05 January 2015

Ubi Kayu

Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan 
tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. 
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah.
Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar
 pada bahagian batang yang dikambus dalam masa 
beberapa hari sahaja selepas ditanam. 
Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula 
menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat 
bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. 
Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan

Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi 

Untuk mengubati Radang Sendi
 (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain)
 rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. 
Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. 
Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

 Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. 
Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml.
 Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari.
 Lakukan selama dua hari.

 Manfaat Ubi Kayu untuk Demam 

Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air.
 Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. 
Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari. 

Khasiat Ubi Kayu untuk Luka 

Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka 
yang telah memasuki tahap jangkitan. 
Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka.
Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. 
Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, 
Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. 
Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

 Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit 

Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu. 
 Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu dengan 800 ml air, 
biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.

 Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala 

Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. 
Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu
 hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.

 Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout

 Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, 
kerana akan terhindar dari penyakit ini.
 Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, 
harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

 Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina 

Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu, 
 5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. 
Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

 Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi

Untuk mengubati Radang Sendi
 (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain)
 rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar.
 Pada pemakaian luar, 
gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. 
Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

 Ubi kayu mampu mengubati pendarahan 

 Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz 
merupakan tumbuhan tropika dan subtropika 
yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia 
kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi.

 Ðaunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.


ubi kayu jugak boleh 
menghasilkan berbagai jenis kuih muih


39 comments:

  1. Banyak pulak khasiat ubi kayu yang saya tak tau..
    thanks for sharing the info... bestlah blog akak ni...

    ReplyDelete
  2. Ubi kayu rebus makan dengan kelapa parut + gula + sedikit garam = sedappppp.... :)

    ReplyDelete
  3. celur pucuk ubi makan dgn nasi panas + sambal belacan + ikan kering... wallaaaaa...

    ReplyDelete
  4. nice info...tak sangka pening kepala pun boleh ubat pakai ubi kayu..petua yang berguna

    ReplyDelete
  5. Kelemahan ubi kayu dan pucuk ubi kayu jika diambil berlebihan.

    Ia punyai kandungan GOITROGEN, iaitu sejenis bahan yang menghalang penyerapan iodida oleh kelenjar tiroid menyebabkan pembengkakan kelenjar tiroid @ goiter, dengan erti kata lain - tiroid (pembengkakan di leher)..

    ReplyDelete
  6. SA suka pucuk ubi buat masak lemak cili api...ubi kayu rebus SA x leh mkn...semput sbb byk angin

    ReplyDelete
  7. Saya paling suka makan ubi kayu rebus yg dicicah kelapa parut, dimakan panas-panas...Kalau musim hujan lagi la sedap makan petang-petang...

    ReplyDelete
  8. Bila bawa ibu_suri jalan-jalan waktu petang, mesti singgah kat tepi masjid kubang semang. beli bebola ubi kayu goreng yang berintikan kelapa.

    Dulu tu makanan orang miskin sekarang dah boleh boleh buat duit...

    ReplyDelete
  9. kalau baw ibu_suri jalan-jalan waktu petang mesti singgah gerai tepi masjid kubang semang.

    beli bebola ubi goreng yang berintikan kelapa.

    dulu ini makanan orang miskin tapi sekarang dah boleh di buat duit...

    ReplyDelete
  10. baru tauuu bnyk gak khasiat ubi kayu ni...sy kerap gak sakit kpla nnti bleh try ni tumbuk daun nye kan..

    ReplyDelete
  11. saya suka ubi goreng..pucuk ubi masak lemak..

    ReplyDelete
  12. dana suke mkn ubi n daun ubi...tp tak tau khasiat yg banyak tuh

    ReplyDelete
  13. Sifat ubi rebus sejuk sebab tu sesuai untuk ubat demam, sakit kepala dsb. Cuma untuk mengubati radang sendi, perlu tambah halia agar ia menjadi panas.

    ReplyDelete
  14. huuuu! terliur ..Madam kamsiha petang kemarin Etuz ada niat nak snap pucuk ubi kayu merimbun dekat kebun..tapi Etuza terfikir setakat daun nak cerita apa di entry blog ha..dapat dah idea nampak cara Madam K ni...

    ReplyDelete
  15. tahnia ya..dapat hadiah guasa dari etuza nnati esok akan kirimkan ..hari ini hadiah JM dikirim..balut elok2 dulu ya

    ReplyDelete
  16. kenapa ubi jadik kayu?
    kenapa gigi sakit ?



    ....sebaaabbb... lambat cabut..

    ReplyDelete
  17. selama ni tak pernah tau plok khasiat ubi kayu ni..

    yang tau nyer celor pucuk ubi cicah budu....

    rebus ubi kayu cicoh nyor..sedap ..

    ReplyDelete
  18. Masa musim hujan mcm ni ubi kayu rasa sedap betul.

    ReplyDelete
  19. waah..terliur la bingka ubi tu!

    pucuk ubi kayu pun best dicelur dan cicah ngan budu..hehe

    ReplyDelete
  20. ..asalkan ubi kayu bagi saya semuanya sedap...

    ReplyDelete
  21. kalau dapat pucuk ubi kayu rebus dengan sambal belacan, x ada lauk lain pun x apa dah. laju je makan nasi.. heheh

    ReplyDelete
  22. Pekena ubu kayu rebus atau goreng dgn ikan masin atau sambal tumis, Fuh! tak makan yg lain dah!

    ReplyDelete
  23. Gulai pucuk ubi masak lemak cili api dengan ikan masin sepat urrrmmm best sangat.

    ReplyDelete
  24. Punyalah banyak khasiatnya kakak ni tak tahu. Makan aje tahu. Org kampung biasalah kalau tak makan pucuk ubi tu kakak rasa rugi. Kuih berasaskan ubi pun aduhai sedapnya...:)

    ReplyDelete
  25. Ubi kayu mmg sedap akak.. fav farah la nie..=D

    ReplyDelete
  26. sebelum gambar bingka tu,kuih apa tu cik? tak pernah tgk.. huhu..

    ReplyDelete
  27. Daun ubi juga boleh dibuat untuk melegakan penyakit kayap. Daun diupar dgn kapur sirih dan diletak bahagian badan yg terkena kayap.

    ReplyDelete
  28. Daun ubi juga boleh dibuat untuk melegakan penyakit kayap. Daun diupar dgn kapur sirih dan diletak bahagian badan yg terkena kayap.

    ReplyDelete
  29. Assalam kak kamsiah,
    SEEEEEEEEDAAAAAPPPPnya
    sob3
    tapi kalo sha makan jawabnya kena makan obat urat/angin he3

    ReplyDelete
  30. saya suka pucuk ubi kayu buat ulam cicah budu sedapnya... hehehe

    ReplyDelete
  31. saya suka makan ubi kayu dengan pucuk dia
    pucuk dia biasa buat ulam atau masak lemak
    kalau ubi tu direbun makan dengan ikan masin
    marvelous kan kak =)

    ReplyDelete
  32. sy suka mkn makanan berasas kan ubi kayu...sedap..hihihi

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.