20 March 2014

Terimakasih...

Pernahkah kita mengucapkan TERIMAKASIH pada
-posmen
-pemungut sampah
-pemotong rumput
-pak guard



Terima kasih, 
kalimah yang pendek dan ringkas, 
tetapi kesannya cukup besar.

 Ia melambangkan akhlak serta kehalusan pekerti kita.
Ia juga sebagai tanda menghargai dan kegembiraan kepada mereka yang membantu kita. 

Di dalam kehidupan sehari-hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan terima kasih. 
Kita mempunyai banyak sebab untuk berterima kasih.
 Kita banyak menerima bantuan dan pemberian 
daripada orang lain ketika menjalani kehidupan seharian. 
Jika tersesat jalan, 
lalu ada yang membantu menunjukkan arah,
 kita berterima kasih kepadanya. 
Begitu juga kepada posmen yang menghantar surat, 
pemungut sampah yang memungut sampah 
atau pekerja yg memotong rumput didepan rumah kita

tanpa pemotong rumput,tukang sapu sampah
laman ni pasti tak berseri..

Cubalah ucapkan terima kasih yang tulus daripada hati yang paling dalam. 
Lihatlah kegembiraan mereka dengan penghargaan ini.
 Renungkanlah pula ke dalam hati kita,
 bukankah dengan kegembiraan mereka kita juga turut merasa gembira?

 Mengucapkan terima kasih dengan benar-benar ikhlas, 
hakikatnya kita bersyukur kepada Allah SWT.

 Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmidzi ada menyatakan: 
"Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia". 

 Justeru ringan-ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih, 
mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang yang bersyukur kepada-Nya.

Terimakasih kerana membaca entri ini...



42 comments:

  1. Alhamdulillah.. TERIMA KASIH KAK sbb share amalan yg sepatutnya mmg sentiasa dlm ucapan harian kita.. =)

    ReplyDelete
  2. klu kita tgk citer org putih , mrk tak lepas drp mengucapkan terima kasih ... mudah2n kita tdk lupa utk mengucapkan ... terima kasih .

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih.... ayat mudah... tapi payah kita nak ucap...... dan kalo ucap pun tak semestinye ikhlas....... terima kasih AKak... sebab mengingatkan...

    ReplyDelete
  4. Betul tu...saya setuju sangat. Kita patut hargai mereka. Bila saya tengok mereka ni, saya selalu doa agar Allah permudahkan hidup mereka. Saya pernah dengar org kata buang je sampah kt tepi jalan tu, nanti ada org sapu. Terukkan mentaliti macam tu? Lepas bayar parking tiket, saya cakap terima kasih, kawan saya pelik. Dia kata, bukan ke orang tu yg patut cakap terima kasih? Aduhaii...ucapkan selalu terima kasih....tak rugi pun :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih sudi ingatkan..
    mmg patut mereka terima ucapan dari kita,
    apalah sgt sekadar ucapan terima kasih berbanding kerja yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  6. Ucapan mudah tapi sukar dilakukan. Terima kasih akak kerana mengingatkan. Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat di dunia maya ini. Terima kasih kerana selalu support, bertandang dan memberi komen di Relaks Minda. Terima kasih kerana selalu berkongsi ilmu dan pengetahuan...halalkan ye. Terima kasih kerana sudi membaca komen ini. Terima kasih... :)

    ReplyDelete
  7. Kalau mereka buat kerja dan ketika itu saya ada/lalu, pasti ucapan terima kasih itu tak lekang dari mulut saya..
    Begitu jugak kat office, setiap kali akak cleaner ni buat kerja berhampiran tempat saya, ucapan terima kasih pasti akak tu dapat.. ;)

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak atas peringatan nie..:)

    ReplyDelete
  9. saya kurang senang dgn org yg berat ucap terima kasih. Bagi saya ia melambangkan adab kita bagaimana.

    ReplyDelete
  10. betul.
    mudah je.
    tak boleh berat mulut nak ucap terima kasih walau benda2 mudahkan.

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. Pernah... tapi tidak selalunya... mungkin kerana masa mereka bekerja tu kita tiada disitu... :)

    ReplyDelete
  12. tq kak mengingatkan...
    terima kasih maksudnye begitu mendalam dan beri kesan besar kepada si penerimanyakan...dan ianya cara yang paling mudah untuk hargai seseorang kan kak...

    ReplyDelete
  13. Antara perkataan yang susah orang ucapkan ialah terima kasih..Terima kasih kerana berkongsi tentang terima kasih..

