nak buat apa derrrr......
    Yang best suami sempoi ajer jawab...hahahahaa

    ReplyDelete
  36. asben ada plan nak ke tasik banding, adakah kena melalui jambatan misteri ini?

    ReplyDelete
  37. alamk seram laj pulak baca ni kak!

    ReplyDelete
  38. adoii..seremm cikda.. hero kak kam nih memang hero tulen ni.. mujur kak kam tak nampak kan.. cikda baru tau tasik banding ni..

    ReplyDelete
  39. saya pernah lalu lebuhraya GrikJeli waktu siang. ianya agak berbahaya dan kawasan itu memang sunyi pada 2,3 bulan lepas. kata orang ada berlaku kes rompakan disitu.

    ReplyDelete
  40. saya org gerik..
    tasik banding mmg femes
    mmg jalan ctu sunyi...
    kami pun mengelak kalau nak lalu ctu malam malam...

    ReplyDelete
  41. Hai kak...seram sejuk bila baca pun kak ni...bukan misteri dah ni kak..mmg jelas angkara makhluk halus...mengingatkan sy pada kisah yang pernah sy kena di tasik kenyir beberapa tahun lepas

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.