27 June 2013

Melayu Tipu Melayu..


 Pernah dengar ungkapan ni-Melayu Tipu Melayu
pernah terkena..??


Kes 1
Ahad lepas,saya keluar membeli sarapan
sekaligus tapau sedikit lauk utk makan tghari terus
jam 8.30 pagi
bila saya membuka bungkusan lauk tersebut
pada jam 10 pagi
dah masam,dah berbau,dah berlendir
kari ayam tersebut

Mungkin ianya lauk sehari sebelumnya
ataupun ianya dicampur dgn lauk yg tak habis sebelum tu

dah serik ke kedai makan tersebut...


Kes 2

Ada tempahan tapai urgent
sedangkan saya kehabisan stok beras pulut

Anak perempuan saya pergi memebelinya disebuah kedai runcit
saya dah pesan-beras pulut susu
dan itulah yg diminta
pada tuan punya kedai
yg dipanggil makcik tu

Apa yg dibawa balik adalah..
beras pulut yg tersangat2 usang
yg ada bubuk,ulat dan berwarna kehitaman
seperti beras yg arwah mak saya
bg makan ayam,itik kat kampung dulu2..

dia kata..makcik tu bg harga murah-RM4.30
biasanya beras pulut susu berharga rm5-6

akhirnya ke tong sampah  beras tersebut dicampakkan..

Sya teringat cerita guru saya semasa bersekolah dulu

katanya dia membeli keropok lekor berharga RM3 disebuah pasar malam
apabila dibawa pulang,dimakan...
keropok lekor tersebut keras bagaikan batu
sebab ianya telah digoreng semula

dia pergi semula ke pasar malam tersebut
dan memberi sedikit tazkirah pada peniaga tersebut

katanya bkn dia sayangkan RM3  yg telah dibelanjakan
tp kerana nak mengajar peniaga tu
supaya jujur ketika berniaga
jgn pentingkan keuntungan semata2...


(CPU PC saya rosak
mengunakan CPU anak lelaki punya
tiada gambar...)

40 comments:

  1. Selalu kan kak, kadang-kadang malu saya dengan bangsa sendiri. Kalau kita puji cara bangsa lain berniaga atau lebih senang berurusan, nnt dikatanya kita ni tak sedar diri. Tapi faktanya mmg sesama kita ni payah nak ikhlas buat kerja.

    Macam kes saya kutip utang itu hari, bangsa sejenis jer yg cakap belit2, member yang "lain" tu pulak yg honest, kurang2 jujur bila saya tanya.

    ReplyDelete
  2. sedih bila perkara ni berlaku kan? tapi dah banyak dah berlaku dalam masyarakat kita...

    ReplyDelete
  3. ya..pernah terkena juga begitu..pelik kenapa berlaku tidak jujur dalam berniaga..bukan ke kejujuran itu akan membawa keberkatan?

    ReplyDelete
  4. selalu juga terkena, especial kalo beli makanan di pasar malam

    ReplyDelete
  5. Byk case Gini kaka
    Bab tapau tu mmg kena selalu
    X phm awat theyols masak cepat sgt basi sedangkan ai masak Kari tahan 2 hari x de basi bagai
    Org ckp nk berniaga buat la elok2 sbb duwet tu jd darah daging kiter nnt...jenuh nk menjwb kt akhirat nnt

    ReplyDelete
  6. sakitnya hati kalau kena camni..sy pun ada jugak terkena kes2 yg lebih kurang camni..rasa nak pegi balik je bg ceramah kat org tu..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. dah tu kalau kita beli dengan peniaga bukan melayu, kena marah pulak sebab tak nak tolong satu bangsa tapi masalahnya mcm ni lah..melayu tipu melayu..tak takut tuhan kot....

    ReplyDelete
  8. Itulah dia....orang Melayu. Menipu sbb nak untung, no. 1. Mahal rezeki la kan kak?

    ReplyDelete
  9. Selalu kena macam tu kak. Kadang2 bukan saja bab berniaga kecik2 ni berniaga besar2 pun menipuuu jugak. Kejar dunia mereka lupa akhirat. Apa yg dapat dah jadi tak berkat.

    ReplyDelete
  10. itulah dia..
    ade jenis peniaga yang begini..
    tapi yang pati perniagaan mereka pasti tidak akan tahan lama..
    sekali org terkena.. mesti serik dah..
    saya pon ade juga terkena benda2 gini..
    sedih rasa..hmmm..

    ReplyDelete
  11. Assalam kamsiah..memang selalu kena camtu..tah apa perasaan dia orang tu.selalunya kalau kuih inti mesti inti basi

    ReplyDelete
  12. Sekarang nie org meniaga ramai yg pikir untung dr ikhlas dan jujur... pernah gak jadi mcmnie bila beli makanan..mmmm...redho jelah...

    ReplyDelete
  13. Sangat selalu terkena. Kita ni beli kat melayu sebab nak tolong melayu. Tapi, melayu jugak la yang tipu kita balik. Jadi tak salah la kalau kita majukan bangsa lain....

    ReplyDelete
  14. Kalau berniaga seperti itu...sampai bila2 tiada keberkatan. Menganiaya pembeli... Pembeli pula, jgnlah sumpah seranah...bagitau lah dengan baik, mungkin ada kesilapan dan kurang faham... Kalau sama juga, kedai lain kan ada...

    ReplyDelete
  15. husband saya selalu naik darah bab2 melayu tipu melayu ni..