    ReplyDelete
  14. salam kamsiah ..
    aby amalkan, bila Hari Raya
    aby bagi paket angpow kt org yg datang kutip sampah kt umah ..
    siapa giliran kutip sampah hari tu kira adalah sedikit rezeki ...
    apapun ..
    terima kaseh atas ilmu yg dipaparkan kt blog kamsiah ..

    ReplyDelete
  15. Kebanyakan antara kita kadang-kadang berat mulut nak menuturkan ucapan tu Kamsiah. Yelah.. perkara yang elok ni patut jadi amalan kan!

    Ketika saya di UK kalau berjalan dan tertembung dengan wanita yang bertudung (bukan rakyat m'sia) mereka akan spontan beri salam pada kita... ini pun satu amalan yang baik juga kan.

    ReplyDelete
  16. jangan berat untuk mengucapkan terima kasih kan kak?

    ReplyDelete
  17. perkataan yang mudah disebut kak tapi jarang diamalkan..

    ReplyDelete
  18. haritu pergi kursus motivasi Datuk Lawrence.. .katanya ucapkanlah terima kasih selalu dan kita akan rasa perubahan dalam diri kita.. akak dah amalkan dan rasa seronok orang yang kita ucapkantu tersenyum tanda gembira sebab dihargai...

    ReplyDelete
  19. Terima Kasih kak berkongsi..heee..sebelum ni kt posmen n kat pak gad sll la ucap terima kasih..dekat pemungut sampah xpernah lg..hehee

    ReplyDelete
  20. betul kak kam..simple je nka sebut TAPI ramai yg berat MULUT :-)

    ReplyDelete
  21. ucapan yang ringkas.. namun tak semua orang mengucapkannya.. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
  22. Betul Kam, orang kita kadang berat sangat mulut nak ucap terima kasih. Suka sangat apa yang Kam tulis ni,terima kasih :)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih kerana sudi dtg ke blog dan komen... :)

    ReplyDelete
  24. terima kasih..in shaa Allah,akan Nur amalkan :-)

    ReplyDelete
  25. Betul tu kamsiah... dua perkataan yg mudah... tak terucap ke oleh kita ..
    Tq sharing kamsiah..

    ReplyDelete
  26. Org yg paling mudah ucap terima kasih yg saya kenal, ialah wife saya..mula2 dulu masa baru kawin, saya sikit hairan juga, sebab dia mmg akan ucap terima kasih kat cashier, kat waiter, kat posmen, kat org TNB hantar bil...hihihih..hatta tukang kutip sampah pun, wife saya sedekah kan air/kuih/apa yg ada...mmg byk saya belajar dari wife saya

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah tenang je rasa bc entry ni.cantik pemandangan dlm pic tu

    ReplyDelete
  28. ya walaupun pkataan terima kasih is are simple words tapi ramai yg x tahu nak menggunakan.. terima kasih..satu pkataan yg sangat power.. kita mnghargai org itu.. sllau ucap terima kasih kpada posmen :P

    klik inti :P

    ReplyDelete
  29. Walaupun kita selalu kata budaya Barat tak sesuai dengan kita, tapi sesuatu yg bagus tentang mereka ialah mulut sentiasa tak lokek ucap terima kasih....

    ReplyDelete
  30. ya betul tu, terkadang ucapan yang sangat ringkas sering berat di ungkapkan.

    Terima kasih kerana ingatkan :)

    ReplyDelete
  31. Belum pernah ucap kat pemungut sampah..sbb tak pernah terjumpa..

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah kamsiah..terima kasih memang sentiasa acik ucapkan.orang2 yang kamsiah tliskan diatas tu semua dah pernah acik ucapkan terima kasih jika kebetulan acik ada dirumah

    ReplyDelete
  33. selalu ckp kat pak cik pos laju.. dan org yg bg laluan kat kita time bwk keta wpun diorg tak dengar.. hehe..

    ReplyDelete
  34. biasa cakap kat cleaner yg pungut sampah atau vacuum ofis. Tiap2 hari cakap mekasih.

    ReplyDelete
  35. betul tu,kdg2 payah sngat nak ucap terima kasih !

    ReplyDelete
  36. terima kasih atas ingatan kak kam.... tak susah nak ucapkan terima kasih...bila kita menyebut terima kasih...hati rasa tenang jer..

    ReplyDelete
  37. Kalau budaya kat sini, mmg budaya ringan mulut utk bertemu sapa... dgn posmen, dgn tukang kutip sapa, dgn siapa saje lah... kita pun jadi terbiasa menyapa satu sama lain :)

    ReplyDelete
  38. Salam K.Kamsiah..

    HIHI..terima kasih juga.. :)
    sentiasa berterima kasih dgn org sekeliling.. ^^

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.