27 September 2013

Butter Cake

Butter Cake
sangat lembut dan gebussss...

bahan2:
250gm butter
 200gm gula kastor 
 5 biji telur gred A
 210gm tepung kek 
 1/2 sudu teh serbuk penaik 
 1 sudu teh esen vanilla 
 60ml susu segar/ wholemilk


Cara-Cara

 1)  putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan putar dengan rata.
 2) Asingkan kuning dan putih telur.

Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang
 dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.

 3) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kembang.

 4) Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji
 dan sambil terus diputar sehingga rata dan gebu.

 5) Perlahankan putaran.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Kacau dengan kelajuan perlahan.
Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

 6) Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.

 7) Masukkan baki telur putih dan dikaup balik dengan menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

 8) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dan ratakan.
 9) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama lebih kurang 50 minit
atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing.

  10) Biarkan di dalam loyang selama 10 minit sebelum
disejukkan sepenuhnya di atas redai.

24 comments:

  1. sedapnya..makan panas-panas, fresh from the oven..

    ReplyDelete
  2. Memang menjadi...nampak gebu! Kalau dapat rasa lagi best :)

    ReplyDelete
  3. errrm! suka sgt butter cake. mmg tak pernah jemu.

    ReplyDelete
  4. tudia, the finished product nmpak gebus....he he.and sure sedap kan? tahniah.

    ReplyDelete
  5. fuyooh, wak tengok pon melelehh tuuu.,uuhUUU

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap..Makchaq nak buat la..

    Anak2 makchaq nak belajaq deco2 kek pakai icing, boleh la depa try atas kek ni..

    ReplyDelete
  7. Olala..!!, memang gebu-gebas nampak kek tu, nak bawa lari sepinggan ni, hehe..

    ReplyDelete
  8. Pasti sangat sedap bila makan panas2 ketika baru keluar dari oven...

    ReplyDelete
  9. Sangat gebu kek ni... teringin nak buat tapi!!!masa tak mengizinkan..

    ReplyDelete
  10. IM jadi takut nak makan semua itu, hari ini!

    ReplyDelete
  11. Bila tengok blog kawan2 penuh dgn gambar aktiviti membaking rasa nak ja membaking tapi bila hujung minggu selalu terbantut aktiviti sgt padat.

    ReplyDelete
  12. mmg best TQ share resepinye yer

    ReplyDelete
  13. kek ni....kek feveret arwah mak sy..
    sbb arwah dulu keje...takde masa nk cari bahan2 kek yg susah2 tu.
    Kalo kek ni...kat kedai runcit pun ada bahan2nya..kan..

    ReplyDelete
  14. Makan kek ni dengan teh o sedapnya... tapi nak buat sendiri tak rajinlah pulak

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.