21 March 2014

Muzium Jeruk Madu Pak Ali


 Muzium ni terletak di
Lot 420, 421, 652-655 
(Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek), Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

 Fakta Mengenai Jeruk Madu Pak Ali


-Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.
 Ketika itu, ia dijalankan secara kecil-kecilan di rumah, yang diasaskan oleh Hj. Ali Omar.

- Jeruk Madu Pak Ali mula dikomersialkan pada tahun 2007, 
di bawah syarikat Kunci Kreatif Sdn Bhd, dengan modal permulaaan sebanyak RM15,000. 

-Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera 
yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia. 

-Jeruk Madu Pak Ali mendapat sokongan dan bantuan dibawah
 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), 
Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA. 

-Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus
 dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.

- Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan 
di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. 

-Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan. 

didalam tu,pekerja sedang membungkus jeruk
Berbagai kuih tradisioanl dijual disini
saya terus menuju ke tempat membuat kuih peneram


sapa suka makan kuih ni??

saya  lebihsuka membelinya di pasar malam 
sbb ianya dijual ketika baru lps diangkat dari kuali
tersangat la fresh..

dodol pun ada...

Di sini juga ada Agro Bazaar
yg menjual berbagai produk-produk Fama dan juga jenama produk Jeruk Madu Pak Ali.
Ada banyak produk IKS yang boleh dibeli termasuk madu,
cuka, kicap, mee segera, jeruk basah, jeruk kering, biskut,
kordial dan macam-macam lagilah.
Semuanya keluaran bumiputera dan Fama. 

pernah makan buah kiwi yg dijeruk?


Apa keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali?
 Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula)
 seperti kebiasaan pengusaha lain.
Dan ia ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu.
 Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan

Jika makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak
(tersedak)seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.
 Satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal Jakim.



44 comments:

  1. mana gambar jeruk pak ali nyer kak? hehehe dana pun suke jeruk pak ali nih kak... sbb bile mkn tak la batuk mcm mkn jeruk biasa... dulu2 kalu kwn2 balik penang je dpt merasa skrg nih kt kl pun dh ada cawangan nyer... dh mudah nk jumpa

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat kak..Sura pun suka kuih peneram tu..slalunya beli kat psr malam je..baru sura tahu pasal Jeruk Madu ni..thank info kak..staff kat sini semuanya hantu jeruk..kalau dpt kejap je dah clear..:)

    ReplyDelete
  3. selalu belikan utk buiah tangan sebab ada stu cawangan yang menjual berdekatan cni...

    ReplyDelete
  4. Waaa, muzium tu baru je bukak kan?
    Sebab last 2 year melawat kilang je, muzium dalam proses. t nak p lagi laa..

    ReplyDelete
  5. Salam Kamsiah..selalu ulangalik ke kedah..nampak kedai jeruk pak ali kat seberang jalan TP xpernah singgah pon.Lain kali kot :)
    Seronoknya dpt melawat kilang tu yer...

    ReplyDelete
  6. saya x pernah lg pegi kilang jeruk pak Ali ni kak...dekat jer ngan tempat saya...mcm2 ada di sana... betul kak jeruknya sedap dan mkn x batuk dan sakit tekak...

    ReplyDelete
  7. tiap kali bos pergi lawatan ke Penang, pasti akan dibawa balik untuk kami jeruk Pak Ali ni.. ;)

    ReplyDelete
  8. tiap kali bos pergi lawatan ke Penang, pasti akan dibawa balik untuk kami jeruk Pak Ali ni.. ;)

    ReplyDelete
  9. Baca tajuk je terliur. Hihi. Smlm mmber br cerita psl jeruk pak ali ni.

    ReplyDelete
  10. ummi suka peneram, ermmm sedapnya, kalau duduk depan TV sambil menonton sambil makan peneram.
    oh kilang jeruk pak Ali tu di Seberang Perai ye, waa nanti kalau pergi nak carilah, tq Kam for the info.

    ReplyDelete
  11. Memang sedap jeruk pak Ali ni dan tak buat kita jadi batuk. Dah jadi muzium dah ke kilang tu. Kuih peneram pun saya suka. Sedap.

    ReplyDelete
  12. laaaaa.... awok idak tau ada muzium jeruk pak Ali... dah tau ni nanti awok jelajahh... selalu pegi kedai dia yg kat tengah bando tu je.... lagi satu Pak ALi baghu je meninggei awei tahun haghi tu....

    ReplyDelete
  13. Jangan pula lepas makan jeruk madu Pak Ali, para suami teringin pula bermadu dan akhirnya si-isteri menjeruk hati.....huhuhu..

    ReplyDelete
  14. nak tanya la kak. kalau macam tu, penghidap asthma memang takde efek ke lepas makan jeruk ni?

    ReplyDelete
  15. mmg bestlah jeruk pak ali ni !

    ReplyDelete
  16. tak sure pernah ker tak makan jeruknie ms dok penang dl..

    ReplyDelete
  17. peneram sedap sy suka saiz yg comel2 tu...jeruk pak ali mmng best!