    ReplyDelete
  16. time puasa ni nnt lg ramai kak...eps kt bazar ramadan tu nnt...yg boleh dipercayai ms hari pertama je...hari2 seterusnya...jgn hrp la sbb sy tau byk yg lauk recycle

    ReplyDelete
  17. Salam Kam..

    Yelah kan, kalau pukul 10 dah basi, takkan yang masak hari yg sama kan, tentu dicampur dengan yang tak abih sebelum tu, tu yang cepat basi.

    Berniagalah dengan jujur, moga Allah berkati rezeki kita.

    ReplyDelete
  18. Kekadang serik nak membeli di pasar mlm ni, kenapa tak sedekah jika yg tak habis tu di masjid atau disurau, pd dijual balik sehingga pembeli rasa tertipu kan....

    ReplyDelete
  19. yang pulut ut dia bagi bape je kan diskaun, nampak sgt nak untung tp tak peduli kesedihan orag lain..nauzubillah

    ReplyDelete
  20. dia nmpak brg dia ja, tak nmpak duit kita..lepas tu keuntungan bagi makan anak2..halal ke? adoi..kdg2 org tk pikir haram halal..asal masyuk..

    ReplyDelete
  21. saya pun selalu terkena macam ni kak. contoh nasi lemak...rm 1. biasanya ada telur rebus, dari separuh sekarang dipotong entah berapa kerat tak sampai suku. ikan bilis dua tiga ekor. kuah sambal banyak jugak. kacang tanah kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. lebih menyedihkan nasi yang tang kerak tu pun dibungkus sekali.

    bukankah pokok pangkal berniaga itu untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi barakah..? sedih kan....


    tak

    ReplyDelete
  22. Nak untung... sanggup nayakan orang...

    Makchaq pernah terkena lauk basi beli nak bukak posa... Memang geram la... kita bukan dan nak masak lain...

    Perasan jugak kalau suruh anak2 pi beli brg, depa harap orang kedai tu ambik kan memang selalu dpt yg tak elok.. bawang, sayuq yg dah busuk/tua... memang tak jujuq....

    ReplyDelete
  23. subhanaLlah..betul..rasa macam sedih dan kasihan dengan sikap2 begini yg sangat merugikan diri dan sesama bangsa..

    ReplyDelete
  24. Mmng selalu kena jugak....
    Baru2 ni anak lelaki g beli nasi pagi di warung..paling sedih bila hanya diletakkan kuah saja..sedangkan lauk tak de...sian anak..

    ReplyDelete
  25. kami selalu terkena jugak kak..

    kdg2 bukan org melayu jer..bangsa lain pon ade jgk..bila dah terkena tu mmg tak pegi dah kdi dia..

    ReplyDelete
  26. assalam, itulah kann...tambah2 dekat nak posa ni..tengoklah nanti pulak mcmne juadah berbuka yg diaorang jual...macam mane melayu nak tolong melayu..

    ReplyDelete
  27. salam kak..kalau bulan puasa selalunya lauk2 yg d beli. nak makan lepas solat tarawikh dah basi. Frust nk membeli lagi. terutama gerai yg sama. Motivate diri utk memasak sendiri...hehe

    ReplyDelete
  28. salam jumaat kak kam, mmg slalu dgr dan baca dan juga prnh terkena ngn peniaga mknn islam melayu cmtu...mknn beli petang, nk mkn mlm tu tgk2 dh masak... ciss betol !!

    ReplyDelete
  29. pernah kena dan pergi balik nak tukar yang lain.. peniaga tu tarik muka tak puas hati.. bersyukurlah saya tak canang kat orang sekitar tu masalah sebenar.. agak2nya kalau saya buat, rasanya untuk hari tu mesti dia tak dapat untung seperti biasa.. huhuhu.. bukan nak menganiaya, tapi saya bercakap berdasarkan kebenaran.. :(

    ReplyDelete
  30. Kejujuran dalam berniaga..bukan sahaja menjamin keuntungan dunia....
    Tapi pulangan akhirat lagi best...Tapi ramai yg tak sedar

    ReplyDelete
  31. pernah terkena tu jadi slalu hati2...

    ReplyDelete
  32. Salam K.Kamsiah..

    huhu.. bila berniaga hanya pentingkan keuntungan mcm ni lah jadinya kan?
    x jujur..

    ReplyDelete
  33. melayu mudah lupa..btl kata dr mahathir..

    ReplyDelete
  34. macam tu la bangsa melayu..yeah.tp kita adalah melayu..
    http://sendiri.net/melayu-boleh/

    ReplyDelete
  35. memang banyak kes peniaga yang tidak jujur ni dan menggunakan pelbagai helah dalam perniagaan.sesama Islam pun nak menipu ...teruk dah rosak akhlak dan akidah manusia akhir zaman. sampai satu tahap kita dah tak tahu nak percaya pada siapa kan

    ReplyDelete
  36. budaya ni ssh nak buang kan ...naseb2

    ReplyDelete
  37. selalu juga terkena situasi begitu kak..
    paling kerap kena, harga makanan kt menu tak sama bila bayar..dan sllu nya restoran melayu kita..huhu..bila tanya senang je depa kata 'dah naik harga" tapi apasal tak tukar harga awal2..

    ReplyDelete
  38. x baik nyer wat gitu ke pelanggan...
    x berkat niaga..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.