28 February 2014

Bougainvilla

POKOK bunga kertas atau bougainvillea 
mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. 
Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular 
kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan 
bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. 
Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, 
pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.


Pokok yang tergolong dalam famili nyctaginaceae mengandungi terdiri daripada 250 spesies. 



Di Malaysia banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan
 pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak.
 Penjagaannya mudah, 
tidak memerlukan masa yang lebih kerana spesies tumbuhan ini 
sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa 
seperti negara kita dan boleh memanjat hingga 10 meter tinggi .
Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni
yang dinamakan pengasuh bunga
yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna
yang menawan pandangan mata sesiapa saja.
Jika mahukan pokok ini berbunga sepanjang masa, 
kita perlu mengurangkan air dan baja
 serta letakkan pasu bunga itu terdedah dengan matahari.

37 comments:

  1. Ceria pagi ni dengan tatapan bunga pelbagai warna menarik ni

    ReplyDelete
  2. hehe...kelas horticulture pulak pagi ni...

    ReplyDelete
  3. cantik...kat rumah ni pokok2 bunga kertas, makin kemarau makin byk bunga yng keluar..bila ni musim hujan daun2 jelh lebat....

    ReplyDelete
  4. Bunga kertas ni bila berbunga lebat, cantik!!, nak jaga pun tak cerewt kan. Seronok tengok bunga ni pagi-pagi ni, hati seceria warna-warnanya.

    ReplyDelete
  5. cantik kan kalau pelbagai warna gini..sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  6. pokok ni senang nak dijaga...tak perlu banyak air dan sentiasa berbunga...

    ReplyDelete
  7. Bunga yg senang ditanam, ada pelbagai warna serta mudah dijaga. Nak bentuknya pun mudah. Cantik sungguh shot akak... :)

    ReplyDelete
  8. ya allah cantiknya bunga kertas.
    kat rumah rasa biasa2 je bunga kertas. tgok gmbar ni..rasa cantik sgt

    ReplyDelete
  9. tq for info..musim kemarau sekarang bagus sangat la utk bunga kertas berbunga..

    ReplyDelete
  10. ooo.. patutlah pokok bunga kertas saya kat rumah hidup segan mati tak mahu.. terlebih baja dengan air rupanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. akak yang gambar last skali tu pokok bunga kertas yang 'dikahwinkan' ke? Nampak macam sepokok tp banyak warna..cantik di pandang

    ReplyDelete
  12. Kalau musim panas memang banyak keluar bunga... memang cantik dan berwarna warni..

    ReplyDelete
  13. Kakzakie entri bunga... singgah blog Kamsiah pun entri bunga.... suka sangat sebab suka tengok bunga yg cantik-cantik tu:)

    ReplyDelete
  14. Musim panas ni bunga kertaslah yg paling seronok. Meriah sana-sini. Jiran cina kakak tepi pagar dia semua bunga kertas. Sekarang ni meriah betul warna-warni. Lebih bunga dari daun. Cantik!

    ReplyDelete
  15. kenapa ye dinamakan sempena komander laut tu? mungkin sebab perwatakan dia yang serupa dengan bunga ni kot. hehehee...

    ReplyDelete
  16. cantik berwarna-warni...bunga kertas ni senang nak jagakan...

    ReplyDelete
  17. Bunga yg cantik berwarna warni lg cantik kerana fotonya yg cantik...pandai akak amik pic

    ReplyDelete
  18. Saya juga menanam bunga kertas di depan rumah. Memang cantik. Cuma satu sifat bunga kertas yang agak mengecewakan ialah ia agak ganas - dah banyak kali saya luka terkena durinya..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  19. kat rumah saya,
    alhamdulillah pokok ni bertahan
    rupanya dia tak payah siram sangat kan kak

    ReplyDelete
  20. kat rumah saya,
    alhamdulillah pokok ni bertahan
    rupanya dia tak payah siram sangat kan kak

    ReplyDelete
  21. cantiknyer kak...sejuk mata memandang...
    mak saya penggemar bunga kertas nih...dekat laman kat kampung memang banyak mak tanam...

    ReplyDelete
  22. Cantiknya bunga kertas tapi sayang ia tidak berbau wangi.

    ReplyDelete
  23. cantik2 bunga ni..bunga kertas...umah sepupu cheqna..dijadikan mcm pintu plak bunga2 ni.cantik..

    ReplyDelete
  24. menarik kombinasi bunga purple dan putih..

    emak saya dulu selalu siram pokok bunga dgn air basuh beras..tumbuh subur..

    ReplyDelete
  25. walaupun bunga kertas tidak berbau wangi, namun dengan warnanya yang cantik pasti buat para pencinta bunga tertarik..

    nana suka bunga kertas kerana hidupnya lebih lama bertahun tahun. :)

    ReplyDelete
  26. zaman mak rajin membunga dulu, pokok ni mmg wajib ada.. tp kadang liat jugak nak berbunga...kalau dah bunga sekali...nah ko, lebat sekali bunganya

    ReplyDelete
  27. cantikkan..kita sukasangat tengok bunga kertas yang rimbun dengan bunga warna merah/pink...

    ReplyDelete
  28. pokok kertas kat rumah saye dah saye tebang kak, dh besa sgt,,kalau kena kt kaki durinya masya Allah, azab,heheheh

    ReplyDelete
  29. dari dulu memang suka tengok pokok bunga ni, saya rasa bunga ni unik. memang mcm kertas, agaknya mcm tu jugaklah ia mendapat namanya kan. (:

    ReplyDelete
  30. salam k.kamsiah...

    dlm byk2 bunga kertas ni, cma suka kaler merah tu.. bau die lagi menerkam hidung,,
    hihi..
    tp kalo ada mcm2 jenis kaler mesti meriah taman!

    ReplyDelete
  31. musim panas skang ni...pokok2 ni sedang lebat berbunga...di merata tempat noe tengok..pokok ni keluarkan bunga ...mmg cantik

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.