    ReplyDelete
  18. alfatihah untuk pak ali. saya berkesempatan bertemu dan bergambar dengannya sewaktu membeli jeruk dikedainya..

    saya sempat interview allahyarham pak ali mcm wartawan..heee

    ReplyDelete
  19. Besar juga kilang jeruk Pak Ali ni ye Kamsiah...

    Kalau pergi Penang memang cari jeruk pak Ali ni,

    ReplyDelete
  20. jeruk favret ni.. kalau pi penang mesti beli..

    ReplyDelete
  21. Jeruk pak ali mmg femes. Rasanya baru bbrapa minggu pak ali meninggalkan.
    Al-fatihah. Moga biz familynya terus brkmbang.

    ReplyDelete
  22. masa gi penang , cari jeruk pak ali x jumpa sbb pegi x buat review dulu . sudahnya pusing satu pulau . ada ambil pamplet tapi x de pulak jeruk pak ali kat situ . kami beli jeruk berdekatan stesen bas jer ...

    ReplyDelete
  23. moga makin maju yer Pak ALi, bagus besarkan perusahaan dapat bantu rakyat sekitar especially ibu ibu.

    Ha tu la saya kurang suka makan jeruk pasai sakit2 tekak ntah apa depa letak tu, unfortunately jeruk pak ali ni saya tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  24. Siao ada muzium tu. Tapi saya suka jeruk madu pak ali ni. Sedap dari jeruk2 yg lain.

    ReplyDelete
  25. Memang dah femes sangat nama Pak Ali Penang ni. Kenapalah dia tak nak buka branch kat JB ye... kalau buka kan bagus...

    ReplyDelete
  26. suka sangat makan peneram ni kak..saya pon nk kata tiap2 minggu beli kat paso malam, fresh panas2 lagi..singgit 12 biji

    ReplyDelete
  27. mari beramai-ramai sokong ekonomi orang Islam..secara tak langsung menolong surirumah dan ibu-ibu tunggal..

    saya pun suka kuih peneram kat pasar malam..panaz-panazz..

    ReplyDelete
  28. Kebetulan betul...entri kita tentang isu yang sama..
    Hari tu saya dari KK 3.30 ptg, masuk Penang ikut JK2PP, tak singgah mana2, terus pusing keluar ikut jambatan lama, singgah Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali untuk solat Asar. Lepas tu klik klik..pecut balik KK sebab 8.30 mlm kena klik klik majlis akad nikah kawan.

    ReplyDelete
  29. salam singgah. kalau dulu susah nak cari jeruk madu pak ali tapi sekarang ni senang ja nak cari ^_^

    ReplyDelete
  30. good info sharing kak. teringin nak p bila blk kedah nanti. tq

    ReplyDelete
  31. kak, kuih tu nana gelarkan kuih tinge keling..hahaha..
    sedap kalau makan panas2....

    ReplyDelete
  32. Jeruk pak Ali dah selalu dengar .. beli pun dah.. but Muzium jeruk pak ali tu belum pernah dengar lagi huhuuu.. :D

    Sedap kan jeruk pak ali ni :D

    ReplyDelete
  33. kat pasaraya ada tak jual jeruk pak ali nih ... nak gak cari .

    ReplyDelete
  34. jeruk pak ali..kgemaran..klau p peneng mesti akan beli..walupun mahai skit dari jeruklain..yg penting kualiitinya.. waj jeruk kiwi..menarik tu.. x pnh try lg :P
    klik2 :P

    ReplyDelete
  35. jeruk pak ali..kgemaran..klau p peneng mesti akan beli..walupun mahai skit dari jeruklain..yg penting kualiitinya.. waj jeruk kiwi..menarik tu.. x pnh try lg :P
    klik2 :P

    ReplyDelete
  36. pernah singgah sekali di bandar Perda tu, memang rambang mata nak pilih..

    ReplyDelete
  37. wahhh bagus nya...noe suka tengok org2 kita menjalankan bisnes...support org kita...

    ReplyDelete
  38. saya mmg suka kuih peneram... mmg kalau ke paar malam kat penang, mesti cari kuih tu :)

    Jeruk kiwi? sedap ke kak? Tapi kalau kat sini saya selalu makan buah kiwi cicah kicap+gula.... sedap!

    ReplyDelete
  39. salam K.Kamsiah..
    bsr jgk kilangnye..
    tak pernah sampai sna..tp dah pernah rasa jeruk madu Pak Ali ni.. mmg sedap..tak batuk pun..

    ReplyDelete
  40. Seronok melihat perusahan orang melayu yang berjaya dan terkenal. Besar kilang ni siap ada muzium sekali. Bukan jeruk buah tempatan malah macam2 ade...best! Lokasi pilihan kalau datang kesana.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum kak, tu penderam ek. ala tak reti spelling. memang fav sheila. 18 biji rm2 kat pasar malam. makan panas2 memang terangkat ~~~

    ReplyDelete
  42. tak penah sampai lagi tapi jeruk Pak Ali memang kesukaan..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.